Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Tuesday, November 2, 2010

> rindu oktober

assalammualaikum...
apa pun yang terjadi,
berjalanlah tanpa henti,
air mata tertahan,
waktu untuk dijatuhkan,
nanti kitakan tahu,
betapa bijaknya hidup,
segaris apa pun mimpi,
belajarlah tanpa henti..
semoga kepergianku,
tak akan merubah abadi,
semoga mampuku lawan,
kesepianku..

kata teman saya : oktober musim lalu adalah tragedi,matahari penyinar jiwansufiku sirna sama sekali dighaibi daripada mata zahiri pada hari kelahiran diri.

kata saya : moga oktober tahun ini seindah mimpi dini justeru kau telah redha dan tabah menghadapi ujian Ilahi.usir duka dari bertakhta di sanubari,Oktober 2010 begitu istimewa dan tersendiri kerana memiliki lima Jumaat,lima Sabtu dan lima Ahad.fenomena ini terjadi 823 tahun sekali.padang masih basah meski hujan semalam teduh sudah,Jumaat barakha saksi kudus sebuah jiwa tulus berhijrah,mohon dibentangkan Ilahi sebidang putih permaidani bukan kuning atau merah.

kata teman saya : cepatnya Ahad,baru semalam kita berjumpa dalam kuliah Jumaat.ish!!betullah dunia sudah nak kiamat.

senyuman mata saya menjawab,daripada berkata yang sia2 baiklah berdiam sahaja sementara minda mula dirangsang fakta.segera saya kongsikan bersama teman seiras jiwa ini.

kata u'lama : Ahad hari afdal bercucuk tanam dan membuat binaan,hari kreasi dan inovasi Maha Pencipta yang menzahirkan ke dunia akan 7 lapis bumi berserta entiti,orbit bintang bersirkulasi,seminggu miliki 7 hari,diperbuat 7 tingkap api neraka,7 samudera raya dunia dan 7 anggota badan manusia.

kata teman saya : indah gubah aksara kau hias,mendalam kesan dalam jiwaku berbekas.alangkah bagus jika semua manusia faham nas dan arif tugas.

tiba2 idea melintas,saya kira bola tanggung hantaran teman setia berbalas madah di talian maya itu tak wajar dibiarkan terbabas.lalu saya tampil berhujah waras penuh bernas.

kata saya : jika semua manusia berjiwa seiras,masakan dapat buruk baik dilihat jelas?

kata teman saya : apa aktiviti mengisi Ahad istimewa kembar berlima yang mustahil menjelma semula sehingga 823 tahun lamanya?

kata saya : hari ini ku tanam sepohon makrifat cinta,semaian seminggu tanpa bertegur sapa natijah tersalah sangka angkara seseorang yang tak faham makna teguran yang ku maksudkan ialah bukan bertujuan mendedahkan keburukan tapi mencari kebenaran.kubajai pohon makrifat cinta itu dengan An-Nur hadiah kepada seorang lagi teman seiras jiwa yang jauh di mata namun di jiwa seperti biasa terutama apabila kupejamkan mata,segera wajahnya menjelma tersenyum mesra sedia minta di riba untuk dibacakan An-Nur ayat 30 buat kesekian kalinya.pada satu mercu tanda,ku ukir bait2 puisinya :
belajar hidup tanpa bayang2,
pasti ilham datang melayang,
fahami sebenar hakikat sayang,
bukan rindu terkenang-kenang.

saya mulai mengesan bilur resah mula membiru dalamkalbu teman saya itu.demi memahami ia punya relevensi buat semua,maka saya ufuki tanya ke meja logika teman seiras jiwa yang berkongsi rasa yang sama dan jiga buat para cendikia,ke sukma jiwa para pencinta,ke kamar rasa para pendamba.buat faham segera bersinar geliat waham segera sirna.sekali seni bersemi dalam jiwa,selamanya ia abadi di sana.majas apakah boleh dijelaskan kala hati nazak merindui jasad seseorang yang perbah meremukredamkan nurani tanpa belas?ironi apakah ini wahai Ya Rabbi?bagaiman rupa jiwa manusia yang mengerti lagi memahami makna nazak sengsara luka ditikami belati cinta boleh tergamak menyiat robek dan menggarami cedera jiwa manusia lain pula?

