Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Monday, May 16, 2011

warkah untu cikgu

assalammualaikum..
cikgu..
jika hari ini kedegilan saya menyakitkan hati..
setulus hati cikgu..
sudikah cikgu memaafkan saya?
cikgu..
jika hari ini mendung dan tidak berangin..
letih dan bosan..
sudikah cikgu mengukirkan senyuman kepada saya?
cikgu..
jika hari ini ilmu yang cikgu curahkan tidak saya fahami..
putus asakah cikgu pada saya?
marahkah cikgu pada saya?
cikgu..
maaflah..
saya berjanji akan membaca dan mengulangkaji kembali..
cikgu..
jika hari ini kerja-kerja sekolah yang cikgu beri tidak saya sudahi..
maafkanlah..
kerana kadang kala masa tidak mencukupi..
cikgu..
jika hari ini saya bertanya tentang satu perkara sebanyak lima kali..
jika wajah saya yang ditatap setiap hari..
adakah cikgu akan merasa bosan?
cikgu..
jika hari ini keputusan peperiksaan saya tidak memuaskan hati..
janganlah cikgu kecewa dan berkecil hati..
kerana saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi..
cikgu..
jika hari ini saya gagal lagi..
janganlah cikgu meninggalkan saya sendiri..
sebaliknya..
tiuplah semangat baru untuk diri ini
agar saya mempunyai kekuatan untuk berdiri lagi..
cikgu..
jika hari ini kelakuan saya memalukan
dan menyusahkan cikgu..
tegurlah saya..
marahlah saya..
kerana kadang-kadang tingkah laku saya
diturut rasa hati..
dan berlaku tanpa saya sedari..
cikgu..
jika selepas ini saya pergi untuk
mencari masa depan yang masih
misteri..
sudikah cikgu merestui dan mendoakan
untuk saya?
dan jika selepas ini saya menikmati kejayaan..
sudikah cikgu berkongsi dengan saya?
dan jika secebis kegagalan
melemahkan saya..
sudikah cikgu menangis bersama
dan memujuk saya?
cikgu..
mata saya berkaca lagi selepas ini..
tiada lagi alam persekolahan seperti ini..
saya akan berjauhan dengan cikgu..
insan yang terpenting dalam hidup saya..
namun cikgu,
saya janji..
nama cikgu akan terpahat di hati..
bukan untuk hari ini tetapi selamanya..
cikgu..
jika hari ini hanyalah hari ini..
dan mungkin tiada esok..
jika tidak sempat saya menggembirakan
hati cikgu..
sepenuh hati saya memohon..
cikgu, ampunkan segala kesalahan saya..
kerana saya masih memerlukan
seorang insan untuk membimbing
dan mengajr saya..
dan insan itu adalah..
CIKGU..

No comments:

Post a Comment