Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Friday, October 21, 2011

festival of lights

The #PetronasDeepavali ad is out! Let's celebrate this Festival of Lights ;)
perhatian :
kepada rakan2 fatimahdin semua..
sila klik pada link di atas ini..
jom sambut deepavali ini bersama petronas..
pesta cahaya yang pasti meriah..
chop, fatimahdin nak muruku!

Monday, October 17, 2011

pengakhiran 20tahun

assalammualaikum..

nyanyi :
' menghitung hari
detik demi detik
masa ku nanti apakan ada
yang aku pinta '

amboi, fatimahdin.. touching pula.. okey2, hari ini merupakan hari terakhir untuk fatimahdin menikmati hidup dalam umur 20 tahun.. keesokkan harinya, fatimahdin akan genap umur 21 tahun.. alamak, dah besar ya fatimahdin tapi badan tetap maintain kecil.. agaknya, bilalah fatimahdin nak besar? ha5..
kenangan umur 20 tahun? macam2.. bukan tak nak kongsi tapi seriusly, fatimahdin memang enjoy dengan kehidupan fatimahdin.. masa mula2 nak masuk umur 20 tahun, alamak, diri ini terasa sudah tua.. daripada ada angka '1' di hadapannya tapi kini adanya angka '2'.. peningkatan usia! huh..
perancangan masa hadapan untuk masuk usia 21 tahun, fatimahdin mengharapkan satu transformasi yang 'wow'.. nampaknya, yang pastinya fatimahdin sudah boleh mengundi..yahoo! nak jadi wakil rakyatlah.. nak bela nasib bangsa, rakyat dan lain2.. eh, betulkah fatimahdin? tapi, tidak mengapa, walauapa yang berlaku, jadilah diri sendiri..

chop! : hidup hanya sekali jadi nikmatilah kehidupan ini..

tutor tv spm

Here’s where all 5 yrs of study comes dwn to, SPM. Gotta score! Tune onto Astro 603, #TutorTVSPM for sm quick tips
perhatian :
kepada adik2 yang bakal menduduki
peperiksaan spm 2011..
sila klin pada link ini..
ada tutor tv spm di astro channel 603..
pelbagai tips yang dikongsikan..
selamat maju jaya adik2..

untuk myera bahanuddin dan nurulhusna

assalammualaikum..
bila berlabuh tabir malam dan kepala otak sedang kontang untuk memikirkan idea2 untuk mengetip jari di papan kekunci ini, tiba2 sahaja fatimahdin teringatkan kalian berdua.. bukan teringatkan apa cuma hanya teringatkan pada tarikh 17 oktober.. al-maklumlah, kalian berdua ni-kan kembar.. bukan kembar apa cuma hanyalah kembar pada perkongsian tarikh lahir..
disini, dikesempatan ini, fatimahdin ingin mengucapkan..

  • selamat hari lahir
  • semoga panjang umur
  • dimurahkan rezeki
  • dipermudahkan urusan dunia dan akhirat
  • dipertemukan jodoh
  • hargailah kehidupan anda kerana hidup hanya sekali

maaf ya kalian berdua kerana fatimahdin tidak memberikan sebarang hadiah.. cukuplah sekadar tinta penulisan ini sebagai ganti diri serta terimalah hadiah picture encik teddybear berserta gift box.. kalian berdua buatlah pilihan sama ada salah seorang inginkan encik teddybear ataupun gift box..

pesanan :
' kepada salah seorang antara kalian berdua yang memilih encik teddybear, sila rawatkan dahi encik teddybear sehingga sembuh dan kepada salah seorang kalian berdua yang memilih gift box, sila buka balutan gift box tersebut dengan ber-hati2.. '

chop! : maaf ya kerana tiada hadiah.. its your day, hence, enjoy the day..! nanti, bagitahu sama fatimahdin siapakah di antara kalian yang memilih encik teddybear dan gift box..

