Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Wednesday, March 18, 2015

between us

assalammualaikum.

'oh, no lah. we are just friends'

i have to gather all my strength to force this sentence out of my mouth. i can hear a soft cracking sound inside of me.

these unsaid words that i choose to keep, might be the reason why things between us were left hanging, unanswered. but, i can't help it , because i'm losing hope. how can i have the thoughts of competing against her? i'm not her. i can never be her. i can see the way you smile and the way your eyes twinkling whenever you talk about her. the soft, smooth sway of your voice when you mentioned her name. i can never beat her.

for a while, i am convinced that maybe, things like this happens daily. people fall in love, and people fall out of love. we just need time and luck to be on our side. these wounds will heal, and memories will fade. i will be okay, eventually. it has been quite some time now. i have met people but still, none of them have that electrifying shock, the one that you own. that special touch and lovely crinkles. and they say if you want to know where your heart is, look where your mind goes when it wanders.

its you. you are the wonderland.

i told myself that i am okay with this, whatever this situation we put ourselves in, and put a strong face as i live up my days. yet, why these tears keep on streaming down my face when i see your picture with her? can you explain all of those sickening thoughts of what ifs and make believe that exist in my head?

i guess we are moving on. i guess this is life, and we are supposed to leave things behind. but, i cannot lie. what had happened between u, it haunts me. and all those sleepless night where i caught myself thinking that perhaps, in some other alternate universe , things might be different.

or maybe not.

because, i knew it, deep down in my heart, that even if everything in this world conspire together to make things happen between us, it wouldn't work. who would love to fall in love with such ugly duckling? a duck that can't even quack. for i am a creep. i am a black sheep , and i guess a weird potato like me will never win your human heart.

if i were you, i wouldn't fall for me too.

end


they thought i was happy
when i smiled so widely
i might seem so
with all your money
behind the curtain
i was only lonely

that you wanted her
you should have told me
did you not have the guts
to bring yourself to say
that our love have lost its flame

i hated myself for
i was indecisive
that our bright days had passed
and we were not meant to be
but i was indecisive
lingered at the same spot
too afraid to look up
nor move forward

i  hated myself for obsessing over you
with all my heart and all my night
i loathed myself for
the thoughts that i was at fault
and never the best
each time
i saw her in your arms
when the truth was
you
made the mistake!

Tuesday, March 17, 2015

sayang sara

assalammualaikum.

jujur babe, di mata aku, sara lah yang paling cantik, paling anggun, paling cun. aku merupakan seorang manusia yang sukar untuk memuji seseorang, tak kisahlah sama ada dia adalah budak lelaki mahupun seorang budak perempuan. acah2 macam kita puji artis yang handsome dan cantik jelita. aku kenal sara masa sekolah dahulu. comel sangat sara ni, sampai aku nak perkenalkan diri aku pun aku gagap2 dan rasa malu sangat. sara berada dalam kelompok orang yang berada manakala aku pula sederhana sahaja. tak kisahlah asalkan cukup makan minum pakai dan yang paling penting tak menyusahkan sesiapa. bak kata abah, 'kalau kita ada duit, kita gunakan duit kita berjimat cermat tapi kalau tak ada, duduk diam sahaja. tak perlu mengadu pada sesiapa sebab sesiapa itu pun memerlukan duit untuk pakai.' masa mula2 berkenalan dengan sara, macam ada rama2 dalam perut. rasa seram sejuk! alah, biasalah masa tu dalam tingkatan satu.

satu hari, sara jumpa aku dan berkata dia mahu berkawan dengan aku. aku tunduk malu kerana memikirkan jurang kami. sara anak orang kaya, aku pula biasa2 sahaja. sara yakinkan aku bahawa itu bukan penghalang dan kami berkawan seperti biasa. kami berlainan kelas. bayangkan, kelasku di tingkat dua dan kelas sara di tingkat tiga. kadang2, aku akan melawat dan melepak bersama sara and the geng di dalam kelas sara. yang paling penting, waktu rehat kami akan berehat bersama. habis waktu sekolah, akan berada di perpustakaan mengulangkaji pelajaran.

masa tingkatan tiga, akau dapat tahu sara ada boyfriend. cikgu aku ada beritahu aku dan rakan2 kelas yang lain, 'semasa kamu dalam fasa tingkatan tiga dan empat ini, kamu akan mencuba. pelbagai yang akan kamu cuba. yang paling penting, jaga harga diri.'
aku hanya menganggukkan sahaja apa yang cikgu aku katakan itu, paling command pun dalam pemikiran aku, fly asrama, fly sekolah, ataupun ponteng kelas sahaja. tapi, rupa2nya, maksud cikgu aku itu begitu mendalam. kiasan sungguh bahasa cikgu, maklumlah, cikgu BM.

habis sekolah, habis tingkatan lima, aku masih lagi berkawan dengan sara. masa itu, sara dapat menjejakkan kaki ke manara gading, diploma apa entah, aku pun dah lupa dan aku takkan sebut nama menara gading itu dan aku pula meneruskan persekolahan di tingkatan enam. bila sara balik cuti sem, kami akan berjumpa, sehari sahaja kami berjumpa dan menghabiskan masa bersama. macam2 lah yang dibualkan. well, girls talk. girls ni macam2 cerita yang nak diceritakan. ada sahaja bual bicaranya. ketawa sara, sedih sara, manja sara, gedik sara, semuanya aku kenal walaupun kadang2 aku rasakan yang sara ni memang poyo! sara makin canti, sara makin cun dan ramai lelaki yang meminati sara. tanpa segan silu, sara menceritakan pasal lelaki nombor satu sampailah yang entah ke berapa penghujungnya.

entah macam mana, aku terputus hubungan dengan sara. satu hari, aku ditegur seseorang. suara itu aku macam kenal, dah lama aku tak dengar tapi aku tak yakin  suara itu milik sara. aku memalingkan mukaku memandang kepada milik suara itu. dahiku berkerut dan akhirnya dia memperkenalkan dirinya, sara. wow, sara dah tak bertudung. rambut sara warna coklat. mekap sara galak. pakaian sara ikut body, body sara memang meletop! kain yang ada di badan sara macam tak cukup kain.  cantik, cun, aku terkesima dan aku hanya tersenyum pada sara. kami duduk minum di satu cafe, itupun atas ajakan sara dan sara masih ingat yang aku suka minum air coklat, masih lagi mengingati aku. ingatkan sara dah lupakan perihal aku. pada mulanya bicara kami kaku, dan aku cuba mengikut rentak budak moden macam sara ni dan akhirnya serasi juga seperti dulu. mula menceritakan perihal masing2 dan aku tak bertanya kenapa sara berubah. aku, masih lagi seperti dulu, bak kata sara dan rakan2ku, bahawa aku di ciptakan untuk mendengar masalah rakan2. dan, aku tak jemu mendengar celoteh sara ketika itu. dekat 3 cawan coklat juga la sara orderkan untuk aku.

