Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Saturday, March 14, 2015

pemboleh ubah dimalarkan

assalammualaikum..

dalam banyak2 line klise dalam movie fatimahdin paling suka line, bumi ini takkan pernah berhenti berputar. sebab, banyak indirect meaning yang boleh ada dalam line se-simple itu.

bumi ini takkan berhenti berputar, masa akan tetap berjalan unless bateri jam kalian mati tapi bateri jam kalian mati pun masa orang lain tak berhenti still berjalan tik tok macam biasa, manusia pun takkan berhenti berubah. fatimahdin ynag dua tiga tahun dulu lain daripada fatimahdin yang sekarang even fatimahdin yang semalam lain daripada hari ini, semalam ada jerawat, hari ini tiada pula. style pemakaian pun dah lain , muzik yang fatimahdin selalu dengar pun dah lain , bahasa pasar yang fatimahdin gunakan pun lain daripada dulu, sayangnya tinggi fatimahdin masih kekal yang sama namun berat badan tetap ber-ubah2.

tetepi, jika fatimahdin katakan bahawa perasaan fatimahdin pada kamu adalah statik atau gunakan bahasa sains, pemboleh ubah dimalarkan, bagaimana pula ya? kenapa dalam banyak2 benda yang berubah, berjalan, berputar tapi yang ini sahaja pemboleh ubah dimalarkan? bila fatimahdin dengar lagu Christina Perri , A Thousand Years dekat wedding, rasa macam nak tepuk meja membangkang. tipu belaka lagu ini. macam mana boleh suka orang sampai be-ribu2 tahun. tapi, jikalau fatimahdin duduk sorang2 dalam bilik, bajet introvet . buka youtube malam buta feeling dengar lagu tu boleh je rasanay menyukai seseorang itu be-ribu2 tahun. fatimahdin lah orangnya itu, seperti pemboleh ubah dimalarkan, tetap sama, always the same, tak bergerak.

fatimahdin tahu, kalian mesti bergerak , berputar, berubah , fatimahdin faham kalian sekarang bukan orang yang sama dengan ynag dahulu lagi tak mungkin akan sama kurang2 mungkin dah buncit tapi, perasaan fatimahdin tetap pemboleh ubah dimalarkan. macam mana nak hilangkan ini, jikalau tatu permanent   pun boleh hilang guna laser treatment sekarang tapi jikalau pearsaan permanent kalah marker Artline ini macam mana nak hilang?

tapi, itulah, bumi ini takkan berhenti berputar. tiada laser treatment untuk permanent feeling pun bumi ini tetap akan berputar dan takkan berhenti berputar. satu hari nanti rasanya adalah orang yang boleh bawa fatimahdin ynag seperti pemboleh ubah dimalarkan ini terbang tinggi.

No comments:

Post a Comment