Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Sunday, March 15, 2015

ulangan

assalammualaikum.

heart. hurt.

benda biasalahkan, jumpa someone, falling in love at first sight. pada awalnya, awak kata better simpan cinta sendiri, biar Tuhan tentukan. bila dia dah approach, oh my god, i can't help my own feeling. berkenal, merasa cinta, nikmat dunia. saat bercinta sure ada sedikit masalah, then terfikir, kalau awak jual mahal dahulu,  and simpan dia just as crush, mesti semua kesakitan ini tak dirasa. alhamdulillah, after a few days, hubungan kembali indah, love take hostage. you lose balancing. you miss your own self. until the day come, hubungan jadi tawar. all the sweetness dah jadi common dan hambar. he doesn't want you anymore. you feel like dying.

awak se-akan2 tak percaya. takkan semudah ini cinta yang dilafazkan, kenangan yang diukir terus terlupa. awak merayu dan menjadi clingy. watak perempuan berpendirian bertukar menjadi perempuan desperate. dia tetap begitu,masih seperti itu. saat itu, awak terfikir alangkah baiknya jika awak tidak bertemu dengan dirinya.

kita, manusia sentiasa mempersoalkan. tak tahu bersyukur.

awak jatuh terkial membawa beban kepedihan di dalam hati. mencari teman yang selama ini ditinggalkan. mencari Tuhan yang selama ini awak lupakan. masa berlalu, detik demi detik awak bangun. mulakan hidup baru, bersendiri. memapah iringan jiwa dan minda awak dengan separuh kudrat yang awak ada. awak berjaya, awak berhasil untuk tersenyum. stabil. saat itu, awak terfikir baiknya hidup tanpa kekasih , tiada masalah, hidup juga mudah.

masih menjalani rutin harian dengan baik. gembira. sentiasa beringat, kisah lalu perlu diambil pengajaran. awak lupa, kita manusia biasa. fitrahnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. jarum jam terus berllau dan awak sunyi. tika melihat teman2-mu bercinta  dan bercerita tentang cinta masing2, awak tersenyum angguk kepala, tumpang gelak. hati awak sewaktu itu resah kerana sunyi, terlalu sunyi. terfikir, alangkah baiknya jika awak mempunyai seseorang yang sentiasa memerhatikan awak, menyulam cinta bersama.

telan sunyi sendiri, rasa pahit. simpan dalam2.
dalam diam, awak terpandangkan seseorang. tertarik!
yes, ada crush balik. kehidupan kembali gembira, berulit pelangi2 cinta. dia pun suka awak juga. dan begitulah ceritera bermula. berulang dan terus berulang. dan hanya akan menjadi ulangan.

No comments:

Post a Comment