Sunday, October 16, 2011

lelaki dan zodiak

assalammualaikum..
apa khabar rakan2 fatimahdin semua? harap2 semuanya sihat2 belaka pada hari minggu ini.. jadi, macam mana dengan life pada hari ahad ini? mesti ramai yang pergi merayap untuk me-release-kan tension.. amboi, merayap tak ajak fatimahdin ya.. ni yang rasa nak tarik muncung mulut panjang2 macam tikus mondok.. ha5, fatimahdin main2 saja ya..
mesti ramai yang pelik tengok gambar di atas tu dan ter-tanya2 rahsia apa yang fatimahdin nak kongsikan.. okey2, fatimahdin nak kongsikan pasal lelaki dan zodiak mereka.. ayuh ramai2 baca dan fahami mereka yang sebenarnya..

capricorn :
keinginan dan niat lelaki lingkungan zodiak capricorn adalah sukar untuk difahami... namun, mereka boleh menjadi individu yang sangat menyenangkan.. mereka juga dikatakan seorang yang bijak..

aquarius :
pemuda aquarius seorang yang suka berangan.. selalunya tidak memberi perhatian kepada apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.. jangan tertipu, mereka ini sentiasa dipenuhi dengan idea2 yang bernas..

pisces :
pengkhayal yang lebih suka untuk tinggal di dalam mimpi manis.. lelaki pisces gemar merungut tentang hidupnya juga terhadap semua orang disekelilingnya.. calon bauk berpasangan kerana mereka seorang yang boleh diharapkan..

aries :
lelaki aries merupakan seorang yang sentiasa berbakat dan kreatif tetapi berwawasan kerana mereka biasanya sungguh degil..

taurus :
dikenali kerana sifat mereka yang sangat rajin.. lelaki taurus seorang yang mudah terdedah dan sensitif.. jenis yang sangat lambat dan mereka juga tidak suka bergegas ketika melakukan urusan..

gemini :
sering mendapat tanggapan sebagai seorang yang genius.. meskipun boleh bercakap dengan sempurna tentang pelbagai topik tetapi pendirian lelaki gemini sentiasa berubah..

cancer :
paling disenangi di antara semua.. jejaka cancer merupakan seorang yang ber-hati2, sering menghulurkan bantuan dan perlindungan.. sifat baiknya itu sering disalah tafsir sebagai pengecut..

leo :
sang leo merupakan seorang yang sangat megah.. kadang-kala mereka kelihatan se-olah2 hampir tidak dapat didekati.. jangan tertipu kerana mereka sebenarnya mempunyai akhlak yang baik..

virgo :
meskipun lelaki virgo merupakan seorang yang zahirnya baik dan mudah melahirkan rasa simpati, mereka juga boleh menjadi seorang yang terlalu praktikal.. tidak gemar pada ideologi romantik..

libra :
seorang yang suka berkomunikasi, banyak cakap dan sentiasa tahu bagaimana untuk mencerikan hati orang lain.. namun, kumpulan lelaki libra kadang-kala takut untuk mengendong tanggungjawab..

scorpio :
sang arjuna scorpio adalah individu yang sentiasa tersembunyi, diselubungi oleh sesuatu aura yang memberikan mereka daya penarik dan mengancam tetapi pada masa yang sama disertai dengan sedikit rasa angkuh..

sagitarius :
selain menggemari pelbagai hobi, lelaki sagitarius adalah seorang yang sangat menarik dan berkualiti.. mereka juga boleh menjadi seorang yang naif..

jadi, bagaimana rakan2 fatimahdin semua? dah tahu calon2 lelaki mana yang boleh dibuat sebagai pilihan kalbu? walauapapun, jagalah hati insan yang menyayangi kita..

chop! : setiap insan yang dilahirkan itu ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.. terimalah seadanya..

maafkan fatimahdin ye

assalammualaikum..
apa khabar kawan2 fatimahdin semua..pastinya dah malam2 macam ni semuanya tengah sedap landing atas katil..betul tak? ok,seriusly fatimahdin nak minta maaf dekat semua kawan2 fatimahdin kerana agak sudah lama fatimahdin tidak meng-update entry blog fatimahdin ni.. seriusly, life fatimahdin agak buzy sejak kebelakangan ini serta kehidupan kehadapan ini.. inilah bahana apabila jari sudah lama tidak mengetip papan kekunci dan secara rasminya ayat2 yang ditulis pun menjadi tunggang-langgang..walau sesibuk mana pun fatimahdin, namun, kehidupan fatimahdin tetap berwarna-warni seperti warna pelangi..tak percaya? buktinya ada pada gambar di atas itu..

chop! : tetap enjoy dengan kehidupan seharian.. syukran ya tuhan.. kawan2, maafkan fatimahdin ya! fatimahdin akan cari masa untuk meng-update entry blog..

Wednesday, October 12, 2011

football match

The recent football match made me so upset so I’m going to create a game with #MiloCansNextGame and win RM 10K!
perhatian :
kepada rakan2 fatimahdin yang menggilai untuk
bermain game..
ayuh klik pada link ini..
ada macam2 game yang ditawarkan
dan boleh dimainkan..
let's go and battle everybody!