Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Tuesday, August 11, 2015

kemeja putih berkot hitam dan tali leher biru

assalammualaikum.

sebelum kalian teruskan membaca, seperti biasa, fatimahdin sarankan kalian tarik nafas panjang2 dan standby sekotak tisu dekat sebelah. manalah tahu, malam selasa yang hujan mencurah di bumi shah alam ini , apa yang fatimahdin ingin tuliskan ini memang akan tepat membelah hati kalian yang memang sudah rapuh itu. jangan lupa secawan hot chocolate .

fatiamhdin selalu menulis tentang sara, sebab sara adalah kawan fatimahdin. nak kata rapat tidaklah begitu rapat, namun, kalian digest-lah sendiri friendship antara fatimahdin dan sara ini. maria juga kawan baik fatimahdin tetapi sara lagi baik. tidak pernah ada rahsia antara kami berdua, sakit kami berdua, kami tanggung bersama. fatimahdin rasa apa yang dia rasa, begitu juga dengan dia. jadi, bila sara sedih, fatimahdin tidak akan melayan perasaan sara untuk bersedih bersama , namun, fatimahdin akan menjadi seorang penasihat yang paling bertauliah dengan kata2 yang begitu brutal. hati tak boleh terlalu cair, kena keras babe! bila sara marah , rasa nak putus asa, rasa nak bunuh diri, fatiamhdin pun rasa tak berdaya, jikalau sara tiada, dengan siapa fatimahdin mahu berkawan. macam itulah in the terms of friendship antara fatimahdin dan sara.

jadi, tiga tahun yang lepas, fatimahdin flashback-kan kisah terdahulu, sambil duduk melepak dan mata melilau melihat gelagat manusia sekeliling ibu kota, berteman dengan minuman masing2, as usual, fatimahdin-kan chocolate lovers, fatimahdin menjadi saksi apabila sara menangis tanpa bunyi dan bersumpah tidak akan jatuh cinta lagi. dalam setiap air mata yang mengalir dari mata sara, fatimahdin nampak setiap aliran harapan per-lahan2 keluar , dan fatimahdin juga menjadi saksi kepada satu pembunuhan. sara bunuh hatinya sendiri, tidak sanggup dibiarkan hidup dan ditikam kejam lagi. jadi, pada malam itu, fatimahdin melihat sara mati.

maka, fatimahdin memilih untuk mati bersama.

ada orang cakap, the first heartbreak is the hardest . fatimahdin tidak percaya kerana fatimahdin merupakan seorang yang optimis. tapi, melihatkan sara, dan merasa setiap apa yang sara rasa, hati fatimahdin per-lahan2 menjadi hitam juga. mungkin ada orang yang cakap, berilah peluang kepada kehidupan. yang lepas biarlah lepas. tapi, kalian tidak pernah nampak sara, tidak pernah rasa apa yang sara rasa, tidak pernah kena apa yang sara kena. pantang disentuh sedikit, sara pasti akan terkejut, terus panik dan bernafas lima puluh kali lebih laju dari biasa. tidur juga tidak tenang, mimpi ngeri bersilih datang.

ada orang cakap, the first heratbreak is the hardest.
it breaks not only your heart , but it will also breaks your future.

dunia mungkin akan melihat sara sebagai seorang perempuan biasa yang tidak boleh gerak atas. dunia mungkin memperlekehkan kewujudan sara yang menjadi mangsa lelaki2. sara mungkin hanya dilihat dunia sebagai satu korban cinta , tidak lebih dari itu.

jadi, apabila suatu hari sara datang kepada fatimahdin dan menangis sekali lagi, tetapi tentang seorang lelaki yang memakai kemeja putih berkot hitam dan bertali leher biru, mengikut gambaran penglihatan sara. lelaki yang bertanya jika boleh memberi hukum bunuh kepada barisan lelaki yang terdahulunya membuat sara menderita.

a hit-man, a wise guy. a killer who read books.

dan, fatimahdin gembira bila akhirnya fatimahdin melihat sara kini boleh tidur lena. sara yang dahulunya tenggelam sudah boleh makan dan minum seperti biasa. pernah juga fatimahdin berjumpa sara dengan lelaki itu, selalu bertali leher biru , warna kegemarannya mungkin. tersenyum juga, penuh bersemangat bila ber-kata2 . mata pembunuh itu cantik, lebih cantik bila dia curi2 melihat sara , lebih cantik bila dia tergelak sambil bercerita tentang dunia dan harapan.

ya, memang dia seorang pembunuh. lelaki di sebelah sara yang memakai kemeja putih berkot hitam dan bertali leher biru itu berjaya membunuh kesemua barisan lelaki jahat yang pernah wujud dalam hidup sara, armed with the guns of hope and love and everything in between.

kalian semua mesti tengah tersenyum. mesti ingat fatimahdin nak menulis kisah2 yang rabak hujan2 begini ? sudah, pergi letak kotak tisu jauh2. fatimahdin cuma nak pesan , dunia ini masih panjang. jangan nak give up cepat sangat. have a nice sleep, sweet dream readers!

No comments:

Post a Comment