Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Sunday, March 1, 2015

love lesson for men

assalammualaikum.

ada yang kata, perempuan jenis yang rumit dan ada yang kata, lelaki ini sukar untuk difahami.

bertenang semua.
bayangkan..

situasinya malam, kamu (boys) tengah menyiapkan assignment atau proposal untuk pembentangan lagi dua hingga tiga hari. kemudian, makwe kamu yang sedang kelaparan menelefon kamu untuk menceritakan keadaan dirinya yang lapar.

dia menceritakan kelaparan yang dialaminya, kepenatan dia bekerja sepanjang hari. tekanan dia debebelkan oleh boss yang terlalu bossy yang kadang2 mungkin mentalitinya terlalu kampung. habis dia bercerita, dia bertanyakan kepada kamu,

'you dah makan?'

lalu, kamu menjawab,

'dah, i tengah sibuk ni.' , kamu menjawab dengan nada sibuk.

'okey-lah kalau macam tu, i pergi makan sorang2.', lantas, dia meletakkan telefon , menamatkan panggilan. kamu terkedu dengan tamatnya panggilan telefon tanpa dihabisi dengan perkataan 'i love you' seperti biasa.

---------------   ---------------   ---------------   ---------------  

mari sini kalian semua, fatimahdin nak gebangkan sesuatu.

seperti yang pernah kita pelajari dalam love lessons , lelaki kebanyakkannya straight forward or straight to the point dan hanya berkalis bila membincangkan perkara yang buat dia rasa segan. ini valid untuk kebanyakkan lelakilah. kalau yang bukan macam fatimahdin sebutkan itu, dia mungkin dalam kategori lelaki yang lain. abaikan sahaja, kita ambil yang majoriti sahaja ya.

manakala, perempuan pula, lebih gemar berkalis bila bercakap dengan lelaki dan akan gemar straight to the point bila bercakap dengan sejantina sendiri. tapi, jikalau kalian jumpa perempuan yang gemar straight to the point melafazkan kata2 kesat kepada kalian sebab merasakan bahawa kalian rasis, abaikan sahaja. perempuan sebegitu sudah tidak ada norma melayu tulen, mungkin terkena shock-culture. jadi, kita ambil yang sering terjadilah. kejap2, yang fatimahdin bebelkan di perenggan ini adalah dalam satu bentuk definasi bercakap, bukannya dalam bentuk definasi bertulis menulis mesej di handphone, facebook ataupun blog.

jadi, dari dua definasi di atas, bila bertemu dalam satu permasalahan yang nampak macam remeh seperti yang fatimahdin ceritakan tadi , ia sebenarnya boleh menambah duka pada si perempuan dan lebih teruk lagi akan mengeruhkan hubungan. kalian, sebagai lelaki harus bersedia dengan situasi ini.

masalahnya simple, ada dua perspektif , dari perspektif lelaki :

si perempuan sebenarnya nak mengajak si lelaki untuk makan bersama, tetapi si perempuan hanya menceritakan kesusahan diri dia dan kalau dah nama nak ajak makan , takkanlah susah si perempuan nak cakap, 'jom makan' atau 'i nak ajak you makan' atau more nicely ' sayang, jom makan' pada si lelaki. si lelaki takkan faham dengan apa yang diminta oleh si perempuan kalau si perempuan tak straight to the point lagi2 dengan keadaan lelaki yang nampak sibuk.

dari perspektif perempuan :

si perempuan mahukan si lelaki yang memahami kesusahan si perempuan pada saat ini untuk lebih gentleman mengajak si perempuan makan. si perempuan dah bagi hint yang dia lapar dan perlukan si lelaki di sisi saat dia di dalam tekanan. kalau boleh, nak si lelaki yang bercakap dahulu, ' ala2, kesiannya you hari ni, mari i temankan you makan.' atau lebih mendambakan jiwa, ' demi sayang yang penat bekerja ini, jom i belanja you makan di seoul garden, makanlah apa yang you nak makan, berapa lama you nak makan, i temankan.' tapi, itulah, si lelaki ni lembap nak mati tak faham2 apa yang si perempuan ni nak.

bila perspektif ini bertembung, akan terjadilah pertikaman lidah, pertengkaran antara makwe dan pakwe ini. masing2 akan membangkitkan alasan seperti lelaki yang memberikan alasan,

'kenapa you tak cakap terang2?'
'berat mulut ke nak ajak makan?'
'lagipun, i dah kenyang, banyak kerja'

dan, si perempuan akan memberikan alasan,

' you memang tak faham i kan?'
' sampai hati you buat i macam ni, i makan sorang2 tau tak? kalau i kena culik macam mana? you memang kejam.'

lebih tragis dan menusuk kalbu,

' you punya sibuk je you ingat, i punya sibuk i boleh je temankan you makan!'

see, dah masuk kes ungkit mengungkit. rileks, jangan bergaduh .

untuk menangani masalah ini, fatiamhdin lebih suka meniktik beratkan perancangan awal. kalian yang berkomitmen dengan kerjaya di luar sana harus menyematkan diri untuk merancang lebih awal. tempoh tiga hingga empat jam sebelum date pun ok juga. jangan tima nak berak, time tu baru nak buat jamban. time tu lapar, time tu baru nak pergi makan. kan lebih elok cakap awal2, walaupun sibuk, tapi sebab dah janji awal masih boleh dirancangkan. fatiamhdin bukannya nak blame-kan perempuan sepenuhnya, lelaki tu pun sama ada salahnya. fatimahdin cuma mencungkil masalah ini ke pengetahuan umum supaya lepas ini masing2 boleh ready, boleh hadapi dan taklah sampai nak bergaduh baling handphone. 

okeylah, stop dulu sampai sini. ada masa nanti fatimahdin update lagi.

chop! : pasal makan pun nak gaduh, buat makan hati sahaja.

No comments:

Post a Comment