Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Friday, September 4, 2015

kaunter dapur

assalammualaikum.

lobak dan saderi, baik untuk kulit dan hati.
epal dan ubi parsnip, untuk jantung dan serapan zat besi.
timun dan strawberi kaya vitamin C, untuk wanita yang dicintai demi menjaga kesihatan diri.
antioksidan untuk si lelaki, kobis dan bijirin dan serat dan semuanya sekali,

sebelum larian pagi, di kaunter dapur, masing2 dengan pengisar dan gelas tinggi besar mereka sendiri.

cuma, yang tinggal satu di dalam raga, sebiji tomato yang enggan dikongsi.

kerana tidak boleh separuh atau tidak disertakan sekali, kerana demi melengkapkan resipi.

jadi, hanya siapa yang pantas dan tangkas tangannya, licik lariannya, yang selayaknya memiliki tomato yang tinggal sebiji. dan seorang lagi hanya mampu mengejar sambil menjerit,
" tak guna, pencuri! pergilah beli sendiri!"

lambang perkongsian hidup sejati lagi hakiki suami isteri.


No comments:

Post a Comment