Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Friday, August 7, 2015

di sana menanti di sini menunggu

assalammualaikum.

seriously, ini memang tajuk lagu pun, nyanyian dari kumpulan ukays.

malam tadi, entah mengapa, ketika mandi, as usual, fatimahdin akan menyanyi and all of you know that, i am the best singer in the toilet but i don't know why i am singing this song. don't ask me why because i know that i can't answer your question.

fatimahdin nak bagitahu dan share-kan bersama kalian pem-baca2 tegar fatimahdin mengenai satu rahsia. rahsia pasal lagu di sana menanti di sini menunggu nyanyian ukays. sure kalian berdebarkan. bagi yang mengenali fatimahdin pasti ter-tanya2 sejak bila fatimahdin layan lagu jiwang2 rock kapak macam ini kan. relax, chill geng, jangan gabra. fatimahdin akan bagitahu.

okey, dalam lagu ini,
kononnya boy itu di dampingi oleh dua orang girl dan akhirnya salah seorang girl itu mengalah dan mengundurkan diri. dalam lagu itu ada bait2 lirik ini,

nyanyi :
' ku terima satu nota
ringkas tulisannya
dia sedia undur diri
dan memaafkan ku
katanya anggap ini satu mimpi
yang datang sekadar
untuk menguji '

al-kisahnya, the truth is, that boy ada element menipu di situ. memang betul girl itu ada meninggalkan sekeping nota (mungkin sekeping mungkin lebih) dan tak ringkas pun nota yang ditinggalkan oleh girl itu. setelah fatimahdin kelebet dan korek di sana sini, maka dengan ini, setelah berpuluh tahun lagu ini popular, fatimahdin dedahkan nota yang sebenarnya yang ditulis oleh girl tersebut.

18 Oktober 1995

amir,
bagaimana dengan keadaan kamu pada hari ini? mestilah bahagikan walau tiada aku di sisi. sebab yang di sana sentiasa menanti. aku di sini sentiasa menunggu. entah apa yang ditunggu, aku sendiri pun tidak tahu.
sudah berapa lama agaknya kita dalam keadaan sebegini? tiga bulan? enam bulan? aku rasa sudah setahun lebih rasanya. setahun yang bahagia walaupun ku tahu kau punya yang disana. tapi, kita tetap bahagia dalam dunia ynag kita ciptakan. hanya kita berdua,

amir,
aku tahu kau tak punya kuasa untuk membuang salah satu antara kami dan kau tak punya kuasa untuk menyatukan kedua antara kami . mungkin kau kurang kemampuan untuk membahagiakan keduanya, mungkin dari segi nafkah zahir. aku tak fikir kau kalah dalam nafkah batin kalau dilihat dari suusr galur keluarga dan keturunanmu. bahagian mana yang kau tak mampu, hanya kau sahaja yang tahu. dan kau simpan tanpa memberitahu.
memang diakui, aku bukan sentiasa di hadapan mata. aku jauh dan jarang untuk dapat diluang masa bersama. hanya dapat berutus surat sebulan mungkin tiga kali, nak buat macam mana, kita bercinta dalam zaman yang belum wujud lagi whatapp. dan kesempatan untuk berjumpa sentiasa tidak pernah untuk tidak menghangatkan lagi kasih kita. ya, aku suka!
selalu aku terimbas kembali di saat kali pertama kita berjumpa. entah apa yang ada pada diriku, hingga kau jatuh suka. aku yang memang tiada siapa pada waktu itu dengan senang menghulur salam perkenalan hingga tidak menyangka engkau tanpa sengaja telah menduakan.

nyanyi :
' oh, lelaki tak guna '
(yuna, lelaki tak guna)

namun, engkau bijak , mungkin licik sebenarnya, menabur kata sayang. sentiasa menjaga hati dalam setiap tutur bicara. di hadapan ku sedikit pun tentang dia yang di sana tidak di ungkit. malah, sezarah pun tidak. walau kadang dalam sengaja aku mengundang kata perli. kau diam dan tabah. hanya melemparkan senyum senget. iye, kadang2 aku geram. marah yang mahu aku bangkitkan hancur lebue dek sentuhan manja yang kau berikan.

dari hari ke hari, aku sentiasa menunggu kata putus namun yang aku jumpa hanya aku mahu putus. bukan kerana tidak sayang, bukan kerana sudah bosan, tapi kerana penat di gantung, ke langit pun tidak, ke bumi apatah lagi. tangan dan kaki naik kebas berada di awangan. jadi, di sinilah aku sekarang. menulis nota yang terakhir. bagi memudahkan perjalanan hidupmu. menjaga yang satu, tidak perlu dua lagi. aku dibiarkanlah pergi, usah dicari lagi. setiap orang layak untuk temui bahagia dan janganlah ditamak pada bahagia yang mendapat.

amir,
mungkin selepas ini kau akan rasa kekurangan. mungkin juga tidak.
entah, aku tidak pasti. aku mungkin akan mulai membenci bila sudah ku tahu di mana letaknya aku setelah pemergianku nanti. aku tidak mendoakan kebahagiaanmu sebab aku rasa kau tak perlukan doa dari seorang aku.

akhir kata dariku, aku bahagia bila kau tidak bahagia.

dari kesayanganmu,
xoxo

p/s : jangan lupa next lagu kau nanti masukkan kisah aku, kisah kita. royalti nanti, belakang cerita.

ada lagi dalam dua tiga keping nota yang fatimahdin tak reveal di sini. ada unsur2 yang susah untuk ditapis , kalau ditapis juga entah apalah yang tinggal . lelaki macam amir ini kalau wujud lagi di zaman sekarang fatimahdin kategorikan dia sebagai kaki perempuan, sweet talker atau telah di queen control-kan. full stop! tak nak cakap lagi.


No comments:

Post a Comment