Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Wednesday, September 3, 2014

jeritan batinku : kerinduan

assalammualaikum..
syukur alhamdulillah semalam dengan selamatnya fatimahdin sampai di bumi darul ehsan, perjalanan dari darul ridzuan..
ye, fatimahdin berasa sedih meninggalkan bumi darul ridzuan dan semasa pemergian fatimahdin ke bumi darul ehsan, hujan membasahi bumi darul ridzuan seumpama memahami perasaan fatimahdin, perasaan yang mendung dan cucuran air mata yang membasahi pipi ini..
entah mengapa, balik kali ini, fatimahdin di selubungi dengan rasa sayu..
sayu nak tinggalkan pak din, mak gee dan dua orang adik perempuan yang sentiasa membuli fatimahdin..
rasa macam tak puas sahaja meluangkan masa bersama mereka..
namun demikian, awal pagi tadi, fatimahdin telah melepaskan kerinduan ini dengan menghubungi ke-dua2 orang tua fatimahdin..
oh ya, pak din dah maju.. pak din pakai samsung s5.. hadiah hari jadi untuk pak din..
jadi, kepada rakan2 pak din, anda bolehlah ber-whatapp dengan pak din.. hehe..
abah ku sudah maju.. cuma, pak din masih lagi dalam proses belajar..
perbualan telefon pagi tadi cuma nak minta izin pak din nak balik ke darul ridzuan pada hari malaysia ini, 16/09/2014.. bukan apa, nak melepaskan rindu..
sebenarnya, pak din macam tak membenarkan tapi, fatimahdin peduli apa, pujuk juga pak din..
kelakarkan fatimahdin ni, nak cuti balik rumah pun nak minta izin pak din kan.. hehe..
selaku anak, kalau nak cuti, cuti jela kan.. haha..
balik secara mengejut, nanti fatimahdin pula yang terkejut.. jadi, tak payah la nak buat2 surprise gitu.. kehkeh..
tapi, debab  tak ada di rumah.. bolehlah nak manja lebih2 dengan pak din..
hehe..
rindu sangat pada pak din..
sayang pakdin, mak gee, debab n pengo!
semoga kalian sihat2 hendaknya.. di panjangkan umur dan insyaallah fatimahdin akan ketemu kalian pada cuti hari malaysia ini ya..!!

No comments:

Post a Comment