Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Monday, November 22, 2010

> sahabat, aku rindu..

sahabat,
aku rindu kenangan itu..
kenangan utuh yang tersemat dalam sanubari..
aku rindu gelak tawamu,
yang sentiasa menemani aku tiap waktu..
aku rindu pada wajahmu,
yang membuat aku tenang tika duka menyapa..
aku rindu pada suaramu,
yang tak lekang mengucapkan bicara padaku..
sahabat..
aku lemah tika kau pergi dariku..
aku tersungkur di lembah persahabatan ini..
sahabat..
andai aku punya keajaiban,
akanku selami jiwamu tanpa perlu ku tahu..
untuk ku tahu apa yang ada di hatimu..
agar aku tahu di mana silapku..
namun,
aku cuma insan biasa..
aku tak punya apa..
doaku hanya pada Maha Esa..
moga kau dan aku bersua semula seperti dahulu..
terpisahnya kita kerana mengejar impian..
andai kau fikirkan aku tidak layak menjadi sahabatmu..
tak mengapa..
aku terima segalanya..
mungkin,
kau mencari yang lebih baik dan mulus daripadaku..
siapalah aku di sisimu..?
andai aku menutup mata dahulu..
aku mahu kau tahu..
kaulah sahabat aku sampai penghujung waktu..
fatimahdin_5734

No comments:

Post a Comment