Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Wednesday, February 23, 2011

> untuk cik jambul



assalammualaikum
perutusan daripada Maharaja Daerah Kayangan Pelangi yang bertarikh 23 Februari 2011 pada pukul 1205 pm (waktu India) bersamaan abad atau kurun 5734 iaitu pada 1810 Masihi dengan ini mengutuskan ucapan 'happy birthday' kepada Cik Jambul iaitu yang berkhidmat sebagai penasihat cinta yang juga dikenali sebagai Doktor Cinta Perawat Luka Lara kepada maharaja daerah ini sejak 05 Ogos 2010 yang jatuh pada hari Khamis (terima kasih kerana sudi mendengar masalah itu).
maharaja hanya dapat menghadiahkan sebuah patung teddy bear berserta sebuah kotak yang tidak diketahui isi kandungan dalamnya yang diimport dieksport dari negara yang banyak kereta lembu ini iaitu nagara India.
gunakan teddy bear tersebut sebagai rakanmu dikala kesunyian. ini adalah kerana maharaja mengetahui bahawa Cik Jambul suka akan teddy bear.kotak yang tidak diketahui isi kandungannya itu haruslah dibuka dengan berhati-hati dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.
maharaja turut mendoakan agar Cik Jambul panjang umur dan dimurahkan rezeki serta menemui kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
selain daripada itu, maharaja juga turut berharap agar Cik Jambul dapat menabur bakti setia yang tidak berbelah bahagi sebagai penasihat cinta kepada maharaja forever and ever until when-when.
terima kasih di atas segala baktimu!

HAPPY BIRTHDAY, ITS YOUR DAY AND ENJOY YOUR LIFE
..SUCCESS IN THE FUTURE..


No comments:

Post a Comment