kata teman saya : saya bercerita untuk mendapatkan pandangan kedua kerana awak pakar pemikir pelan rekonstruksi jiwa.

kata saya : terpana tidak pada fatamorgana kala hakikat kau dakap nyata,pujuklah hati bawa istigfar syukuri apa yang kau ada.barangkali yang cuba kau suluh nampak seperti menyerlah hak meski jauh,walhal ia hanya emas bersepuh bukanlah tempawan nan ampuh.nyanyikan lagu cinta silam pembangkit aura kenangan semalam.meski ada luka nan dalam relakan setia menyekam kerana bukankah berlian terhasil daripada asakan dan tindihan yang kejam?

kata teman saya : bagaimana mahu ku pujuk sendu yang mahu mengisak mengenang seseorang yang bertukar watak?walhal dia mendakwa keras bahawa waras masih di otak dan pilihannya selalu molek mutlak sedangkan dia berhak berkata tidak apabila disua keperluan dengan kehendak tetapi tetap dia menolak dengan alasan yang direka sekian banyak?

kata saya : jika kasihmu cekal setia, doakan dia sentiasa bahagia dengan pilihannya.hal lain serahkan sahaja pada Yang Maha Kuasa.habis cerita!

saya sesekali enggan saya dan dia lupa pada pesan arwah mak.

kata arwah mak : amalkan sentiasa mohom maaf meski tiada salah kita,apatah lagi tidak sengaja bahkan tak tahu pun salah siapa?tak mengapa,mohon maaf tidak sesekali akan merendahkan maruah insan ketimbang meninggikan keegoannya.bimbang jika ketidaksengajaan kita telah melukakan insan lain itu bakal dihisab pada hari perhitungan atas dosa kelalaian.nah,ketika menghadap Tuhan,suara semolek-moleknya kau perindahkan persis alunan Abu Musa Asyaari yang dipinjamkan mizmar Daud a.s.tiupkan alunan seruling kerinduan.

kata teman saya : kau menyanyi dalam solat?

kata saya : ya,bukan setakat menyanyi dalam solat,malah menari dalam semua ibadat untuk kunikmati lazat.berdansa irama Nurmuhammad semasa puasa wajib atau sunat buat roh dan jasad sihat wal afiat.

kata teman saya : sesat barat.kafir laknat!

kata saya : nauzubillahiminzalik mohon disisih daripada jadi begitu.temanku,kita memang menuju destinasi yang satu,tapi kalau ada yang persis kelkatu menerpa sinar lampu kerana meyakini sebulat hati itulah purnama dirindui,itu bukan salahku justeru aku tak pernah merayu mereka menuruti jejakku tanpa ilmu atau kalau ragu2.

kata Alla S.W.T : la takfu maa laisakalabihi ilmun innassam'a wal basor wal fuad kullu ulaa ika kana 'anhu mas ula.

kata saya : kau berhak menentu jalan kesukaanmu.pun begitu,jangan ego melulu,selalu minta dibantu tika perlu agar tak terkeliru bak kelkatu.silalah temanku,lepaskan pimpinan tanganku,tuju hala yang kau mahu,moga di situ kita bertemu.

kata teman saya : oh begitu.maafkan keceluparan dan sikap terburu2 aku.justeru telah kita ditakdirkan bertemu,aku mahu seiring denganmu,temanku.

kata saya : kalam berhias ilham bertunas,jaga dalam lena,Khaidir memberi syarat,Musa gagal menangkap maksud tersirat,apa sungguh kau sanggup menyekang mata bertapa pada sepertiga malam kiam di wakaf insaf berjihad mantauhid ahadun ahad?