sara kerja swasta, gaji sara besar. aku kerja kerajaan, gaji aku kecil, aku malu memberitahu semuanya pasal aku pada sara tapi sebab dulu kami memang rapat, aku menceritakan juga. aku ada juga rasa takut bahawa sara akan band aku yang tak seberapa ini tapi sara tetap cool mendengar gaji aku dan perihal hal kerja aku. sara ke ofis naik kereta, aku ke ofis naik pengangkutan awam, ktm. sebelum berpisah, kami saling bertukar nombor telefon dan sejak dari itu, hubungan kami terjalin seperti zaman sekolah dahulu.

satu hari, sara call. katanya urgent.
dengan bahagianya kerana pada hari itu aku tak terikat dengan kerja dan tiada kelas, aku excited nak jumpa sara. aku memakai sepersalinan pakaian ku yang berwarna hitam, sto-ngan ku yang berwarna hitam, tudungku yang berwarna hitam dan ini adalah perubahan aku yang paling ketara di mana aku mengenakan purdah ku. senang cerita, dari atas sampai bawah aku serba hitam. kami berjanj untuk berjumpa di nu sentral.
setibanya di tempat yang dijanjikan, sara terkejut melihat penampilanku. sara tidak dapat menerima perubahan itu. aku kecewa tapi aku hanya tersenyum di sebalik purdahku. sara mempersoalkan kepada ku 'kenapa?' dan aku hanya mendiamkan diriku.

tanpa melengahkan masa, aku bertanyakan kepada sara apakah tujuannya mahu berjumpa aku? di dalam hati ini pelbagai soalan aku mahu utarakan kepadanya terutamanya pada keadaan dirinya itu. tapi, biarlah aku memberikannya ruang dahulu untuk memulakan bicaranya. hari itu, aku nampak sara lain sangat. sara menangis, tapi aku tahu dia bukan menangis kerana penampilan ku. kesian sara, rupa2nya dia kena pukul dengan boyfriend-nya, habis lebam2. patutlah di mukanya lain macam namun tidak pula aku terdetik dia ditumbuk. sara cover pakai spec besar. sara nak berjalan pun susah, ter-hincut2. sakit sangat katanya. ikut opinion aku, laporkan sahaja pada polis tapi sara tidak mahu. jadi, up to her, aku tak nak paksa. aku ni macam kawan tak guna juga pada sara, tapi aku tahu, sara amat menyayangi boyfriend-nya kerana itulah dia tidak membuat laporan polis.

sejak dari hari itu, sara dah tak macam sara yang aku kenal dulu. aku dapat bersama dengan sara sekejap sahaja. aku tak berapa suka dengan sara yang baru ini. aku suruh sara move on tapi sara seumpama manusia yang tiada semangat mahu hidup. aku risau. baru aku tahu, sara rupa2nya kaki clubbing, dulu, sara bukan yang macam ini, sara cool orangnya. sara suka baca buku. aku rindukan sara yang dahulu.

sebagai kawan, dengan apa yang menimpa dirinya, aku tak tinggalkan sara walaupun masa aku untuk bersamanya memang singkat. mana aku nak kejar dengan kerja ku, mana nak menghadiri kuliah di waktu petang dan malam serta pada hari sabtu dan ahad, dari pagi hingga malam. penat macam mana, aku akan ada dengan sara agar dia ada teman untuk berbual. kesian sara, ramai orang cakap sara jahat. air matanya tidak henti2 mengalir sehingga aku membuat conclusion bahawa air matanya sudah kering. ramai orang cakap sara sundal. baru aku tahu, sara di gilai ramai lelaki. keliling pinggang lelaki2-nya. baik buruk sara aku terima. mereka tak nampak sara sedih, hati sara lagi pedih. walaupun aku sudah tidak mengenali sara seperti mana aku mengenalinya dulu, as a friend, aku kena bagi spirit pada sara. biarlah, apa yang nak jadi, aku tetap bersama sara, aku tetap sayangkan sara. walaupun ada beberapa orang rakan2 ku yang menghalang aku menolong sara, namun bagi aku yang tak cukup matang ini, takkanlah aku mahu meninggalkannya seperti itu. dalam keadaan sara begitu, akulah teman bicaranya, bualnya dan lain2. dia tetap tersenyum bila dapat tahu aku masih tak suka makan sayur dan buah2an.

sara, jangan kau tangisi dengan perubahan mendadak aku ini. aku masih mencuba dengan imej baru aku ini dengan berpurdah.
masihkah kau ingat sara , aku pernah cakap,' kalau penjawat awam dibenarkan pakai purdah, aku akan pakai dan akan kekalkan. aku hanya memakainya ketika aku keluar'

sara, aku sayang kau sebagai seorang kawan aku. berapa tahun entah aku kenal kau, aku masih tak teror la matematik ni walaupun SPM matematik aku dapat gred A, aku masih setia menjadi kawan yang sentiasa mendengar masalahnya. rahsia kau sara, semua aku pegang, baik buruk kau, aib kau, semua aku tahu. sayang aku dekat kau sara tak pernah berubah, tak pernah kurang. susahkan aku nak cakap yang aku sayangkan kawan2 aku. setiap kali kawan2 aku bertanya sama ada aku sayangkan kawan2 aku ataupun tidak, aku memilih untuk tidak menjawab.
tapi kesian sara, sara dah mati, hati sara pun dah mati. dan akhirnya, jasad sara sama2 mati, berkubur jauh bawah tanah. tertimbus, jauh dalam gelap, jauh dalam suram. sara hilang dari dunia bersama sayang yang aku simpan dalam hati. maaf, kawan2 ku, aku memang susah untuk aku mengakui aku menyayangi kalian tapi ketahuilah, aku amat menyayangi kalian semua wahai kawan2 ku.

kata2 akhir sara pada aku,
' entah aku dapat tengok ke tak kau ni budak kechix pakai jubah konvo. sure jubah tu beso dan ko sure nampak macam halimunan.'

sara, perjalanan pengajian aku sebagai budak kelas undang2 bakal berakhir, kejap sahaja masa berlalu. masa zaman di pusat perubatan universiti malaya (ppum), aku di support oleh kawan ku bernama jannah dan bekerja di klang ini di support oleh kawan ku tiqa.
mungkin nanti aku ceritakan sayang jannah dan sayang tiqa.

aku sayangkan kau sara. amanlah di sana.
khamis ni aku tak dapat yasin-kan buat kau, nnt aku yasin-kan ye. aku di beri cuti. bukan senang aku nak cuti!

Al-Fatihah.

Monday, March 16, 2015

kitakan kawan

assalammualaikum.

kamu kata, kitakan kawan...

tapi, bila handphone kamu berbunyi tanda incoming call kamu tak nak angkat. sanggup tukar mode vibrate. handphone kamu vibrate macam nak meletup pun kamu buat tak endah, bila suruh jawab call, kamu kata, benda tak penting. dari vibrate, kamu change mode silent . lepastu, kamu masukkan handphone kamu dalam poket. langsung tak menggangu hal kita.

tapi, bila on the phone bukan main menyorok. kalau boleh, nak duduk dalam almari. bila kantoi dengan saya yang kamu tengah bergayut, sanggup campak handphone ke celah kangkang. end call macam tu sahaja. bila saya buka pintu kereta, kemain lagi pucat lagi muka kamu. kalau lempang time tu, sure bentuk tapak tangan tu jelas. kemain berubah muka kamu. kenapa?

tapi, bila whatapp, text masuk ber-duyun2 kamu tak reply. kamu biarkan sahaja begitu. bila saya tanya kenapa tak reply, kamu diam. kamu tukar topik.

tapi, bila saya minta hantar ke sana dan ke sini, kamu ikut sahaja rentak saya. sampai pihak lagi satu ajak keluar pun kamu tak pergi. kamu bagi alasan ada kerja. padahal, kamu keluar dengan saya, itu bukan hal kerja!

tapi, bila nak decide benda yang important , kamu cari saya. kamu bukan minta pendapat saya, tapi macam minta izin. sampai satu tahap, bila saya kata tak payah pergi, kamu tak pergi. bila saya kata benda tu okey, kamu buat. bila saya kata, 'kenapa nak tanya saya? itu soal hidup kamu', kamu kata, 'saja'.

tapi, bila balik kerja, selalu juga kamu whatapp saya. tak cukup dekat office, sambung menyakat dekat whatapp. kadang2, saya baru selangkah masuk ke rumah, whatapp kamu masuk. malam2 buta, kalau saya whatapp, kamu akan reply. walaupun saya rasa kamu ni bukannya jenis yang melayan benda2 yang macam tu.

tapi, semua benda yang kamu buat itu, tam macam kawan . lebih dari kawan! saya tak bodoh nak bezakan layan kawan dengan layan orang lebih dari kawan.

saya kata, kitakan kawan...

tapi, bila nampak kamu on the phone, berasap juga kepala ni! rasa macam nak rentap sahaja handphone kamu itu dan baling time tu juga.

tapi, bila ada incoming call dekat handphone kamu, saya pura2 suruh kamu jawab. padahal, dalam hati sumpah seranah seba sibuk kacau masa kita. macam tak ke time lain nak call?

tapi, bila text dan whatapp masuk dalam handphone kamu, saya jelin2 juga tengok apa yang ditulis. nampak juga la satu dua ayat. sakit hati tu jangan cakaplah.

tapi, malam2 bial bosan saya whatapp kamu. macam kamu buat bila saya balik kerja. walaupun saya tahu kamu kat luar dan whatapp saya tak delivered, tapi saya bodoh juga pergi whatapp kamu. apa hal entah, saya pun tak tahu. kamu pun, tak kira pukul berapa kamu sampai rumah , whatapp saya yang tadi saya hantar baru masuk ke dalam handphone kamu , kamu still reply. saya pun, kadang2 dah buat kilang tahi mata time tu. hahaha

tapi, bila kamu tak ada di depan mata, ter-cari2 juga saya. otak dah fikir ke lain sahaja. padahal, kadang2, kamu tak bangun lagi atau kamu ada kerja luar.

tapi, cara saya layan kamu pun kadang2 tak macam kawan. dan , saya pun tahu kamu tak bodoh sampai tak boleh beza layan kawan dengan lebih daripada kawan.

kamu kata, kitakan kawan. saya kata, kitakan kawan.  tapi, kita tak macam kawan. bila orang tanya, kita kata kita kawan. walaupun orang luar dapat agak dan tahu, tapi kita jawab macamlah mereka tu bodoh sangat. kita pun kadang2 macam bodohkan diri sendiri. sebab, dalam hati cuma kita sahaja yang tahu, sama ada kita ni kawan atau lebih dari kawan. cuma, mungkin kita tak tahu bagaimana nak rungkaikan perasaan itu. sampai satu masa, kita akan ikut kata orang putih, follow the flow.

untuk kamu, kalau ada jodoh, adalah. kalau tiada, kita redha.



Sunday, March 15, 2015

perempuan, bertenanglah!

assalammualaikum.

' aku dah penat untuk sentiasa jadi yang terbaik. akhirnya, kena tinggal juga. jadi yang terbaik pun asyik kena sailang memanjang sahaja. baik aku jadi playgirl. puas hati, hidup pun seronok!'

terdengar kata2 ini dari seorang gadis yang baru putus cinta. namun, dari selera dan gaya makannya umpama selama bercinta dia tidak pernah disuap dengan makanan. betullah kata orang, bila bercinta memang sentiasa kenyang 24/7. bila dah putus cinta, barulah nak kenal yang mana satu nasi putih, yang mana satu ayam goreng dan yang mana satu sambal belacan. maka, tak mustahillah, selera makan bagi orang  yang baru putus cinta bergantung pada cara pemakanan mereka sewaktu sedang hangat bercinta. okey, fatimahdin tak nak jadi pemakanan sebab perkara pasal makan dan perempuan dan gemuk dan kurus takkan pernah habis selagi lelaki maish meletakkan rupa dan gaya sebagai kriteria teratas dalam memilih pasangan mereka.

menjadi yang terbaik.
acapkali, fatimahdin perhatikan perempuan sentiasa memaksa diri untuk menjadi yang terbaik, yang tercantik, yang terhebat dan segala bagai yang lagilah dalam sesuatu perhubungan itu.
lelaki? ikut suka dia. masa awak kenal pun rupa macam itu, dah nak putus dan bila dah putus pun masih begitu juga. still the same. untuk berubah itu adalah bukan lelaki. mereka tetap kekal sama seperti yang asal. berlainan sungguh dari seorang perempuan. mengapa?

perempuan
makannya yang terindah
minumnya yang tercantik
perhiasannya yang rupawan
kedudukkannya yang tertinggi
keperluannya yang terhebat
segalanya mahu yang terbaik

hampir semua makhluk bernama manusia sedar dan akur tiada yang sempurna di dalam dunia tetapi perempuan sedaya upaya untuk mencipta kesempurnaan dalam diri dan dalam setiap perhubungan. entah mengapa, kudrat sang perempuan yang tak seberapa itu sengaja dikerah sehabis daya untuk sentiasa mewujudkan kesempurnaan di sekelilingnya. perempuan sentiasa mencari yang terbaik, sentiasa ingin menyediakan yang terbaik dan dalam tak sedar dalam pencarian yang terbaik itu akhirnya mereka kalah dan semuanya menjadi terbalik.

kenapa perlu perempuan mencipta diri untuk menjadi yang terbaik sedangkan, kalian, perempuan sedar jiwa raga hampir pupus, kudrat makin longlai, nyawa hampir ke penghujung demi ingin menyediakan yang terbaik itu? kalian cemas dalam persaingan yang tiada, kalian lemas dalam cemburu yang kalian bina, kalian bercelaru pada keadaan yang tenang. bertenanglah!
antara sedar atau tidak, kalian yang sedang bertungkus  lumus umtuk menjadi yang terbaik itulah yang telah menjadi penyebab untuk pasangan kalian berlalu pergi tanpa alasan. jadi, di mana yang terbaik itu mahu dipamerkan pula?

bertenang!
itulah kata kuncinya. bertenang dalam segala hal. bertenang dalam setiap situasi. bertenang dalam mengawal diri. bertenang untuk tidak cuba menukar diri menjadi sesuatu yang lain. bertenang mendengar setiap keluhan dan setiap permasalahan yang timbul. 
bertenanglah!
jika kalian dapat menghadirkan ketenangan dalam diri dan pasangan kalian masih cuba untuk ber-main2 kayu tiga atau empat di belakang, percayalah, rasa bersalah itu sendiri yang akan datang bertandang menemui pasangan anda dengan sendirinya. dan tidak mustahil, pasangan anda akan melutut kembali dan menuntut jutaan kemaafan. dan pada saat itu, fatimahdin akan ajarkan kalian sesuatu di kemudian hari. (haha.. gelak jahat ^__^)

chop! : kehidupan ini sentiasa menjadikan yang terbaik. perjalanan kita sering dihidangkan dengan kesempurnaan. tetapi, sedarkah bahwa yang terbaik dan kesempurnaan itu hanya palsu belaka? tiada yang terbaik, yang ada hanya yang baik. dan sempurna, hampir tiada langsung.

(ketika menulis entry ini, fatimahdin sedang menghayati lagu dari black mentor, mana mungkin)

bicarakannya dalam diam

assalammualaikum.

pernahkah kalian berhenti sekejap dan berfikir, segala hati yang baik dan lembut itu kadang2 adalah yang paling keras, yang paling tabah dan paling kuat kerana ianya mampu untu menghadap dan tidak memaling pergi dari apa yang membuatkan ia berdarah?

pernahkah kalian berhenti dan berfikir, dalam setiap pengorbanan, ikhlas adalah suatu yang perit dan kadang2, diam itu menjadi tanda bahawa terpaksa adalah sebab kenapa diri rela menikam hati sendiri dari hati yang lain?

pernahkah kalian berhenti dan berfikir, dalam setiap kata dan senyum yang kalian luahkan, penuh dengan pengharapan moga2 kalian nampak betapa kalian sakit untuk mengukir tawa agar hati kalian tidak gundah gulana?

pernahkah kalian berhenti dan berfikir, atas dasar apa kalian sanggup merendah diri dan meletakkan harga hati ini jauh lebih rendah agar kalian mampu membelinya?

pernahkah kalian berhenti dan berfikir, dalam diam, kalian juga berbicara dengan lantang, berteriak dengan kuat, bahawa kalian tidak kuat. bukan kalian sahaja yang lemah, dia, mereka dan yang lain2 juga lemah, tapi harus diam kerana lemahnya kalian harus tidak ditunjukkan agar kalian sentiasa kuat.

pernahkah kalian berhenti dan berfikir, yang terbaik itu sentiasa ada, tapi bukankah yang membahagiakan juga adalah yang terbaik? dan adakah pilihan itu satu pilihan yang kejam?

tapi, kata hati, semua soalan, jawapannya ada pada hati. benda yang benar itu sentiasa ada, sentiasa wujud di depan mata. sanggup atau tidak sanggup itu yang membezakan. seribu tahun itu sekejap, mungkin pada hati yang bersambut, tapi, bagaimana pula bagi hati yang menunggu?

kahwin

assalammualaikum.


girl a : weh, tengok ni!
girl b : apa?
girl a : si c dah kahwin la..
girl b : tahu dah. kau tengok di mana? facebook?
girl a : a'ah. asal kau tak pergi?
girl b : aku kan ke kerja tadi. cantikkan pelamin dia.
girl a : warna kegemaran aku babe!
girl b : yang bujang2, ramai dah kahwin. melangkah ke alam baru, kau bila lagi?
girl a : kau tanya aku macamlah kau tu dah kahwin. haha.

1. situasi pertama

tengok facebook sekarang ni, fuh! ramai dan kenbanyakan rakan2 sekolah dan universiti , ada yang bertunang, berkahwin, beranak. sebagai seorang yang bujang, masih berhempas pulas menghadap kertas kerja, buku2, thesis bagai, mengharungi erti kehidupan, apa yang kalian rasakan?
masa dalam proses tengok gambar2 majlis dan pengantin, rasalah nak kahwin juga. lepas itu, rasa biasa sebab, perjalanan hidup fatimahdin masih jauh lagi. sumber kewangan fatimahdin juga masih belum utuh dan yang paling penting, fatimahdin akan menghabiskan dahulu misi fatimahdin :)
lepas itu, rasa biasa. fatimahdin rasa, 'ala, tak apalah, bahagia juga hidup single macam ini.'
tetapi, untuk sesetengah kawan2fatimahdin yang sudah berpunya, respon mereka bila tengok kawan lain kahwin, 'nak kawin juga!!'
the conslusion, mungkin sebab mereka sudah berpunya. lain macam fatimahdin yang tiada perasaan ini. mereka sudah bersedia untuk komited, rasa cinta, sayang dan kasih semua dah ada cuma tinggal untuk diluahkan secara fizikal sahaja dan halal. (hehe.. gelak kecil dan senyuman nakal)
untuk manusia yang seperti fatimahdin, ambil masa untuk mencari cinta , kasih dan sayang. (gelak kecil, macam kelakar la pula statement fatimahdin ni). tapi, fatimahdin rasa bahagia sebab fatimahdin tak rasa sunyi dan tak payah nak pening kepala.

2. situasi kedua

soalan ' bila kau nak kahwin?'
soalan tu adalah soalan yang paling famous bila umur dah meningkat 20-an. kalau dengan kawan2 bertanya soalan itu memang normal dan boleh dibuat gelak2 , sepak2 kawan tu dan mengilai macam apa entah. acah2 bergurau la gitu. tapi, bila dah berjumpa saudara mara especially makcik2 yang mulut becok ni, mang dasar typical malay, memang akan jadi target la. hipotesis fatimahdin, semakin meningkat umur, semakin kerap kena tanya soalan cepumas begini.
bila awal2 tu, fatimahdin bagilah respon malu2 kucing kat makcik2 yang mulut becok ni. bila dah lama2, nak je fatimahdin bertanyakan, 'anak perempuan makcik bila pula nak kahwin?'
dan kadang2, hati ni rasa nak balas je, ' kahwin? kahwin perlukan komitmen. bukannya nak kahwin dalam satu tahun lebih dan lepas habis pantang kena cerai talak tiga. kahwin dan cerai ni tak boleh di buat main. kahwin adalah perkongsian hidup bukannya nak di buat main2.'
karang jawab macam ni, ada yang sentap. jadi bagi fatimahdin, buat kalian di luar sana, jangan bertanya ye soalan ini pada fatimahdin. fatimahdin masih belum bersedia dan fatimahdin masih banyak lagi komitmen terutamanya pada abah mak dan adik2 fatimahdin yang fatimahdin sayangi.
ingat pesanan fatimahdin ini, 'bila kita susah, bukan saudara mara atau kawan2 yang tolong kita. yang ada bersama dengan kita adalah abah mak dan adik beradik kita.'
the conclusion, cekalkan hati terima cakapa2 orang. esok lupa, mereka akan lupa la tu, hope so! nak lagi sennag, ubah topik. yang extreme, tak payah keluar jumpa orang. lagi extreme dan untuk orang yang lucky enough, pindah negara. haha. yang lagi senang, kahwin cepat!

apa2pun, ini hanyalah pendapat fatimahdin.
no heart taking and no heart breaking, tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang meninggal dunia. kalau ada sesiapa yang terasa, lantak kalian la yang terasa. i don't mind!

ulangan

assalammualaikum.

heart. hurt.

benda biasalahkan, jumpa someone, falling in love at first sight. pada awalnya, awak kata better simpan cinta sendiri, biar Tuhan tentukan. bila dia dah approach, oh my god, i can't help my own feeling. berkenal, merasa cinta, nikmat dunia. saat bercinta sure ada sedikit masalah, then terfikir, kalau awak jual mahal dahulu,  and simpan dia just as crush, mesti semua kesakitan ini tak dirasa. alhamdulillah, after a few days, hubungan kembali indah, love take hostage. you lose balancing. you miss your own self. until the day come, hubungan jadi tawar. all the sweetness dah jadi common dan hambar. he doesn't want you anymore. you feel like dying.

awak se-akan2 tak percaya. takkan semudah ini cinta yang dilafazkan, kenangan yang diukir terus terlupa. awak merayu dan menjadi clingy. watak perempuan berpendirian bertukar menjadi perempuan desperate. dia tetap begitu,masih seperti itu. saat itu, awak terfikir alangkah baiknya jika awak tidak bertemu dengan dirinya.

kita, manusia sentiasa mempersoalkan. tak tahu bersyukur.

awak jatuh terkial membawa beban kepedihan di dalam hati. mencari teman yang selama ini ditinggalkan. mencari Tuhan yang selama ini awak lupakan. masa berlalu, detik demi detik awak bangun. mulakan hidup baru, bersendiri. memapah iringan jiwa dan minda awak dengan separuh kudrat yang awak ada. awak berjaya, awak berhasil untuk tersenyum. stabil. saat itu, awak terfikir baiknya hidup tanpa kekasih , tiada masalah, hidup juga mudah.

masih menjalani rutin harian dengan baik. gembira. sentiasa beringat, kisah lalu perlu diambil pengajaran. awak lupa, kita manusia biasa. fitrahnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. jarum jam terus berllau dan awak sunyi. tika melihat teman2-mu bercinta  dan bercerita tentang cinta masing2, awak tersenyum angguk kepala, tumpang gelak. hati awak sewaktu itu resah kerana sunyi, terlalu sunyi. terfikir, alangkah baiknya jika awak mempunyai seseorang yang sentiasa memerhatikan awak, menyulam cinta bersama.

telan sunyi sendiri, rasa pahit. simpan dalam2.
dalam diam, awak terpandangkan seseorang. tertarik!
yes, ada crush balik. kehidupan kembali gembira, berulit pelangi2 cinta. dia pun suka awak juga. dan begitulah ceritera bermula. berulang dan terus berulang. dan hanya akan menjadi ulangan.

Saturday, March 14, 2015

pemboleh ubah dimalarkan

assalammualaikum..

dalam banyak2 line klise dalam movie fatimahdin paling suka line, bumi ini takkan pernah berhenti berputar. sebab, banyak indirect meaning yang boleh ada dalam line se-simple itu.

bumi ini takkan berhenti berputar, masa akan tetap berjalan unless bateri jam kalian mati tapi bateri jam kalian mati pun masa orang lain tak berhenti still berjalan tik tok macam biasa, manusia pun takkan berhenti berubah. fatimahdin ynag dua tiga tahun dulu lain daripada fatimahdin yang sekarang even fatimahdin yang semalam lain daripada hari ini, semalam ada jerawat, hari ini tiada pula. style pemakaian pun dah lain , muzik yang fatimahdin selalu dengar pun dah lain , bahasa pasar yang fatimahdin gunakan pun lain daripada dulu, sayangnya tinggi fatimahdin masih kekal yang sama namun berat badan tetap ber-ubah2.

tetepi, jika fatimahdin katakan bahawa perasaan fatimahdin pada kamu adalah statik atau gunakan bahasa sains, pemboleh ubah dimalarkan, bagaimana pula ya? kenapa dalam banyak2 benda yang berubah, berjalan, berputar tapi yang ini sahaja pemboleh ubah dimalarkan? bila fatimahdin dengar lagu Christina Perri , A Thousand Years dekat wedding, rasa macam nak tepuk meja membangkang. tipu belaka lagu ini. macam mana boleh suka orang sampai be-ribu2 tahun. tapi, jikalau fatimahdin duduk sorang2 dalam bilik, bajet introvet . buka youtube malam buta feeling dengar lagu tu boleh je rasanay menyukai seseorang itu be-ribu2 tahun. fatimahdin lah orangnya itu, seperti pemboleh ubah dimalarkan, tetap sama, always the same, tak bergerak.

fatimahdin tahu, kalian mesti bergerak , berputar, berubah , fatimahdin faham kalian sekarang bukan orang yang sama dengan ynag dahulu lagi tak mungkin akan sama kurang2 mungkin dah buncit tapi, perasaan fatimahdin tetap pemboleh ubah dimalarkan. macam mana nak hilangkan ini, jikalau tatu permanent   pun boleh hilang guna laser treatment sekarang tapi jikalau pearsaan permanent kalah marker Artline ini macam mana nak hilang?

tapi, itulah, bumi ini takkan berhenti berputar. tiada laser treatment untuk permanent feeling pun bumi ini tetap akan berputar dan takkan berhenti berputar. satu hari nanti rasanya adalah orang yang boleh bawa fatimahdin ynag seperti pemboleh ubah dimalarkan ini terbang tinggi.

rabak

assalammualaikum..

rabak itu sakit
rabak itu juga perit
rabak itu luka
rabak itu juga kecewa
rabak itu patah
rabak itu juga terpisah
rabak itu kosong
rabak itu juga lopong
rabak itu panah
rabak itu juga musnah
rabak itu sadis
rabak itu juga tangis
hati sakit, pahit menahan perit
hati luka, rasa hampa kecewa
jiwa patah, raga terbelah terpisah
jiwa kosong, tinggal kesan lopong
harapan dipanah, impian hancur musnah
luka cukup sadis, sebak penuh tangis.

Friday, March 13, 2015

lelaki idaman saya

assalammualaikum..

ciri2 lelaki yang kamu suka dalam hidup kamu?

soalan macam ni, entah berapa kali, berapa juta mereka di luar sana bertanyakan pada fatimahdin. yang paling fatimahdin takkan lupakan apabila seorang lelaki bertanya pada fatimahdin ciri2 seorang lelaki yang fatimahdin nak dan fatimahdin menyatakan bahawa fatimahdin tiada jawapan untuk soalan itu, dan beliau meminta fatimahdin memikirkannya sebelum tidur. dan, keesokkannya, beliau bertanyakan lagi soalan yang sama dan jawapan fatimahdin tetap sama dan harapan beliau, sebelum fatimahdin tidur, fatimahdin fikirkan ciri2 lelaki yang fatimahdin mahu dalam hidup fatimahdin. hampir setiap hari beliau akan bertanyakan soalan itu. dan, sehingga sekarang, ciri2 lelaki yang fatimahdin idamkan, masih tiada jawapan kerana fatimahdin menerima seadanya. dan, buat kalian di luar sana, fatimahdin ni garang orangnya, maka, bersiap sedialah untuk menghadap fatimahdin yang garang ini.. hehe ^-,-^

kadang2, bila di ajukan soalan sebegini oleh mereka di luar sana, rasa muak juga. kang kalau fatimahdin jawab kang ada yang cakap fatimahdin tak sedar diri. jenis manusia yang tak berpijak di bumi yang nyata. padahal asalnya, kalian yang tanya soalan itu pada fatimahdin. bodoh ke apa? lagipun, namanya pun ciri2 lelaki idaman. suka hatilah nak bayangkan macam mana. yang penting kena ada janggut ye! kalian faham tak maksud idaman tu apa?

dulu, fatimahdin akui fatimahdin memang tak pernah bercinta. oh ya, forever alone. zaman universiti pun sama, asyik2 di library. ulat buku la konon2nya. jadi, di sini, dari pandangan mata kasar fatimahdin, bila ada sesiapa yang bertanya soalan sedemikian pada kalian semua, kawan2 fatimahdin, mesti fantasi kalian melayang jauh tinggikan. melayang jauh. nak yang macam ni, nak yang macam tu, nak begini, nak begitu. amboi, citarasa kalian memang tak nak kalahkan, nak yang up2 dan good2 aja kan. macam beriya saja boleh dapatkan. konon2nya. kalau buat senarai ciri2 tu mahu penuh satu kertas A4-kan. pendek kata, kalau kalian gabungkan semua characteristics tu semua kalian boleh dapat satu manusia yang serba sempurna luar dan dalam. 

tapi, persoalannya di sini, kalian pasti ke kalau jumpa ciri2 idaman yang kalian nak dekat seorang lelaki kalian akan tangkap cintan leleh ke dia, macam cheese leleh tu? ha, mai pakat dekat semua, la ni fatimahdin nak habaq mai..

memandangkan umur fatimahdin makin meningkat, tapi bukan tua ye, masih muda ye!kalian kena faham itu.fatimahdin observed orang sekeliling fatimahdin, dari pengalaman mereka. fatimahdin tak pasti sejauh mana kebenarannya , tapi ini yang fatimahdin nampak.

kalian pernah dengar pepatah ini,

saya tak perlukan sebab untuk sayang dan jatuh cinta dekat awak sebab apa yang saya tahu saya dah pun sayang , dah jatuh cinta dekat awak!

pergh, fatimahdin acah2 sweet la pulak. mesti korang rasa nak muntah, bila budak brutal macam fatimahdin buat ayat2 sweet macam ni. secara peribadi, fatimahdin setuju dengan penyataan di atas ini. kenapa?

bila kalian kata kalian jatuh cinta sebab ciri2 dia, secara tak langsung itu menjadi salah satu sebab kenapa kalian sayang dia. 
'saya jatuh cinta sebab dia seorang ynag caring. dia pandai mengambil hati saya. bla bla bla..'
mai dekat sini, fatimahdin nak tanya, kalau dia tak ada semua ciri yang kalian nak tu , kalian tak sayang dia-lah? macam tu?

mungkin itu salah satu penyebab kalian boleh jadi sayang pada dia. tapi, itu cuma pendorong. kita ni kadang2 terlalu tertakhluk dengan satu terma yang orang kata sesuatu yang berlaku itu mesti bersebab. sedar atau tidak, cinta itu tak perlukan sebab. ia satu prinsip berkecuali. perasaan itu boleh datang dan pergi dengan cara tak diduga. hari ini, kalian boleh kata kalian benci lelaki macam ini, esok lusa tak mustahil kalian boleh suka dekat lelaki yang kalian benci ada perangai itu.

BINGO!

tak perlu pergi jauh sampai nak analisis hubungan orang lain.kalian tengok pasangan kalian sekarang. kalian tengok dengan telus. apakah pasangan kalian itu mempunyai ciri2 lelaki idaman kalian yang selama ini kalian impikan?

jadi, kesimpulannya, bagi fatimahdin, pendapat fatimahdin, tiada benda pun yang nak dipelikkan dalam soal cinta. cinta itukan buta.

jadi, boleh tak kalian sporting sikit, kongsikan ciri2 lelaki idaman kalian pada fatimahdin.. hehe :)




Wednesday, March 11, 2015

be yourself

assalammualaikum..
hai!

cerita ini jarang diceritakan, malah fatimahdin pun tak pernah nampak perspektif daripada golongan ini. maka, fatimahdin rasa, wajarlah fatimahdin tampil ke hadapan nak menceritakan perspektif golongan ini yang sering dipamerkan secara tidak adil dalam media. fatimahdin bercerita ini sambil makan maggi cup perasa kari. oh ya, betul ke maggi pun di kenakan gst?
ini sebahagian stereotaip yang buat fatimahdin rasa nak haktuih!fatimahdin panggil mereka sebagai golongan minoriti sebab tak di represent secara adil dan sebab ramai golongan perempuan tak nak mengaku mereka ini daripada golongan ini sebab geli, ewwwwh,  i'm special okey!, i'm not like any other girl, i'm limited edition.

bila kalian dengar lagu, kalian akan dapat dengar lirik2 macam ini especially yang ditulis oleh,
Taylor Swift,
' she wear high heels,
i wear sneakers,
she's cheercaptain
and i'm on the bleachers'

selain daripada itu, Avril Lavigne dalam music video, girlfriend. dalam novel, drama dan filem, mereka jadi villain, jadi lawan heroin ynag kononnya 'one in the million', 'different', 'special', 'you tak seperti gadis lain'. sering di potray imej sebagai si jahat yang ingin merosakkan hubungan orang, dengki dengan kebahagiaan sekeliling dan pentingkan diri.

setakat ayat cover cun, perasan, sombong, kerek, belagak, dan yang paling biasa, kau ingat kau cantik sangat, itu adalah makanan mereka setiap hari, kalau telinga mereka boleh makan mesti dah termuntah balik. hebat tak metafora, hiperbola, hipotesis, inference dan seangkat dengannya yang fatimahdin rumuskan ini? lelaki yang dari mana entah asal usulnya tiba2,'pheewiit', konon2-nya bajet macam amy search, yang entah apa niatnya nak men-siul2. jadi, wajarkah mereka diberikan sebarang reaksi? ketika di panggil 'kak long', sekali lagi oleh orang yang tak dikenali, haruskah mereka memandang kerana mereka tahu dan sedar diri mereka bukan kak long dia?

warna pink dan seangkatan pastelnya warna itu juga sering menjadi mangsa cacian. harap maklum, note II fatimahdin berwarna pink! tidak pernah dalam sejarah  ada warna yng lebih menjengkelkan dan menggelikan manusia selain daripada pink dan mabe next could be purple in the list , itu pun sebab justin bieber penggemar purple, maka haruslah mencaci bieber. dan malangnya, bagi golongan minoriti ini itulah yang menjadi pilihan hati tika mengisi ruangan warna kegemaran dalam buku biodata guna pen glitter. nak buat macam mana, dah itu yang melekat di hati mereka.

golongan minoriti ini gemar shopping. tak kisahlah online ke, dekat mall ke, baju ke , kasut ke, handbag ke, buku ke dan oleh sebab itu mereka juga merasakan ini hobi merangkap sukan favourite mereka. kalian ingat, nak shopping itu tidak menggunakan tenaga fizikal ke nak tolak orang berebut handbag masa happy hour lagi nak kena pusing satu mall, k.i.v dua tiga kali lagi, itu belum masuk bab beratur nak bayar atau nak cucuk duit d atm. semestinya, ini tak cool sebab perempuan yang special dan cool haruslah minat bola dan tangkap gambar pakai jersi boyfriend, siap hashtag #GGMU. barulah special, barulah one in the million. apa2 pun, fatimahdin tetap sokong #harimaumalaya. sokonglah safiqrahim!

tempat lepak kegemaran golongan ini adalah di kafe2 sebab nak makan kek sambil minum teh angkat pinky finger. tetapi, oleh kerana peredaran masa dan harga inflasi di kafe2 menyebabkan mereka beralih arah ke kopitiam Old Town, Papparich da seangkatan dengannya. bagaimana pula dengan Secret Recipe?

the most important thing dan yang paling best pasal golongan ini lelaki tak suka sebab mereka ini high maintenance, bitchy, bimbo, tak cool, girly, dan yang paling famous and top of the list, gedik! kenal atau tak, mereka tetap label golongan ini sebagai gedik! tapi, yang paling sedihkan , perempuan pun tak suka mereka ini. benci sebencinya sebab mereka ini lembik, tak cool, tak limited edition, tak special.

fatimahdin nak bagi renungan sikit :
kalau perempuan cool + special + one in the million + limited edition, dah bercambah macam cendawan tumbuh lepas hujan dan adakah mereka akan dilabel sebagai masih special? kalau watak mereka sering di recycle dalam segala bentuk media sebagai heroin , adakah mereka masih special? persetankan semua special, limited edition, nak recognation orang semua ini, asalkan menjadi diri sendiri.buat golongan ini, jangan malu jadi diri sendiri , bukan salah pun,  jadi manusia ini perlu ada variasi ,  takkan semua nak sama . betul tak? buat orang lain, jadilah diri sendiri dan tak payah nak bercakap pasal orang ni macam2 sebab kalian terpengaruh dengan stereotaip drama atau filem. lain orang, lain cara hidupnya.

apapun2, fatimahdin tetap akan kekal berbaju kurung :)

Tuesday, March 10, 2015

janji manis

assalammualaikum..

hai kawan2 fatimahdin semua..
(dengan senyuman manis yang terukir di bibir ini)

hati membeku mengingatkan,
kata janji manismu,
ku di lambung angan2,
belaian kasih sayang suci darimu..
(aishah, janji manismu)

'nothing is sweeter than the togetherness we share'
slogan J.Co kepada pelanggan2-nya. sweet sangatkan ayatnya.dan, kita yang memang mudah2 termakan akan kata2 manis ini pun, setiap harilah nak pergi menghadap J.Co. terpujuk akan kata2 manis. terpedaya akan janji manis. dan kesimpulan, terjatuh pada segala benda yang manis2. hujung bulan, bila buat pemeriksaan darah, mak ai, kandungan gula tinggi dalam darah. sipi lagi nak dapat kencing manis. itulah kita yang mudah termakan dengan kata2 manis ini
untuk pengetahuan kalian, J.Co ini merupakan jenama doughnut.

well, itu hanyalah perumpamaan. yang mahu fatimahdin bicarakan di sini ialah kata2 dan janji2 manis. siapa yang suka mendengar kata2 manis ini. janji indah yang ditabur mengaburi mata. pujuk rayu yang membawa kita jauh dalam tak sedar. tanpa kita dapat menilai akan kesan baik dan buruknya. dan, kebiasaan mangsa untuk kata2 manis ini tak lain dan tak bukan pastilah perempuan2 di luar sana. oh perempuan!
perempuan, mudahnya kamu terpedaya akan bicara indah secara melulu. dan, adakah perlu kita salahkan lelaki yang sentiasa menabur kata2 manis? tidak bersalahkan mereka yang bernama perempuan itu? dan mungkinkah pada waktu ini perempuan lebih hebat bermain2 dengan kata2 manis ini? dan, lelaki pula mudah tertewas? jadi, dimana salahnya? lelaki atau perempuan? atau, kata2 manis itu tersendiri?

dear lelaki,
please take note!
hati perempuan sangat lemah. bukan salah mereka untuk cepat hanyut akan kata2 manis dari kamu. diciptakan kamu lelaki untuk menabur cinta yang panjang, bukan membawa mereka hanya untuk singgah di ranjang. hebat sangatkah kamu mahu menunjuk hero? membuktikan bahawa kamu berjaya menjadikan perempuan sebagai senarai panjang yang pernah kamu telanjangkan. sejauh mana mahu dibawa kehebatan itu? bila dikatakan. 'life start at 40', makanya, itu menjadikan kamu angkuh untuk bermain kata, bermain mata, malah bermain lebih dari cinta. kamu mahu memilih perempuan yang indah, yang suci untuk diperisterikan. tapi, pernahkah kamu terfikir, jika ada 100 manusia yang mahu menunjuk hero seperti kamu, adakah di masa kamu berumur 40, masih ada lagikah perempuan yang seperti kamu idamkan itu layak di dalam senarai calon isteri kamu? lelaki oh lelaki..

oh lelaki,
tak guna ku berikan semua
(yuna, lelaki)

dear perempuan,
sila buka mata! janganlah diberi alasan akan hati kamu yang lemah itu. tergoda dek ucapan kata. rayuan indah di depan mata. perlukah kamu berpewatakan seperti budak2 kecil. yang senang disogok dengan gula2 lalu mudah diberi izin untuk dipegang merata. mana ego kamu? mana maruah kamu?betapa yakin pun kamu akan kata2 manis itu, perlulah diserah segala benda manis pada diri kamu? peganglah pada pembuatan tapai. diperam elok di dalam bekas untuk menjamin tahap kemanisannya. tapi, jangan diperam terlalu lama. nanti, masam pula jadinya. ikutlah pada kesesuaian kamu. perempuan di luar semuanya bijak, tapi, selalu sahaja membiarkan hati untuk menghalalkan setiap perbuatan. simpanlah kemanisan kamu untuk dinikmati bersama dengan orang yang tepat pada masa yang sesuai.

