assalammualaikum.
ada ketika bila kita terlalu gembira, kita lupa pada apa yang pernah terjadi. sibuk kita mengukir hari bahagia sehingga kita hampir mengulang semula sejarah yang lama. kita hampir terjerumus kembali ke lembah gelap yang pernah di fobiakan. kita hampir membunuh hati sendiri, sekali lagi! jadi, pentingkah sejarah di situ? jika dikenang, agak sukar untuk move on. bila diabaikan, sejarah mungkin berulang.
air shower memancut deras air yang berbutir keluar dari hujung mata.
celaka, main kasar pulak!tapi lagi celaka orang yang main kasar dengan hatiku ini. kalau ikutkan hati, mahu sahaja daku pijak mukanya sampai lumat. huh, daku yang bodoh sebenarnya! kenapa tidak pijak sahaja muka sendiri?
sejarah itu, perit untuk dikenang tetapi, sejarah sebenarnya wujud untuk dikaji. bukan hanya dikaji sebagai tugu peringatan. diletak di suatu sudut hati, membiar menjadi daging busuk yang tanpa sedar mungkin membawa sakit pada diri sendiri dan mungkin yang berada di sekeliling. tengok sahaja Kota A Famosa. salah satu kota bersejarah yang tertinggal di Melaka. berapa ramai yang berasa seronok bergambar sakan sambil perhati matahari turun dari situ? berapa ramai yang menjadikan A Famosa sebagai port untuk merakam segala keindahan Melaka dari ketinggian yang entah fatimahdin sendiri tidak tahu berapa sebab dah puas google tapi tak jumpa2.
kalian tahu sendirikan bagaimana Kota A Famosa dibina? banyak perit jerih, banyak nyawa terkorban. mungkin ada yang membina dengan marah2. mungkin juga ada yang menyumpah. namun demikian, fatimahdin tidak terlibat dengan pembinaan kota tersebut. bila semuanya telah berlalu, tahun makan tahun, tanah air berjaya merdeka. semuanya menjadi normal seperti biasa. tidak pula kota itu diroboh demi meluah rasa benci. ditinggalkan Kota A Famosa untuk dijadi sejarah peringatan untuk anak cucu masa hadapan.
sejarah untuk dikaji, bukan untuk dihafal dan selepas itu, kalian lulus peperiksaan. sejarah untuk diingati bukan untuk dikenang dan buat kalian tidak mampu untuk berjalan. sejarah untuk dijadikan pedoman bukan untuk membuatkan kalian terus meroyan. sejarah adalah untuk kalian sedar kebodohan di masa silam dan mengelakkan kalian untuk terus tenggelam. faham sejarah dan kalian akan faham erti kehidupan yang sebenar.
' orang yang hebat adalah orang yang berani melipat sejarah menjadi kapal terbang kertas dan melempar semula ke muka kenangan'.
selamat hari pahlawan!
No comments:
Post a Comment