Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Wednesday, August 12, 2015

goodbye pembunuh chenta

assalammualaikum.

hendak dijadikan cerita, suatu petang yang indah dan ceria serta aman damai, sara datang kepada fatimahdin dan mula bergosip seperti biasa. dengan dua gelas besar milo ais, as usual, fatimahdin favourite drink, dan sepinggan roti canai cicah kuah sardin, sara mula meluapkan perasaan beliau yang katanya, sedang berkecamuk.

sara :
' jadi perempuan serba boleh ini kadang2 aku rasa irrelevant.'

pada saat itu, entah mengapa tangan fatimahdin terasa ringan mahu menampar sara di muka, tapi nasib baik mungkin pada masa itu iman fatimahdin masih kuat. lantas fatimahdin bertanya, bagaimana dia boleh berfikir sebegitu rupa? fatimahdin tak pernah rasa ada salahnya menjadi perempuan yang independent, bekerjaya dan berjaya  dalam hidup.

rupa2-nya si pembunuh chenta sara yang memakai baju kemeja putih berkot hitam serta bertali leher biru yang bersamanya tempoh hari sudah pun menghilang. katanya, sudah sampai masanya untuk dia pergi. si pembunuh  itu rupanya mengamalkan etika kerja yang sangat hebat. bekerja dengan kasih sayang, dengan perasaan. dan kini, bila dia merasakan yang sara sudah boleh menjadi matang dan kuat, dia pergi mencari client yang lain pula. client yang memerlukan si pembunuh berkemeja putih berkot hitam bertali leher biru untuk menjadi penyelamat dalam kehidupan.

sara mula bertanya kepada fatimahdin tentang apa yang fatimahdin rasa setelah sekian lama menjadi perempuan yang boleh tahan level macho-nya. bagi fatimahdin, sejujurnya jadi perempuan macho dan brutal amatlah senang. senang sebab fatimahdin sudah biasa bersendiri, makanya tiada istilah lonely bagi fatimahdin. tiada moment before i go to sleep untuk dihabiskan berfikir tentang si dia yang entah merindukan fatimahdin atau tidak. tiada juga layanan angan2 tentang menghabiskan sisa2 hidup fatimahdin dengan si arjuna pencuri hati. kata fatimahdin kepada sara, mungkin fatimahdin sudah ditakdirkan sebegini.

sara :
' tapi, engkau juga perempuan.
tipulah jikalau tiada perasaan mahu bercinta. '

wow, sara membentak menandakan bahawa sara tidak berpuas hati dengan jawapan yang fatimahdin berikan.

sara :
' cinta ini satu keperluan dalam hidup. '

sara menggambarkan perasaan indah yang sara alami sewaktu bersama si pembunuh berkemeja putih berkot hitam bertali leher biru . bergelak ketawa bersama , memasak bersama, membunuh bersama. gila psyco-kan sara bagi gambaran ini.

jelas sekali sara tidak boleh move on.
(senyum sinis fatimahdin di sini)

dan dalam kecamuk perbincangan sembang petang kami pada hari itu , sara memberitahu kepada fatimahdin bahawa kadang2 dia menyesal juga menolak lamaran jejaka2 terdahulu. mungkin dia sudah boleh berbahagia dengan ikatan yang sah , tetapi itu semua impian yang menjadi debu. sara sudah menolak, itu pokok pangkalnya.

fatimahdin :
' kenapa kau tolak pula bila ada orang yang ajak kahwin?
kan senang itu. '

sambil me-mintal2 straw di dalam cawan, fatimahdin merenung sara. soalan apalah yang fatimahdin tanyakan ini. inikan hak peribadi sara, mengapalah mulut ini gatal bertanya? kadang2, fatimahdin juga muak dengan sikap sara. Tuhan sudah beri dia lelaki yang mahu kahwin bersamanya , ditolak pula. bodoh mungkin!


1 comment:

  1. semuanya kerana cinta..boleh jadi baik, boleh jadi buruk akhirnya

    Maisarah singgah Blog MaisarahSidi.com :)
    Follow sini jugak #404

    ReplyDelete