kata teman saya : resmi padi berisi menghiasi peribadi dengan merendah diri,manikam hanya dikenali jauhari,pengembaraan bestari pasti bijak meneka buruj yang mengacah berubah sirkulasi,tak semestinya pandai bersilat baru boleh dinobat sebagai srikandi.

kata saya : ha,ha,ha!makan ajar juaga.tahniah kerana berjaya beruzlah fikrah dengan drastik sekali persis Merjawali berpesonaliti pelangi.

kata teman saya : spesies hibrid merpati setia dengan baka rajawali sasa?

kata saya : wah!kau sekarang bukan calang2.sudah layak bergelar jagoan teruji!mahunya aku kau kuberitahu berkali2,sifat terpuji penyeri gelar srikandi sufi ada banyak lagi.gagah perkasa setia kental jiwa teguh berani mengharungi onak duri kehidupan fana ini dan bijak berhemah menangani tribulasi.tugu berdikari megah bermandiri,gobar apa lagi?

kata teman saya : ketika kau ditanya si dia perihal cinta,maka apa bicara?

kata saya : si dia bertanya,dinda,di mana puncak cinta?tanyalah pada desah malam basah mendakap rasa,membiar rindu segar meliar mencumbu pucuk2 taqwa melilit perdu jiwa,dilatari melodi asmaradana fana rahsia dalam rahsia tak terbongkar akan apa jua nuansa dan oleh suara sesiapa melainkan Dia.

kata si dia : yakinkah dinda cinta sesama manusia mambawa ke syurga?

kata saya : ya,jika kena gaya!dari Allah kita datang,ilmu Allah kita pegang,begitu hikmah penuh barakha diijazah oleh sifu auraku,rindu Oktober memerah jambu mendaki bukit sabar teratas,onak kesat kata kulibas,lalang dendam kutebas.mendepang tangan dari puncak kemuncak ikhlas menujah angkasa lepas kalimah tauhid dalam satu nafas.

Jiwa Seiras

duhai teman jiwa seiras,kita ini dipertemukan dalam penghulu segala hari yang khas, keserentakkan berlaku pada titik jelas, tika kau khabarkan kau juga berkelahiran Oktober lima hari sebelum khalas, persis tanggal tarikh yang sama bondaku mula bernifas, segera mahu daku menghambur rindu buat teman seiras jiwaku puas2 justeru sudah kuyakini tanpa was2 betapa Dia telah memakbulkan doa yang sekian lama kurafakkan ke langit teratas.

masakan terbit istilah perit dalam kamus hidup pheonix bangkit,meski sesekali khayal dibuai mimpi mengulit,ia lekas sedar kala pipi ditampar sakit,sudah lumrah kepada yang istimewa sering diuji untuk keutuhan merit,kental jiwanya dek diduga nan perit.bukankah sudah kuulung ungkit berlian itu natijah daripada asak tekan yang bukan sedikit?

kata teman saya : kau percaya pada cinta?

kata saya : percayalah teman jiwa seiras, cinta tiada tapal batas.maujud hanya cinta teratas.bukan sekadar di atas kertas.kalis kelas tanpa waktu terbatas mengisi singkat temu berpapas,menanti rindu membias apabila segala redha saling berbalas,seluruh ikhlas menggalas segenap titis cinta yang berbekas.cinta itu luas justeru anugerah cinta daripada Segala Maha Pencipta kepada hamba untuk saling menyinta sesama manusia dan segala yang dicipta itulah arca cinta-Nya.maka wajar sirna jika cinta transit itu tidak sampai ke destinasi hakiki yakni mercu tuju abadi lagi azali.wajib fana kala menyintai sesama manusia dengan luhur rasa cinta itu lebur umpama cinta Rumi kepada Tabrizi semata2 tiada lain kecuali hanya kerana Dia,umpama hancur Tursina natijah cinta Musa bertakhta di atas peterana taubatnya.

