Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Saturday, August 1, 2015

ego

assalammualaikum.

tarik nafas. senyum :)

' awak tak perlu explain apa2. tak perlu.
saya sudah tahu apa yang awak nak cakap dan saya okey.
lagi satu, awak tak perlu jaga hati saya sebab acah2 rasa bersalah
sebab saya tahu macam mana nak jaga hati saya sendiri.
sekurangnya, kalau saya sakit, saya sendiri. '

' awak memang ego. '

kalau benda itu takkan berubah , kalian rasa benda itu berbaloi untuk diluahkan? tapi, ada isu yang lebih besar. keadaan selepas itu. lepas apa yang kalian cakap, kalian fikir semua benda boleh patah balik pada titik asal? kalau tak, teruskan simpan. biar pendam. untuk kebaikan kalian dan juga dia. selagi benda itu tidak berganjak apa, kalian anggap sahaja yang ianya tidak penting. walau kalian tahu dan dia tahu , biar dia kekal tak dilisankan. bak kata pepatah inggeris,
' some stories sholud remain untold '

tidak semua benda perlukan penjelasan. terutama hal yang kalian sudah tahu apa disebalik yang berlaku. kadang2, kalian cuma nak dia tahu apa yang kalian rasa, apa yang kalian fikir. atau, kalian beritahu atas dasar permintaan dia. nampak macam berat sebelah seolah kalian sahaja yang punya peluang untuk bersuara , sedangkan dia tidak. bukan! kalau kalian tahu apa yang bakal diucap, apa kalian masih mahu dengar secara lisan? terfikir pun hati dah serupa dicarik. bayangkan jikalau kalian mendengar sepatah2 yang keluar dari mulut dia. jangan cakap dan beritahu pada fatimahdin jikalau perasaan kalian tidak goyah.

semakin banyak dia perjelas keadaan, semakin banyak alasan yang dicipta. sehingga satu tahap, kalian tidak tahu mana yang tulen, mana yang palsu. bimbang kalian sangkut pada kata2 nista yang benar. lumrah manusia, yang dusta itu kadang lebih membahagiakan.

' awak , saya mohon awak berhenti layan saya baik. awak jangan risau.
saya tidak perlu semua itu. saya sudah cukup kuat untuk berdiri sendiri. '

' awak bukan kuat, tapi awak ego. '

kalian tak harap dilayan baik jikalau itu bukan dari ikhlas hati dia. betul, dia kata layanan baik itu bukan atas sebab simpati. tapi, atas sebab dia sendiri yang sudah ungkap, cuma kalian nafikan. seolah menolak hak dia. kalian tidak tahu. mungkin kalian cuma merasakan dia cuma bersimpati. dia lupa yang kalian benci simpati. lagi musnah ynag didalam, makin terbang kalian tinggi bila depan manusia yang cuba bawa kalian ke bawah.
kalian berkata,  panggil aku ego atau bodoh,  sikit aku tak berganjak.

tidak semua orang boleh buat pusingan tiga ratus enam puluh darjah bila orang yang sepatut dipujuk berdiri di kawasan memujuk. hati sendiri pun tak terpujuk, tapi tunjuk lagak pergi tenangkan orang lain. sebab nampak kalah itu satu hal yang selagi boleh kalian cuba elakkan.

sebab itu, kalian rela angkat kaki walau kalian tahu akan terus dicari, biar kalian jauh tidak dilihat sampai hati mati.

' mungkin betul kata awak,
saya ego! '

' tidak mengapa,
ego itulah yang buat saya jatuh sayang. '

hakikatnya, saya ego semata untuk kebaikkan awak.

No comments:

Post a Comment