Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Tuesday, March 17, 2015

sayang sara

assalammualaikum.

jujur babe, di mata aku, sara lah yang paling cantik, paling anggun, paling cun. aku merupakan seorang manusia yang sukar untuk memuji seseorang, tak kisahlah sama ada dia adalah budak lelaki mahupun seorang budak perempuan. acah2 macam kita puji artis yang handsome dan cantik jelita. aku kenal sara masa sekolah dahulu. comel sangat sara ni, sampai aku nak perkenalkan diri aku pun aku gagap2 dan rasa malu sangat. sara berada dalam kelompok orang yang berada manakala aku pula sederhana sahaja. tak kisahlah asalkan cukup makan minum pakai dan yang paling penting tak menyusahkan sesiapa. bak kata abah, 'kalau kita ada duit, kita gunakan duit kita berjimat cermat tapi kalau tak ada, duduk diam sahaja. tak perlu mengadu pada sesiapa sebab sesiapa itu pun memerlukan duit untuk pakai.' masa mula2 berkenalan dengan sara, macam ada rama2 dalam perut. rasa seram sejuk! alah, biasalah masa tu dalam tingkatan satu.

satu hari, sara jumpa aku dan berkata dia mahu berkawan dengan aku. aku tunduk malu kerana memikirkan jurang kami. sara anak orang kaya, aku pula biasa2 sahaja. sara yakinkan aku bahawa itu bukan penghalang dan kami berkawan seperti biasa. kami berlainan kelas. bayangkan, kelasku di tingkat dua dan kelas sara di tingkat tiga. kadang2, aku akan melawat dan melepak bersama sara and the geng di dalam kelas sara. yang paling penting, waktu rehat kami akan berehat bersama. habis waktu sekolah, akan berada di perpustakaan mengulangkaji pelajaran.

masa tingkatan tiga, akau dapat tahu sara ada boyfriend. cikgu aku ada beritahu aku dan rakan2 kelas yang lain, 'semasa kamu dalam fasa tingkatan tiga dan empat ini, kamu akan mencuba. pelbagai yang akan kamu cuba. yang paling penting, jaga harga diri.'
aku hanya menganggukkan sahaja apa yang cikgu aku katakan itu, paling command pun dalam pemikiran aku, fly asrama, fly sekolah, ataupun ponteng kelas sahaja. tapi, rupa2nya, maksud cikgu aku itu begitu mendalam. kiasan sungguh bahasa cikgu, maklumlah, cikgu BM.

habis sekolah, habis tingkatan lima, aku masih lagi berkawan dengan sara. masa itu, sara dapat menjejakkan kaki ke manara gading, diploma apa entah, aku pun dah lupa dan aku takkan sebut nama menara gading itu dan aku pula meneruskan persekolahan di tingkatan enam. bila sara balik cuti sem, kami akan berjumpa, sehari sahaja kami berjumpa dan menghabiskan masa bersama. macam2 lah yang dibualkan. well, girls talk. girls ni macam2 cerita yang nak diceritakan. ada sahaja bual bicaranya. ketawa sara, sedih sara, manja sara, gedik sara, semuanya aku kenal walaupun kadang2 aku rasakan yang sara ni memang poyo! sara makin canti, sara makin cun dan ramai lelaki yang meminati sara. tanpa segan silu, sara menceritakan pasal lelaki nombor satu sampailah yang entah ke berapa penghujungnya.

entah macam mana, aku terputus hubungan dengan sara. satu hari, aku ditegur seseorang. suara itu aku macam kenal, dah lama aku tak dengar tapi aku tak yakin  suara itu milik sara. aku memalingkan mukaku memandang kepada milik suara itu. dahiku berkerut dan akhirnya dia memperkenalkan dirinya, sara. wow, sara dah tak bertudung. rambut sara warna coklat. mekap sara galak. pakaian sara ikut body, body sara memang meletop! kain yang ada di badan sara macam tak cukup kain.  cantik, cun, aku terkesima dan aku hanya tersenyum pada sara. kami duduk minum di satu cafe, itupun atas ajakan sara dan sara masih ingat yang aku suka minum air coklat, masih lagi mengingati aku. ingatkan sara dah lupakan perihal aku. pada mulanya bicara kami kaku, dan aku cuba mengikut rentak budak moden macam sara ni dan akhirnya serasi juga seperti dulu. mula menceritakan perihal masing2 dan aku tak bertanya kenapa sara berubah. aku, masih lagi seperti dulu, bak kata sara dan rakan2ku, bahawa aku di ciptakan untuk mendengar masalah rakan2. dan, aku tak jemu mendengar celoteh sara ketika itu. dekat 3 cawan coklat juga la sara orderkan untuk aku.

sara kerja swasta, gaji sara besar. aku kerja kerajaan, gaji aku kecil, aku malu memberitahu semuanya pasal aku pada sara tapi sebab dulu kami memang rapat, aku menceritakan juga. aku ada juga rasa takut bahawa sara akan band aku yang tak seberapa ini tapi sara tetap cool mendengar gaji aku dan perihal hal kerja aku. sara ke ofis naik kereta, aku ke ofis naik pengangkutan awam, ktm. sebelum berpisah, kami saling bertukar nombor telefon dan sejak dari itu, hubungan kami terjalin seperti zaman sekolah dahulu.

