assalammualaikum.
di pengakhiran ogos ini, fatimahdin berada di dalam satu fasa di mana fatimahdin rasa nak mengalah dalam semua benda. fatimahdin jadi lemah dan fatimahdin rasa tak larat nak berjalan , apatah lagi mahu berlari ataupun mengejar. tidak kisahlah pasal pelajaran, makan atau minum, nak pergi ke tandas pun fatimahdin rasa penat. tak rasa penat ke berak hari2? jemu tau tak nak kena buka seluar dan meneran. lagi la jikalau kita buka soal bercinta. bulan ogos adalah bulan yang paling depressing . fatimahdin rasa nak lari dan terjun dalam lubang sedalam enam kaki sambil bawa bantal busuk garfiled poyo fatimahdin dan selimut fatimahdin.
fatimahdin hanya nak rest in peace.
serious!
jadi, kononnya, fatimahdin pun berkata dengan megah, mungkin fatimahdin tidak perlu keluar untuk mencari hot chocolate bagi menenangkan minda fatimahdin yang konon2-nya celaru dan hati fatimahdin yang sedang berkecamuk. oh, adakah ini merupakan satu definasi meraikan dan mencari ketenangan bagi insan yang bernama fatimahdin? rasanya, ia adalah satu definasi yang munasabah dan lihat kembali kepada semua benda yang fatimahdin kecapi walaupun semesta ini, pointer fatimahdin jatuh sedikit. fatimahdin sudah siap berbungkus dengan dua selimut, dan menikmati air hot chocolate.
ingin fatimahdin ceritakan, pada suatu hari, telah ditakdirkan fatimahdin bangun pada pukul 5 petang dengan satu azam yang tiba2 datang, sebab, azam baru selalunya wujud pada tahun baru, entah macam mana boleh wujud dalam bulan ogos sebegini? mungkin kerana bulan ogos ini adalah bulan kelahiran pakdin. fatimahdin buka ke-dua2 mata fatimahdin dengan perasaan yang panik. fatimahdin tiba2 jadi takut. fatimahdin mula terasa bahawa tahun 2015 bakal tiba ke penghujungnya dan makin menghilang, dan fatimahdin fikir, what's the point of sleeping ? what's the point of giving up? sudah hampir genap 25 tahun fatimahdin cuba nak hidup walaupun kena berebut sedut oksigen dengan berbillion lagi manusia dalam dunia. kenapa fatimahdin kena mengalah sekarang?
dengan pantas, fatimahdin bersiap dan keluar dari rumah. fatimahdin bayangkan dalam kepala, macam mana jikalau hidup ini ibarat satu lagu yang panjangnya hanya 365 hari, dan hari ini adalah hari yang terakhir. jikalau dahulu, mungkin tujuan fatimahdin keluar rumah adalah untuk have fun, untuk kenal rakan2 baru, usha kelakuan manusia di luar sana, dan lain2. tetapi, kali ini, fatimahdin hanya mahu menghabiskan masa 24jam ini dengan orang yang fatimahdin anggap meaningful.
mungkin orang lebih tua akan cakap,
' engkau ni muda lagi, baru sahaja 25tahun.
rileks dan masih perlu enjoy jumpa orang2 baru
and make connections. '
tetapi, bagi fatimahdin, this is ridiculous. mungkin nasib kau baik , masih boleh lagi hidup sampai umur kau yang sekarang, tetapi, tak semestinya fatimahdin pun akan dapat umur yang panjang macam kau. fatimahdin mungkin ada lagi dua tiga tahun untuk hidup ataupun, mungkin tahun 2015 ini adalah tahun terakhir untuk fatimahdin menjalani kehidupan ini, dan sebenarnya dalam konteks tersebut , fatimahdin sudah dikira tua. sudah di penghujung usia,
kerana itu, fatimahdin berterima kasih kepada Allah kerana telah mengejutkan fatimahdin pada pukul 5 petang. kerana masa itu, sebaik sahaja fatiamhdin melangkah keluar dari rumah, fatimahdin sudah tahu dengan siapa yang fatimahdin mahu jumpa. dengan siapa fatimahdin mahu beri hadiah bagi tahun ini. mungkin juga jikalau keputusan fatimahdin berbeza pada ketika itu, fatimahdin akan kenal ramai manusia, mungkin fatimahdin akan ada lagi ramai followers baru di twitter dan senarai nombor telefon yang lebih panjang. but, who needs it when you already know the worth of certain people taht you are already have in your life?
dalam banyak2 benda yang fatimahdin belajar pada benda2 yang lepas, yang paling penting yang fatimahdin rasakan adalah masa dan prioriti. banyak hubungan yang gagal mungkin kerana mereka melihat masih lagi panjang perjalanan yang mereka harus tempuhi , lantas rasa penat dan rasa lelah mula mendatang. mereka lupa why they started the journey at the first place. ramai yang lupa, we have to appreciate what we have now rather than seeking and chasing something that is uncertain.
mungkin boyfriend kalian yang sekarang ini tidaklah se-handsome mana, mungkin dia tidaklah sekaya mana. jadi, kalian lepaskan dia, sebab kalian fikir untuk cari yang lebih baik , yang lebih handsome dan mampu untuk belanja kalian makan di Tony Roma's. mungkin kalian juga sudah penat mahu berusaha untuk memenangi hati yang kalian sayang , sebab dia asyik berdolak-dalik dan nampak macam tidak menyayangi kalian. jadi, kalian mahu berhenti berusaha.
but really, who the hell cares about them? biarlah dia tidak handsome, tak kaya, tetapi, jikalau dia sayangkan kalian dia layan kalian dengan baik, then what's wrong with that? jikalau kalian cantik, nanti kahwin pun mungkin genetik kalian lebih kuat, maka, anak2 korang berdua pun akan jadi comel. jikalau kalian hodoh, memang fatimahdin nak hempas sahaja cermin dekat kalian , sudah sedar hodoh pastu nak buang boyfriend kalian sebab hodoh. patut single andartu je. jadi, fatimahdin mengharapkan janganlah ada di dalam kalangan pem-baca2 fatimahdin yang tinggalkan pasangan tersendiri sebab kehodohannya begitu juga dalam friendship. jangan tengok pada luarannya yang hodoh, slekeh, tidak tahu ber-make up, tak up to date dan lain2.
biarlah orang yang kalian sayang itu tidak menyayangi kalian balik, just be there for him . ramai jatuh cinta dengan expectation jikalau kita sukakan seseorang itu , dia kena sukakan kita balik. wajib kena suka kita balik! gila ke apa? jikalau betul kalian sayang, biarkanlah dia jikalau mahu menjadi kawan sekalipun. hormat perasaan dia, dan dia pun akan hormat perasaan kalian juga. dunia akan jadi satu tempat yang lebih baik jikalau semua hidup dengan adab dan jangan biadap, jangan nak pentingkan diri sendiri. jikalua rasa tidak tahan nak hadap dan be professional, sudah, pergi seret bontot sana dan mohon move on.
jadi, tepat pada pukul 0800 malam, fatimahdin berdiri seorang. dan fatimahdin tahu apa yang fatimahdin perlu untuk terus hidup adalah diri fatimahdin sendiri.
i just want to live the moment and cherish everything, before it's too late.
with my own favouritism!
No comments:
Post a Comment