Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Monday, August 3, 2015

kepala otak kau

assalammualaikum.

maaf, penulisan kali ini memang tersangatlah sarcastic. jikalau rasa tak larat nak baca atau selepas membaca nak carutkan fatimahdin, silakan!

' saya bahagia kalau awak bahagia walau bukan bersama saya. '

bullshit!

awak, fatimahdin nak tanya awak ni.
macam mana awak kata awak bahagia kalau kebahagiaan awak itu tidak bersama awak?

awak sayang dia setengah mati . bila orang tanya tahap berapa sayang tu pun awak tak boleh nak letak. fatimahdin tidak pelik kerana kadang2 macam itu. tidak retilah nak gambarkan macam mana. secara logiknya, perasaan itu memang satu elemen yang tidak boleh nak define dengan mudah. menggunakan angka sebagai ukuran bukan satu benda yang relevan.

tapi, cara yang mudah bagi gambaran mana tingginya sayang awak dekat dia itu melalui perbuatan atau tingkah laku. orang kata bila sudah sayang, kita sanggup buat apa sahaja. korban selagi ada, bagi selagi boleh, ikut selagi mahu, tolong selagi daya. tiada sebab lain. satu2-nya awak buat atas tiket sayang. walau awak penat lelah, tetapi semua itu tidak penting. keutamaan awak bukan lagi pada diri sendiri. tetapi, dia. perkara lain jatuh selepas dia dalam senarai kepentingan yang awak cipta. asal dia senyum, awak sudah cukup gembira. walau awak perlu lap keringat belakang dia. walau awak perlu tahan air mata selepas itu.

tidak mengapa, sayang punya pasal!

fatimahdin faham, bila semua yang awak buat itu adalah atas dasar sayang.
cuma, fatimahdin tidak boleh terima konsep konon awak bahagia walau dia tengah bahagia dengan orang lain.

tarik nafas, hembus.

kalau awak kata masih mampu senyum itu bahagia, mari sini, fatimahdin tapak dahi awak. itu pura2 bahagia, hakikatnya, awak masih menangis dan derita dekat belakang. hanya kerana awak tak nak dia tahu letak duduknya keadaan awak, awak terpaksa nampak kuat.

awak mungkin keliru dengan kata2 awak bahagia kalau dia bahagia. bahagia yang macam mana? bila awak sudah buat segalanya untuk dia, tolong dia itu dan ini, serah apa sahaja selagi tidak menyerahkan yang tidak sepatutnya sebelum sampai masa untuk dia happy , yes, awak pun boleh happy! tapi, bukan sampai ke tahap dia bersama dan berkasih sayang orang lain. no. oh, come on, macam mana awak boleh okey dan cool tengok dia berpimpin tangan orang lain sedangkan jiwa awak ada pada dia.

fatimahdin nak cakap sikit, lekatkan elok2 dalam kepala otak tu,
" sacrifice is one of the purest and most selfless ways to love someone "

' aku ikhlas cintakan dia . kalau bahagia dia bukan bersama aku, aku rela. '

awak mungkin tidak sedar yang awak hanya betul2 bahagia jikalau dia bahagia walau tidak bersama awak saat awak sudah mula lepaskan dan sayang awak terhadap dia mula terhakis. jangan nak menipu diri sendiri! mustahil, selama perasaan sayang itu masih ada , awak tidak berharap untuk dia terus bersama awak. jikalau dia perlu lepaskan orang lain , awak seolah akan berdoa dia buta pada sekelilingnya.

awak, jangan kata rela jikalau hati merana.

kawan fatimahdin pernah kata,
' kau bahagia bila kau rasa bahagia.
bukan dengan tengok dia bahagia.
dalam soal cinta, kau buat baik tapi tak nak dia tahu itu tidak wujud.
tanya diri sendiri kenapa kau buat baik dengan dia. '

tarik nafas, hembus.
fikirkan dalam2 kata2 daripada kawan fatimahdin itu.

ada benarnya dalam cakap dia.

kadang2, dalam cinta, satu sisi yang ramai orang tidak sedar , yang awak tahu dan mahu lakukan cuma memberi bukan lagi menerima. mungkin awak rasa menerima bukan lagi satu benda yang awak perlu. atau awak penat menunggu sehingga tidak lalu.
cukuplah!

awak bahagia bila awak rasa bahagia. mungkin, ini buat awak rasa bahagia walau sekejap cuma , dan dia akan terus bahagia.

maafkan fatimahdin dengan penulisan yang penuh sarcastic dan selfish.

1 comment:

  1. ena singgah sini ye...keep shairng

    done follow #402

    ReplyDelete