satu hari, sara call. katanya urgent.
dengan bahagianya kerana pada hari itu aku tak terikat dengan kerja dan tiada kelas, aku excited nak jumpa sara. aku memakai sepersalinan pakaian ku yang berwarna hitam, sto-ngan ku yang berwarna hitam, tudungku yang berwarna hitam dan ini adalah perubahan aku yang paling ketara di mana aku mengenakan purdah ku. senang cerita, dari atas sampai bawah aku serba hitam. kami berjanj untuk berjumpa di nu sentral.
setibanya di tempat yang dijanjikan, sara terkejut melihat penampilanku. sara tidak dapat menerima perubahan itu. aku kecewa tapi aku hanya tersenyum di sebalik purdahku. sara mempersoalkan kepada ku 'kenapa?' dan aku hanya mendiamkan diriku.

tanpa melengahkan masa, aku bertanyakan kepada sara apakah tujuannya mahu berjumpa aku? di dalam hati ini pelbagai soalan aku mahu utarakan kepadanya terutamanya pada keadaan dirinya itu. tapi, biarlah aku memberikannya ruang dahulu untuk memulakan bicaranya. hari itu, aku nampak sara lain sangat. sara menangis, tapi aku tahu dia bukan menangis kerana penampilan ku. kesian sara, rupa2nya dia kena pukul dengan boyfriend-nya, habis lebam2. patutlah di mukanya lain macam namun tidak pula aku terdetik dia ditumbuk. sara cover pakai spec besar. sara nak berjalan pun susah, ter-hincut2. sakit sangat katanya. ikut opinion aku, laporkan sahaja pada polis tapi sara tidak mahu. jadi, up to her, aku tak nak paksa. aku ni macam kawan tak guna juga pada sara, tapi aku tahu, sara amat menyayangi boyfriend-nya kerana itulah dia tidak membuat laporan polis.

sejak dari hari itu, sara dah tak macam sara yang aku kenal dulu. aku dapat bersama dengan sara sekejap sahaja. aku tak berapa suka dengan sara yang baru ini. aku suruh sara move on tapi sara seumpama manusia yang tiada semangat mahu hidup. aku risau. baru aku tahu, sara rupa2nya kaki clubbing, dulu, sara bukan yang macam ini, sara cool orangnya. sara suka baca buku. aku rindukan sara yang dahulu.

sebagai kawan, dengan apa yang menimpa dirinya, aku tak tinggalkan sara walaupun masa aku untuk bersamanya memang singkat. mana aku nak kejar dengan kerja ku, mana nak menghadiri kuliah di waktu petang dan malam serta pada hari sabtu dan ahad, dari pagi hingga malam. penat macam mana, aku akan ada dengan sara agar dia ada teman untuk berbual. kesian sara, ramai orang cakap sara jahat. air matanya tidak henti2 mengalir sehingga aku membuat conclusion bahawa air matanya sudah kering. ramai orang cakap sara sundal. baru aku tahu, sara di gilai ramai lelaki. keliling pinggang lelaki2-nya. baik buruk sara aku terima. mereka tak nampak sara sedih, hati sara lagi pedih. walaupun aku sudah tidak mengenali sara seperti mana aku mengenalinya dulu, as a friend, aku kena bagi spirit pada sara. biarlah, apa yang nak jadi, aku tetap bersama sara, aku tetap sayangkan sara. walaupun ada beberapa orang rakan2 ku yang menghalang aku menolong sara, namun bagi aku yang tak cukup matang ini, takkanlah aku mahu meninggalkannya seperti itu. dalam keadaan sara begitu, akulah teman bicaranya, bualnya dan lain2. dia tetap tersenyum bila dapat tahu aku masih tak suka makan sayur dan buah2an.

sara, jangan kau tangisi dengan perubahan mendadak aku ini. aku masih mencuba dengan imej baru aku ini dengan berpurdah.
masihkah kau ingat sara , aku pernah cakap,' kalau penjawat awam dibenarkan pakai purdah, aku akan pakai dan akan kekalkan. aku hanya memakainya ketika aku keluar'

sara, aku sayang kau sebagai seorang kawan aku. berapa tahun entah aku kenal kau, aku masih tak teror la matematik ni walaupun SPM matematik aku dapat gred A, aku masih setia menjadi kawan yang sentiasa mendengar masalahnya. rahsia kau sara, semua aku pegang, baik buruk kau, aib kau, semua aku tahu. sayang aku dekat kau sara tak pernah berubah, tak pernah kurang. susahkan aku nak cakap yang aku sayangkan kawan2 aku. setiap kali kawan2 aku bertanya sama ada aku sayangkan kawan2 aku ataupun tidak, aku memilih untuk tidak menjawab.
tapi kesian sara, sara dah mati, hati sara pun dah mati. dan akhirnya, jasad sara sama2 mati, berkubur jauh bawah tanah. tertimbus, jauh dalam gelap, jauh dalam suram. sara hilang dari dunia bersama sayang yang aku simpan dalam hati. maaf, kawan2 ku, aku memang susah untuk aku mengakui aku menyayangi kalian tapi ketahuilah, aku amat menyayangi kalian semua wahai kawan2 ku.

kata2 akhir sara pada aku,
' entah aku dapat tengok ke tak kau ni budak kechix pakai jubah konvo. sure jubah tu beso dan ko sure nampak macam halimunan.'

sara, perjalanan pengajian aku sebagai budak kelas undang2 bakal berakhir, kejap sahaja masa berlalu. masa zaman di pusat perubatan universiti malaya (ppum), aku di support oleh kawan ku bernama jannah dan bekerja di klang ini di support oleh kawan ku tiqa.
mungkin nanti aku ceritakan sayang jannah dan sayang tiqa.

aku sayangkan kau sara. amanlah di sana.
khamis ni aku tak dapat yasin-kan buat kau, nnt aku yasin-kan ye. aku di beri cuti. bukan senang aku nak cuti!

Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment