assalammualaikum.
' aku tak boleh hidup tanpa dia! '
belum kemana dah tahu tidak boleh.
nak lupakan orang yang pernah kalian sayang itu memang tidak mudah. susah!
tetapi jikalau tidak cuba mana kalian nak tahu.
macam mana kalian untuk jatuh sayang dekat seseorang itu perlukan masa, macam itu juga untuk lupakan dia , juga perlukan masa. bagi diri kalian masa dan ruang.
fatimahdin tidak pernah melaluli masa itu sebab masih single-kan tetapi mengikut pemerhatian fatimahdin, pengalaman yang akan fatimahdin kongsikan adalah berdasarkan kepada pengalaman rakan2 fatimahdin. fasa yang dilalui yang boleh fatimahdin rungkaikan umpama nyawa kena tarik sama bila orang yang disayangi itu pergi. jikalau saat itu bertanya , Ya Allah, level jasad tanpa jiwa. kosong. setipa hari meratap pilu. tak reti jemu. tetapi, nasihat dari seorang yang bernama fatimahdin, kalian bersedih dan menangis, jikalau boleh, it just for one day only!
macam mana seronoknya terbang tinggi masa bercinta sakan, macam itu jugalah dia punya sakit terduduk dekat tanah bila hilang orang yang kalian sayangi. nak ubat hati itu macam tiada penawar. seumpama penghabis hayat. umpama esok nak mati.
tetapi, kalian lupa , masih ada remedi untuk sakit yang satu ini.
masa.
ruang.
jikalau hari ini kalian kata kalian tidak penat merindu, tunggu lama sedikit.
jikalau hari ini kalian takkan berhenti bercinta dia, tunggu nanti.
jikalau hari ini kalian kata sayang kalian pada dia takkan pernah mati, tunggu kemudian hari.
rindu itu akan pergi.
cinta itu akan mati.
sayang itu akan hilang.
dengan izin Tuhan.
jikalau tak semunggu, mungkin sebulan, atau setahun, boleh jadi lagi lama. tidak mengapa. bagi masa dekat diri sendiri. masa kita untuk pulih mungkin berbeza. sebab tahap perasaan kita pun tidak sama. Tuhan itu pun tidak kejam nak bagi kalian rasa macam gampang untuk selamanya. melainkan kalian sendiri yang tidak membenarkan dan terus membiarkan kalian hidup dalam kancah yang penuh dengan kesialan. jikalau hari ini sakit, esok akan pulih. sabar.
kalian takkan tahu yang kalian boleh hidup tapa dia sehinggakan kalian duduk dalam situasi itu. sama ada secara paksa atau rela. semua berkaitan masa dan usaha. ada seorang tua pernah cakap,
' jaga cinta dan sayang itu.
letak keutamaan cinta itu pada kedudukan yang sepatutnya.
maan yang dahulu, mana yang kemudian. jangan terlalu kejar yang atas tanah
sampai lupa apa yang ada dekat atas sana. '
sentap!
manusia memang mudah lupa. terutama soal cinta. bahagia itu sangat melekakan. sedih itu juga melalaikan. baik bahagia mahupun sedih , dua2 boleh buat manusia hanyut dalam mainan perasaan. bahagia sampai nampak syurga semata. sedih sampai nak campak diri dalam neraka.
meletakkan dia dalam sesuatu kedudukan yang istimewa itu mungkin betul, tetapi meletakkan dia teratas seolah mengaugungkan itu adalah salah. dia mungkin sebahagian dari kalian, tetapi dia bukan pemegang nafas, bukan pengalir darah, bukan juga penggerak jantung. kalian masih boleh hidup tanpa dia. berhentilah rasa yang dia segalanya. dia manusia, kalian juga manusia. dia masih punya keluarga , kalian juga punya keluarga yang mana itu sebenarnya jauh lebih penting untuk buat kalian berdiri tegak atas muka bumi.
jangan terlalu cintakan dia sehingga kalian lupa untuk cintakan insan yang bawa kalian ke atas dunia sehingga kalian mampu merasa cinta. jangan terlalu cintakan hamba-Nya sehingga kalian lupa pada pencipta manusia yang kalian sedang cinta.
melepaskan cinta sesama itu takkan buat kalian mati. buktinya, berapa ramai manusia yang masih bernafas atas kurniaan oksigen dari Tuhan selepas hilang cinta yang dulunya dikata sebahagian dari nyawa. salah seorangnya, fatimahdin.
No comments:
Post a Comment