Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Sunday, March 15, 2015

kahwin

assalammualaikum.


girl a : weh, tengok ni!
girl b : apa?
girl a : si c dah kahwin la..
girl b : tahu dah. kau tengok di mana? facebook?
girl a : a'ah. asal kau tak pergi?
girl b : aku kan ke kerja tadi. cantikkan pelamin dia.
girl a : warna kegemaran aku babe!
girl b : yang bujang2, ramai dah kahwin. melangkah ke alam baru, kau bila lagi?
girl a : kau tanya aku macamlah kau tu dah kahwin. haha.

1. situasi pertama

tengok facebook sekarang ni, fuh! ramai dan kenbanyakan rakan2 sekolah dan universiti , ada yang bertunang, berkahwin, beranak. sebagai seorang yang bujang, masih berhempas pulas menghadap kertas kerja, buku2, thesis bagai, mengharungi erti kehidupan, apa yang kalian rasakan?
masa dalam proses tengok gambar2 majlis dan pengantin, rasalah nak kahwin juga. lepas itu, rasa biasa sebab, perjalanan hidup fatimahdin masih jauh lagi. sumber kewangan fatimahdin juga masih belum utuh dan yang paling penting, fatimahdin akan menghabiskan dahulu misi fatimahdin :)
lepas itu, rasa biasa. fatimahdin rasa, 'ala, tak apalah, bahagia juga hidup single macam ini.'
tetapi, untuk sesetengah kawan2fatimahdin yang sudah berpunya, respon mereka bila tengok kawan lain kahwin, 'nak kawin juga!!'
the conslusion, mungkin sebab mereka sudah berpunya. lain macam fatimahdin yang tiada perasaan ini. mereka sudah bersedia untuk komited, rasa cinta, sayang dan kasih semua dah ada cuma tinggal untuk diluahkan secara fizikal sahaja dan halal. (hehe.. gelak kecil dan senyuman nakal)
untuk manusia yang seperti fatimahdin, ambil masa untuk mencari cinta , kasih dan sayang. (gelak kecil, macam kelakar la pula statement fatimahdin ni). tapi, fatimahdin rasa bahagia sebab fatimahdin tak rasa sunyi dan tak payah nak pening kepala.

2. situasi kedua

soalan ' bila kau nak kahwin?'
soalan tu adalah soalan yang paling famous bila umur dah meningkat 20-an. kalau dengan kawan2 bertanya soalan itu memang normal dan boleh dibuat gelak2 , sepak2 kawan tu dan mengilai macam apa entah. acah2 bergurau la gitu. tapi, bila dah berjumpa saudara mara especially makcik2 yang mulut becok ni, mang dasar typical malay, memang akan jadi target la. hipotesis fatimahdin, semakin meningkat umur, semakin kerap kena tanya soalan cepumas begini.
bila awal2 tu, fatimahdin bagilah respon malu2 kucing kat makcik2 yang mulut becok ni. bila dah lama2, nak je fatimahdin bertanyakan, 'anak perempuan makcik bila pula nak kahwin?'
dan kadang2, hati ni rasa nak balas je, ' kahwin? kahwin perlukan komitmen. bukannya nak kahwin dalam satu tahun lebih dan lepas habis pantang kena cerai talak tiga. kahwin dan cerai ni tak boleh di buat main. kahwin adalah perkongsian hidup bukannya nak di buat main2.'
karang jawab macam ni, ada yang sentap. jadi bagi fatimahdin, buat kalian di luar sana, jangan bertanya ye soalan ini pada fatimahdin. fatimahdin masih belum bersedia dan fatimahdin masih banyak lagi komitmen terutamanya pada abah mak dan adik2 fatimahdin yang fatimahdin sayangi.
ingat pesanan fatimahdin ini, 'bila kita susah, bukan saudara mara atau kawan2 yang tolong kita. yang ada bersama dengan kita adalah abah mak dan adik beradik kita.'
the conclusion, cekalkan hati terima cakapa2 orang. esok lupa, mereka akan lupa la tu, hope so! nak lagi sennag, ubah topik. yang extreme, tak payah keluar jumpa orang. lagi extreme dan untuk orang yang lucky enough, pindah negara. haha. yang lagi senang, kahwin cepat!

apa2pun, ini hanyalah pendapat fatimahdin.
no heart taking and no heart breaking, tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang meninggal dunia. kalau ada sesiapa yang terasa, lantak kalian la yang terasa. i don't mind!

No comments:

Post a Comment