Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Tuesday, March 10, 2015

janji manis

assalammualaikum..

hai kawan2 fatimahdin semua..
(dengan senyuman manis yang terukir di bibir ini)

hati membeku mengingatkan,
kata janji manismu,
ku di lambung angan2,
belaian kasih sayang suci darimu..
(aishah, janji manismu)

'nothing is sweeter than the togetherness we share'
slogan J.Co kepada pelanggan2-nya. sweet sangatkan ayatnya.dan, kita yang memang mudah2 termakan akan kata2 manis ini pun, setiap harilah nak pergi menghadap J.Co. terpujuk akan kata2 manis. terpedaya akan janji manis. dan kesimpulan, terjatuh pada segala benda yang manis2. hujung bulan, bila buat pemeriksaan darah, mak ai, kandungan gula tinggi dalam darah. sipi lagi nak dapat kencing manis. itulah kita yang mudah termakan dengan kata2 manis ini
untuk pengetahuan kalian, J.Co ini merupakan jenama doughnut.

well, itu hanyalah perumpamaan. yang mahu fatimahdin bicarakan di sini ialah kata2 dan janji2 manis. siapa yang suka mendengar kata2 manis ini. janji indah yang ditabur mengaburi mata. pujuk rayu yang membawa kita jauh dalam tak sedar. tanpa kita dapat menilai akan kesan baik dan buruknya. dan, kebiasaan mangsa untuk kata2 manis ini tak lain dan tak bukan pastilah perempuan2 di luar sana. oh perempuan!
perempuan, mudahnya kamu terpedaya akan bicara indah secara melulu. dan, adakah perlu kita salahkan lelaki yang sentiasa menabur kata2 manis? tidak bersalahkan mereka yang bernama perempuan itu? dan mungkinkah pada waktu ini perempuan lebih hebat bermain2 dengan kata2 manis ini? dan, lelaki pula mudah tertewas? jadi, dimana salahnya? lelaki atau perempuan? atau, kata2 manis itu tersendiri?

dear lelaki,
please take note!
hati perempuan sangat lemah. bukan salah mereka untuk cepat hanyut akan kata2 manis dari kamu. diciptakan kamu lelaki untuk menabur cinta yang panjang, bukan membawa mereka hanya untuk singgah di ranjang. hebat sangatkah kamu mahu menunjuk hero? membuktikan bahawa kamu berjaya menjadikan perempuan sebagai senarai panjang yang pernah kamu telanjangkan. sejauh mana mahu dibawa kehebatan itu? bila dikatakan. 'life start at 40', makanya, itu menjadikan kamu angkuh untuk bermain kata, bermain mata, malah bermain lebih dari cinta. kamu mahu memilih perempuan yang indah, yang suci untuk diperisterikan. tapi, pernahkah kamu terfikir, jika ada 100 manusia yang mahu menunjuk hero seperti kamu, adakah di masa kamu berumur 40, masih ada lagikah perempuan yang seperti kamu idamkan itu layak di dalam senarai calon isteri kamu? lelaki oh lelaki..

oh lelaki,
tak guna ku berikan semua
(yuna, lelaki)

dear perempuan,
sila buka mata! janganlah diberi alasan akan hati kamu yang lemah itu. tergoda dek ucapan kata. rayuan indah di depan mata. perlukah kamu berpewatakan seperti budak2 kecil. yang senang disogok dengan gula2 lalu mudah diberi izin untuk dipegang merata. mana ego kamu? mana maruah kamu?betapa yakin pun kamu akan kata2 manis itu, perlulah diserah segala benda manis pada diri kamu? peganglah pada pembuatan tapai. diperam elok di dalam bekas untuk menjamin tahap kemanisannya. tapi, jangan diperam terlalu lama. nanti, masam pula jadinya. ikutlah pada kesesuaian kamu. perempuan di luar semuanya bijak, tapi, selalu sahaja membiarkan hati untuk menghalalkan setiap perbuatan. simpanlah kemanisan kamu untuk dinikmati bersama dengan orang yang tepat pada masa yang sesuai.

aku yang bodoh,
aku yang buta,
percayakan kamu sebulatnya,
lihat mereka terpedaya,
percayakan kamu sebulatnya
(the fabulous cat, sebulatnya)

persoalannya, adakah kata2 manis itu menjadi satu kesalahan? sebenarnya, is menjadi satu medium untuk membuka hati dan akal fikiran. janagn terlalu mudah meluah kata2 manis dan jangan terlalu cepat untuk menghadam setiap kata2 itu. tak salah kata2 manis itu dibalas denagn senyuman. mungkin ia suatu kata2 yang jujur. tapisilah dengan akal. adakala, bicara manis juga menghiris kalbu. kehidupan yang mendatang semakin hari semakin mencabar. cabar diri untuk sentiasa membenarkan akal untuk mengadili, jangan dilayankan kata hati. bukan diadili setiap keputusan itu setelah kata2 manis dihadam sepenuhnya.





1 comment:

  1. Saya datang ziarah, baca entry dan follow...
    Moga diberkati dan dirahmati Allah selalu... :-)

    ReplyDelete