kata teman saya : ayuh lekas!kini aku faham apa yang sedaya upaya kau perjelas perihal cinta yang bebas,tanpa tapal batas,cinta teratas tidak sekadar bibir menukas,bukan cinta di atas kertas yangsesuka hati boleh diramas  jika disurat tanpa puas,semudah membuang hampas.bersama mengukir cinta dari kepingan kecaian hati yang bercantum kembali demi menjulang piala janji.suci setia kasih sesama kita yang berkongsi tulus perasaan insani.

kata saya : demi menghargai lukisan seni hati seorang sahabat jiwa seiras yang ku bingkaikan dalam atma,mahu aku pulihkan rengsa jiwamu kerana ketara dapat ku hidu sepimu akibat barah rindu,trauma tragedi lalu.kutahu,waktu pertama kali huluran salammu ku sahut,bayu pilu berpuput lembut,rindu menyenang mulut menyebut,dulu janji dipalang berpisah hanya ajal menjemput,nafsu bergalang cinta dia lafaz hancur larut,kau berjuang berperisaikan ma'thurat pagi petang bermohon agar qalbun maridnya segera sembuh dari akut.setia menanti kiambang kasih kembali bertaut,kasam sewaktu bilah kasih kau raut,sampai mati pun huluran kasihnya dulu akan kau sambut,meski berkali2 hatimu ditusuk,ditores luka yang dah berparut,cedera jiwa tetap kau balut hingga ia kebal ditikam tak lut!

itu kamu,itu juga aku!simpang liku yang baru kau tempuh itu suatu waktu dulu pernah diuji ke atas aku.oleh itu,perlu kita sama2 tahu senjata dan perisai personaliti merah jambu.arca kesunyian pendamba kasih sayang penuh kesucian.penyebar ceria dan semangat setiakawan.citra kecantikkan namun awas akan merah jambu keruh,imej tidak matang wajar dijauh.amanah ampuh,setia teguh,wawasan kita menyerlah jauh.nyaris aku tewas dalam ujian imani.seperti Rumi,aku juga diuji kehilangan Shams at-Tabrizi.tak ingin lagi pisang berbuah dua kali.telah ku temui sosok sabar diri sebenar dari alam bawah sedar yang tak tercabar oleh waktu berpusar.infiniti yang berlingkar dari luar ke dasar dari dasar ke laut.kumahu,selalu kau palu rentak kalbumu biar bergetar dengungnya bertalu2,asma-Nya diseru.kau ingat Dia.Dia lagi ingat kau berganda2.gusar tiada lain melainkan Dia sirna dalam jiwa.hilang dunia hal kecil sahaja,asal hati sudah tahalli,segalanya lali tak dipeduli kecuali persiapan bertemu kekasih azali.syair cinta dilafaz setiap saat tak henti2.dalam kiam,rukuk,sujud,'i'tidal semua jadi.sebuah jiwa terus tulus berhijrah,mohon dibentangkan Ilahi sebidang putih permaidani bukan kuning atau merah.indah digubah madah.mohon diterima Allah.kalbu seputih salju didakap kelek,istana Allah membuka pintu tanpa ditarik,milek perangai menarik segala baik bak putih anggerik ditilik terpercik titis embun tajalli bertitik dari sisip angin bilik tashdik yang asyik berbisik,jika mahu selalu melihat cantik,bunga cinta jangan dirobek.

kata saya : begitu,aku mahu rindumu pada Dia nan satu selalu menggebu mengatasi segala rindu yang bertamu dalam jiwamu jika ia berpunca dari sesuatu yang tak jelas hala tuju setelah Oktober kelabumu dikunfayakunkan bertukar wajah seindah merah jambu....

tweet : saya merindui Oktober dan berharap agar saya bertemu dengan Oktober di masa yang akan datang..bertuah kepada manusia yang lahir pada bulan Oktober dan bertuah kepada rakan2 yang mempunyai teman yang berkelahiran pada bulan Oktober...

-fatimahdin_5734-

No comments:

Post a Comment