assalammualaikum.
kamu kata, kitakan kawan...
tapi, bila handphone kamu berbunyi tanda incoming call kamu tak nak angkat. sanggup tukar mode vibrate. handphone kamu vibrate macam nak meletup pun kamu buat tak endah, bila suruh jawab call, kamu kata, benda tak penting. dari vibrate, kamu change mode silent . lepastu, kamu masukkan handphone kamu dalam poket. langsung tak menggangu hal kita.
tapi, bila on the phone bukan main menyorok. kalau boleh, nak duduk dalam almari. bila kantoi dengan saya yang kamu tengah bergayut, sanggup campak handphone ke celah kangkang. end call macam tu sahaja. bila saya buka pintu kereta, kemain lagi pucat lagi muka kamu. kalau lempang time tu, sure bentuk tapak tangan tu jelas. kemain berubah muka kamu. kenapa?
tapi, bila whatapp, text masuk ber-duyun2 kamu tak reply. kamu biarkan sahaja begitu. bila saya tanya kenapa tak reply, kamu diam. kamu tukar topik.
tapi, bila saya minta hantar ke sana dan ke sini, kamu ikut sahaja rentak saya. sampai pihak lagi satu ajak keluar pun kamu tak pergi. kamu bagi alasan ada kerja. padahal, kamu keluar dengan saya, itu bukan hal kerja!
tapi, bila nak decide benda yang important , kamu cari saya. kamu bukan minta pendapat saya, tapi macam minta izin. sampai satu tahap, bila saya kata tak payah pergi, kamu tak pergi. bila saya kata benda tu okey, kamu buat. bila saya kata, 'kenapa nak tanya saya? itu soal hidup kamu', kamu kata, 'saja'.
tapi, bila balik kerja, selalu juga kamu whatapp saya. tak cukup dekat office, sambung menyakat dekat whatapp. kadang2, saya baru selangkah masuk ke rumah, whatapp kamu masuk. malam2 buta, kalau saya whatapp, kamu akan reply. walaupun saya rasa kamu ni bukannya jenis yang melayan benda2 yang macam tu.
tapi, semua benda yang kamu buat itu, tam macam kawan . lebih dari kawan! saya tak bodoh nak bezakan layan kawan dengan layan orang lebih dari kawan.
saya kata, kitakan kawan...
tapi, bila nampak kamu on the phone, berasap juga kepala ni! rasa macam nak rentap sahaja handphone kamu itu dan baling time tu juga.
tapi, bila ada incoming call dekat handphone kamu, saya pura2 suruh kamu jawab. padahal, dalam hati sumpah seranah seba sibuk kacau masa kita. macam tak ke time lain nak call?
tapi, bila text dan whatapp masuk dalam handphone kamu, saya jelin2 juga tengok apa yang ditulis. nampak juga la satu dua ayat. sakit hati tu jangan cakaplah.
tapi, malam2 bial bosan saya whatapp kamu. macam kamu buat bila saya balik kerja. walaupun saya tahu kamu kat luar dan whatapp saya tak delivered, tapi saya bodoh juga pergi whatapp kamu. apa hal entah, saya pun tak tahu. kamu pun, tak kira pukul berapa kamu sampai rumah , whatapp saya yang tadi saya hantar baru masuk ke dalam handphone kamu , kamu still reply. saya pun, kadang2 dah buat kilang tahi mata time tu. hahaha
tapi, bila kamu tak ada di depan mata, ter-cari2 juga saya. otak dah fikir ke lain sahaja. padahal, kadang2, kamu tak bangun lagi atau kamu ada kerja luar.
tapi, cara saya layan kamu pun kadang2 tak macam kawan. dan , saya pun tahu kamu tak bodoh sampai tak boleh beza layan kawan dengan lebih daripada kawan.
kamu kata, kitakan kawan. saya kata, kitakan kawan. tapi, kita tak macam kawan. bila orang tanya, kita kata kita kawan. walaupun orang luar dapat agak dan tahu, tapi kita jawab macamlah mereka tu bodoh sangat. kita pun kadang2 macam bodohkan diri sendiri. sebab, dalam hati cuma kita sahaja yang tahu, sama ada kita ni kawan atau lebih dari kawan. cuma, mungkin kita tak tahu bagaimana nak rungkaikan perasaan itu. sampai satu masa, kita akan ikut kata orang putih, follow the flow.
untuk kamu, kalau ada jodoh, adalah. kalau tiada, kita redha.
No comments:
Post a Comment