Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Wednesday, August 31, 2011

pantun raya 1 Malaysia

assalammualaikum..
macam mana dengan raya rakan2 fatimahdin semua?seronok?jadi,kongsilah cerita raya kalian semua dengan fatimahdin tak kira waalu di mana pun kalian semua berada..sebelum rakan2 semua buka cerita raya kalian semua,jom baca pantun raya 1 Malaysia ni..pantun raya dari perlis sampailah ke sabah..

pantun raya dari negeri johor :
' cegitu cegini awak suka
awak suka kita tak suka
esok lusa hari raya
sama2 bersuka ria '

pantun raya dari negeri kelantan :
' make ikke cicoh budu
jange lupo tamboh satar
kelik rayo taksir laju
nanti rayo dale sepita '

pantun raya dari negeri perlis :
' padang besaq kecik aje
tempat siam lalu lalang
hari raya kita berbelanja
jangan sampai menanbah hutang '

pantun raya dari negeri pahang :
' sempadan pahang ada casino
nasi dagang ikan patin
jange mu masam muko
raya makan rendang sadin '

pantun raya dari negeri sembilan :
' masak lomak cili api
campo dongan daun kari
hari rayo kolumpo sopi
tinggal penyamun dongan pencuri '

pantun raya dari negeri melaka :
' hawau kau berak merate
kaki bengkak ulau patok
kalu balik naik kereta
jangan pandu kalau ngantok '

pantun raya dari negeri selangor :
' wa cakap lu wa tak tau
tapi wa tipu sama lu
raya jangan buat tak tau
angpau ada bagi wa dulu '

pantun raya dari negeri kedah :
' aloq staq ter-ketaq2
lapaq perut makan pau
macam mana tak ketaq
kena paksa bagi angpau '

pantun raya dari negeri terengganu :
' makang ubi jamang jepong
makang kepok cicah cuke
bulang pose mung bengong
bulan raye mu gile '

pantun raya dari negeri sabah :
' makan iqan cicah kuah nasi mbaq
jangan qo lupaq kelapaq mudaq
pergi rayaq bukan berlumbaq
di hospital nanti qo berayaq '

pantun raya dari negeri pulau pinang :
' nasi kandaq kedai mamak
anak mami jual pesemboq
lepas raya usah dok triak
kalu ceti mai ikut dapoq '

pantun raya dari negeri sarawak :
' kuang kuit miri ke kuching
telang tulus nait belon
kamek di sarawak kitak urang di semenanjung
mun ada silap, maaf ah kamek mohon '

pantun raya dari negeri perak :
' gulai tempoyak akan mayong
deroyan busok tebok tupai
pandu hemat ingat kampong
asal teman selamat sampai '

chop! : fatimahdin beraya di perak tahun ini..selamat hari raya semua,tak kira walau di mana kalian semua berada..





2 comments:

  1. huhu selamat hari raya + selamat merdeka ye^^ nice pantun larh !

    ReplyDelete