Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Saturday, March 12, 2016

kisah hari ini

assalammualaikum.

sakit.
kecewa.
duka.
harapan.

itulah perkataan ringkas untuk menggambarkan situasi hari ini.

sakit mengunjung ketika aku sudah bersedia untuk sesuatu yang memang sudah aku tunggu. agak lama untuk aku sedia melawan arus halangannya.

kecewa mengundang dan terus mengheret aku untuk terus melayan sakit. walaupun sakit itu ringan dan biasa, tetapi memang tidak selesa dan buat aku bermuram durja untuk hari ini dan seisinya.

dukacita dikirim kepada hamba Tuhan yang sedang bahagia dan gembira. bukan kerana meraih cinta, namun sekadar khabar yang dititipkan kerana aku rasa, kalian kecewa.

harapan aku, semoga hari esok ada hikmah untuk mengajar hari ini yang terlihat seperti sudah tewas dan lemas. aku masih menyimpan perasaan agar aku terus berharap dengan harapan.

No comments:

Post a Comment