Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Friday, March 13, 2015

lelaki idaman saya

assalammualaikum..

ciri2 lelaki yang kamu suka dalam hidup kamu?

soalan macam ni, entah berapa kali, berapa juta mereka di luar sana bertanyakan pada fatimahdin. yang paling fatimahdin takkan lupakan apabila seorang lelaki bertanya pada fatimahdin ciri2 seorang lelaki yang fatimahdin nak dan fatimahdin menyatakan bahawa fatimahdin tiada jawapan untuk soalan itu, dan beliau meminta fatimahdin memikirkannya sebelum tidur. dan, keesokkannya, beliau bertanyakan lagi soalan yang sama dan jawapan fatimahdin tetap sama dan harapan beliau, sebelum fatimahdin tidur, fatimahdin fikirkan ciri2 lelaki yang fatimahdin mahu dalam hidup fatimahdin. hampir setiap hari beliau akan bertanyakan soalan itu. dan, sehingga sekarang, ciri2 lelaki yang fatimahdin idamkan, masih tiada jawapan kerana fatimahdin menerima seadanya. dan, buat kalian di luar sana, fatimahdin ni garang orangnya, maka, bersiap sedialah untuk menghadap fatimahdin yang garang ini.. hehe ^-,-^

kadang2, bila di ajukan soalan sebegini oleh mereka di luar sana, rasa muak juga. kang kalau fatimahdin jawab kang ada yang cakap fatimahdin tak sedar diri. jenis manusia yang tak berpijak di bumi yang nyata. padahal asalnya, kalian yang tanya soalan itu pada fatimahdin. bodoh ke apa? lagipun, namanya pun ciri2 lelaki idaman. suka hatilah nak bayangkan macam mana. yang penting kena ada janggut ye! kalian faham tak maksud idaman tu apa?

dulu, fatimahdin akui fatimahdin memang tak pernah bercinta. oh ya, forever alone. zaman universiti pun sama, asyik2 di library. ulat buku la konon2nya. jadi, di sini, dari pandangan mata kasar fatimahdin, bila ada sesiapa yang bertanya soalan sedemikian pada kalian semua, kawan2 fatimahdin, mesti fantasi kalian melayang jauh tinggikan. melayang jauh. nak yang macam ni, nak yang macam tu, nak begini, nak begitu. amboi, citarasa kalian memang tak nak kalahkan, nak yang up2 dan good2 aja kan. macam beriya saja boleh dapatkan. konon2nya. kalau buat senarai ciri2 tu mahu penuh satu kertas A4-kan. pendek kata, kalau kalian gabungkan semua characteristics tu semua kalian boleh dapat satu manusia yang serba sempurna luar dan dalam. 

tapi, persoalannya di sini, kalian pasti ke kalau jumpa ciri2 idaman yang kalian nak dekat seorang lelaki kalian akan tangkap cintan leleh ke dia, macam cheese leleh tu? ha, mai pakat dekat semua, la ni fatimahdin nak habaq mai..

memandangkan umur fatimahdin makin meningkat, tapi bukan tua ye, masih muda ye!kalian kena faham itu.fatimahdin observed orang sekeliling fatimahdin, dari pengalaman mereka. fatimahdin tak pasti sejauh mana kebenarannya , tapi ini yang fatimahdin nampak.

kalian pernah dengar pepatah ini,

saya tak perlukan sebab untuk sayang dan jatuh cinta dekat awak sebab apa yang saya tahu saya dah pun sayang , dah jatuh cinta dekat awak!

pergh, fatimahdin acah2 sweet la pulak. mesti korang rasa nak muntah, bila budak brutal macam fatimahdin buat ayat2 sweet macam ni. secara peribadi, fatimahdin setuju dengan penyataan di atas ini. kenapa?

bila kalian kata kalian jatuh cinta sebab ciri2 dia, secara tak langsung itu menjadi salah satu sebab kenapa kalian sayang dia. 
'saya jatuh cinta sebab dia seorang ynag caring. dia pandai mengambil hati saya. bla bla bla..'
mai dekat sini, fatimahdin nak tanya, kalau dia tak ada semua ciri yang kalian nak tu , kalian tak sayang dia-lah? macam tu?

mungkin itu salah satu penyebab kalian boleh jadi sayang pada dia. tapi, itu cuma pendorong. kita ni kadang2 terlalu tertakhluk dengan satu terma yang orang kata sesuatu yang berlaku itu mesti bersebab. sedar atau tidak, cinta itu tak perlukan sebab. ia satu prinsip berkecuali. perasaan itu boleh datang dan pergi dengan cara tak diduga. hari ini, kalian boleh kata kalian benci lelaki macam ini, esok lusa tak mustahil kalian boleh suka dekat lelaki yang kalian benci ada perangai itu.

BINGO!

tak perlu pergi jauh sampai nak analisis hubungan orang lain.kalian tengok pasangan kalian sekarang. kalian tengok dengan telus. apakah pasangan kalian itu mempunyai ciri2 lelaki idaman kalian yang selama ini kalian impikan?

jadi, kesimpulannya, bagi fatimahdin, pendapat fatimahdin, tiada benda pun yang nak dipelikkan dalam soal cinta. cinta itukan buta.

jadi, boleh tak kalian sporting sikit, kongsikan ciri2 lelaki idaman kalian pada fatimahdin.. hehe :)




No comments:

Post a Comment