Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Wednesday, March 11, 2015

be yourself

assalammualaikum..
hai!

cerita ini jarang diceritakan, malah fatimahdin pun tak pernah nampak perspektif daripada golongan ini. maka, fatimahdin rasa, wajarlah fatimahdin tampil ke hadapan nak menceritakan perspektif golongan ini yang sering dipamerkan secara tidak adil dalam media. fatimahdin bercerita ini sambil makan maggi cup perasa kari. oh ya, betul ke maggi pun di kenakan gst?
ini sebahagian stereotaip yang buat fatimahdin rasa nak haktuih!fatimahdin panggil mereka sebagai golongan minoriti sebab tak di represent secara adil dan sebab ramai golongan perempuan tak nak mengaku mereka ini daripada golongan ini sebab geli, ewwwwh,  i'm special okey!, i'm not like any other girl, i'm limited edition.

bila kalian dengar lagu, kalian akan dapat dengar lirik2 macam ini especially yang ditulis oleh,
Taylor Swift,
' she wear high heels,
i wear sneakers,
she's cheercaptain
and i'm on the bleachers'

selain daripada itu, Avril Lavigne dalam music video, girlfriend. dalam novel, drama dan filem, mereka jadi villain, jadi lawan heroin ynag kononnya 'one in the million', 'different', 'special', 'you tak seperti gadis lain'. sering di potray imej sebagai si jahat yang ingin merosakkan hubungan orang, dengki dengan kebahagiaan sekeliling dan pentingkan diri.

setakat ayat cover cun, perasan, sombong, kerek, belagak, dan yang paling biasa, kau ingat kau cantik sangat, itu adalah makanan mereka setiap hari, kalau telinga mereka boleh makan mesti dah termuntah balik. hebat tak metafora, hiperbola, hipotesis, inference dan seangkat dengannya yang fatimahdin rumuskan ini? lelaki yang dari mana entah asal usulnya tiba2,'pheewiit', konon2-nya bajet macam amy search, yang entah apa niatnya nak men-siul2. jadi, wajarkah mereka diberikan sebarang reaksi? ketika di panggil 'kak long', sekali lagi oleh orang yang tak dikenali, haruskah mereka memandang kerana mereka tahu dan sedar diri mereka bukan kak long dia?

warna pink dan seangkatan pastelnya warna itu juga sering menjadi mangsa cacian. harap maklum, note II fatimahdin berwarna pink! tidak pernah dalam sejarah  ada warna yng lebih menjengkelkan dan menggelikan manusia selain daripada pink dan mabe next could be purple in the list , itu pun sebab justin bieber penggemar purple, maka haruslah mencaci bieber. dan malangnya, bagi golongan minoriti ini itulah yang menjadi pilihan hati tika mengisi ruangan warna kegemaran dalam buku biodata guna pen glitter. nak buat macam mana, dah itu yang melekat di hati mereka.

golongan minoriti ini gemar shopping. tak kisahlah online ke, dekat mall ke, baju ke , kasut ke, handbag ke, buku ke dan oleh sebab itu mereka juga merasakan ini hobi merangkap sukan favourite mereka. kalian ingat, nak shopping itu tidak menggunakan tenaga fizikal ke nak tolak orang berebut handbag masa happy hour lagi nak kena pusing satu mall, k.i.v dua tiga kali lagi, itu belum masuk bab beratur nak bayar atau nak cucuk duit d atm. semestinya, ini tak cool sebab perempuan yang special dan cool haruslah minat bola dan tangkap gambar pakai jersi boyfriend, siap hashtag #GGMU. barulah special, barulah one in the million. apa2 pun, fatimahdin tetap sokong #harimaumalaya. sokonglah safiqrahim!

tempat lepak kegemaran golongan ini adalah di kafe2 sebab nak makan kek sambil minum teh angkat pinky finger. tetapi, oleh kerana peredaran masa dan harga inflasi di kafe2 menyebabkan mereka beralih arah ke kopitiam Old Town, Papparich da seangkatan dengannya. bagaimana pula dengan Secret Recipe?

the most important thing dan yang paling best pasal golongan ini lelaki tak suka sebab mereka ini high maintenance, bitchy, bimbo, tak cool, girly, dan yang paling famous and top of the list, gedik! kenal atau tak, mereka tetap label golongan ini sebagai gedik! tapi, yang paling sedihkan , perempuan pun tak suka mereka ini. benci sebencinya sebab mereka ini lembik, tak cool, tak limited edition, tak special.

fatimahdin nak bagi renungan sikit :
kalau perempuan cool + special + one in the million + limited edition, dah bercambah macam cendawan tumbuh lepas hujan dan adakah mereka akan dilabel sebagai masih special? kalau watak mereka sering di recycle dalam segala bentuk media sebagai heroin , adakah mereka masih special? persetankan semua special, limited edition, nak recognation orang semua ini, asalkan menjadi diri sendiri.buat golongan ini, jangan malu jadi diri sendiri , bukan salah pun,  jadi manusia ini perlu ada variasi ,  takkan semua nak sama . betul tak? buat orang lain, jadilah diri sendiri dan tak payah nak bercakap pasal orang ni macam2 sebab kalian terpengaruh dengan stereotaip drama atau filem. lain orang, lain cara hidupnya.

apapun2, fatimahdin tetap akan kekal berbaju kurung :)

No comments:

Post a Comment