aku yang bodoh,
aku yang buta,
percayakan kamu sebulatnya,
lihat mereka terpedaya,
percayakan kamu sebulatnya
(the fabulous cat, sebulatnya)

persoalannya, adakah kata2 manis itu menjadi satu kesalahan? sebenarnya, is menjadi satu medium untuk membuka hati dan akal fikiran. janagn terlalu mudah meluah kata2 manis dan jangan terlalu cepat untuk menghadam setiap kata2 itu. tak salah kata2 manis itu dibalas denagn senyuman. mungkin ia suatu kata2 yang jujur. tapisilah dengan akal. adakala, bicara manis juga menghiris kalbu. kehidupan yang mendatang semakin hari semakin mencabar. cabar diri untuk sentiasa membenarkan akal untuk mengadili, jangan dilayankan kata hati. bukan diadili setiap keputusan itu setelah kata2 manis dihadam sepenuhnya.





Sunday, March 1, 2015

love lesson for men

assalammualaikum.

ada yang kata, perempuan jenis yang rumit dan ada yang kata, lelaki ini sukar untuk difahami.

bertenang semua.
bayangkan..

situasinya malam, kamu (boys) tengah menyiapkan assignment atau proposal untuk pembentangan lagi dua hingga tiga hari. kemudian, makwe kamu yang sedang kelaparan menelefon kamu untuk menceritakan keadaan dirinya yang lapar.

dia menceritakan kelaparan yang dialaminya, kepenatan dia bekerja sepanjang hari. tekanan dia debebelkan oleh boss yang terlalu bossy yang kadang2 mungkin mentalitinya terlalu kampung. habis dia bercerita, dia bertanyakan kepada kamu,

'you dah makan?'

lalu, kamu menjawab,

'dah, i tengah sibuk ni.' , kamu menjawab dengan nada sibuk.

'okey-lah kalau macam tu, i pergi makan sorang2.', lantas, dia meletakkan telefon , menamatkan panggilan. kamu terkedu dengan tamatnya panggilan telefon tanpa dihabisi dengan perkataan 'i love you' seperti biasa.

---------------   ---------------   ---------------   ---------------  

mari sini kalian semua, fatimahdin nak gebangkan sesuatu.

seperti yang pernah kita pelajari dalam love lessons , lelaki kebanyakkannya straight forward or straight to the point dan hanya berkalis bila membincangkan perkara yang buat dia rasa segan. ini valid untuk kebanyakkan lelakilah. kalau yang bukan macam fatimahdin sebutkan itu, dia mungkin dalam kategori lelaki yang lain. abaikan sahaja, kita ambil yang majoriti sahaja ya.

manakala, perempuan pula, lebih gemar berkalis bila bercakap dengan lelaki dan akan gemar straight to the point bila bercakap dengan sejantina sendiri. tapi, jikalau kalian jumpa perempuan yang gemar straight to the point melafazkan kata2 kesat kepada kalian sebab merasakan bahawa kalian rasis, abaikan sahaja. perempuan sebegitu sudah tidak ada norma melayu tulen, mungkin terkena shock-culture. jadi, kita ambil yang sering terjadilah. kejap2, yang fatimahdin bebelkan di perenggan ini adalah dalam satu bentuk definasi bercakap, bukannya dalam bentuk definasi bertulis menulis mesej di handphone, facebook ataupun blog.

jadi, dari dua definasi di atas, bila bertemu dalam satu permasalahan yang nampak macam remeh seperti yang fatimahdin ceritakan tadi , ia sebenarnya boleh menambah duka pada si perempuan dan lebih teruk lagi akan mengeruhkan hubungan. kalian, sebagai lelaki harus bersedia dengan situasi ini.

masalahnya simple, ada dua perspektif , dari perspektif lelaki :

si perempuan sebenarnya nak mengajak si lelaki untuk makan bersama, tetapi si perempuan hanya menceritakan kesusahan diri dia dan kalau dah nama nak ajak makan , takkanlah susah si perempuan nak cakap, 'jom makan' atau 'i nak ajak you makan' atau more nicely ' sayang, jom makan' pada si lelaki. si lelaki takkan faham dengan apa yang diminta oleh si perempuan kalau si perempuan tak straight to the point lagi2 dengan keadaan lelaki yang nampak sibuk.

dari perspektif perempuan :

si perempuan mahukan si lelaki yang memahami kesusahan si perempuan pada saat ini untuk lebih gentleman mengajak si perempuan makan. si perempuan dah bagi hint yang dia lapar dan perlukan si lelaki di sisi saat dia di dalam tekanan. kalau boleh, nak si lelaki yang bercakap dahulu, ' ala2, kesiannya you hari ni, mari i temankan you makan.' atau lebih mendambakan jiwa, ' demi sayang yang penat bekerja ini, jom i belanja you makan di seoul garden, makanlah apa yang you nak makan, berapa lama you nak makan, i temankan.' tapi, itulah, si lelaki ni lembap nak mati tak faham2 apa yang si perempuan ni nak.

bila perspektif ini bertembung, akan terjadilah pertikaman lidah, pertengkaran antara makwe dan pakwe ini. masing2 akan membangkitkan alasan seperti lelaki yang memberikan alasan,

'kenapa you tak cakap terang2?'
'berat mulut ke nak ajak makan?'
'lagipun, i dah kenyang, banyak kerja'

dan, si perempuan akan memberikan alasan,

' you memang tak faham i kan?'
' sampai hati you buat i macam ni, i makan sorang2 tau tak? kalau i kena culik macam mana? you memang kejam.'

lebih tragis dan menusuk kalbu,

' you punya sibuk je you ingat, i punya sibuk i boleh je temankan you makan!'

see, dah masuk kes ungkit mengungkit. rileks, jangan bergaduh .

untuk menangani masalah ini, fatiamhdin lebih suka meniktik beratkan perancangan awal. kalian yang berkomitmen dengan kerjaya di luar sana harus menyematkan diri untuk merancang lebih awal. tempoh tiga hingga empat jam sebelum date pun ok juga. jangan tima nak berak, time tu baru nak buat jamban. time tu lapar, time tu baru nak pergi makan. kan lebih elok cakap awal2, walaupun sibuk, tapi sebab dah janji awal masih boleh dirancangkan. fatiamhdin bukannya nak blame-kan perempuan sepenuhnya, lelaki tu pun sama ada salahnya. fatimahdin cuma mencungkil masalah ini ke pengetahuan umum supaya lepas ini masing2 boleh ready, boleh hadapi dan taklah sampai nak bergaduh baling handphone. 

okeylah, stop dulu sampai sini. ada masa nanti fatimahdin update lagi.

chop! : pasal makan pun nak gaduh, buat makan hati sahaja.