assalammualaikum.
rape, is based on section 376 of the Penal Code.
elements of rape? cases?
huh, study case for today.
suddenly, i want to write about victim blaming. it is just an opinion, and for those who are out there, do feel free to drop your opinion too.
ada sejenis mentaliti di dunia ini yang fatimahdin agak susah nak faham. fatimahdin kata dunia, sebab fatimahdin tahu benda ini bukannya terjadi di Malaysia sahaja, satu dunia pun wujud orang berfikiran sebegini. victim blaming ini maknanya, kalian salahkan mangsa. contoh, untuk perkara ini, fatimahdin ambil kes rogol,
' padan muka perempuan itu, itulah, pakai seksi sangat , kan dah kena rogol.'
kalian nampak tak, apa yang salah pada statement ini?
statement itu menyalahkan mangsa, bukannya si perogol. jarang sangat fatimahdin tengok jikalau kes sebegini adanya statement yang berbunyi,
' perogol itu tidak dapat pendidikan ke apa sampai tergamak nak rosakkan hidup orang lain?'
even dalam ke rogol SUKMA yang nak kata baru tak baru jugalah tapi dah masuk televisyen it, bermaksud mendapat perhatian ramai, orang ramai masih menyalahkan mangsa di mana, ada statement yang berbunyi,
'dah tahu diri itu perempuan, kenapa nak keluar malam2 dengan lelaki?'
hahaha, kelakar sial, padahal in the first place lelaki2 itu tidak patut pun merogol perempuan itu tidak kiralah sama ada dia mabuk atau pun sedar.
baru2 ini, fatimahdin ada nampak satu post di Facebook , meletak gambar perempuan dalam keadaan baju tersingkap semua, lepas itu ada caption,
' hentikan gangguan seksual terhadap lelaki.'
kahkahkah. maksudnya, jikalau perempuan itu tidak menutup aurat, (tak juga sebab gambar yang digunakan semuanya wanita bertudung cuma tidak menutupi completely lagi) kiranya, ia adalah gangguan seksual terhadap lelaki? habis tu, fatimahdin tak nampak pula gambar lelaki pakai shorts or shirtless dikatakan gangguan seksual terhadap perempuan?
fatimahdin tak nampak pula bila di padang bola bila lelaki pakai shorts atas paras lutut ada orang jerit,
' hoi, hentikan gangguan seksual terhadap perempuan!'
kalian nak tahu benda apa yang lagi sedih? komen2 di situ semuanya jijik2. jijik gila! fatimahdin malas nak tulis balik deakt sini tapi rasanya kalian boleh agak apa yang ditulis,
' memang saja minta kena rogol.'
itu, memang statement yang sentiasa di ulang.
rakan2 sekalian, nak bercakap dari sudut pandangan agama? meh, fatimahdin provide-kan view agama Islam yang dianuti kebanyakkan orang yang meng-komen-kan dengan komen2 yang jijik itu. boys yang sibuk nak merogol orang sebab tak tutup aurat itu ada dalam surah An-Nur ayat 30,
' tell the believing men to reduce (some) of their vision and guide their private parts. that is purer for them. indeed, Allah is acquainted with what they do.'
atau, translation dalam bahasa melayu-nya,
' katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang2 lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) , dan memelihara kehormatan mereka.'
fatimahdin lagi sukakan translation English sebab ianya lagi jelas suruh guide their private parts kalau kehormatan itu masih guna ayat berlapik. ayat 31 pula, menyuruh wanita menutup aurat. tetapi, tak ramai orang nak quote ayat 30, kenapa?
meh sini nak bagitahu, kalau perempuan itu pakai seksi mana pun, masih tak justify perbuatan si perogol itu merogol perempuan seksi itu. kenapa kalian rasa perempuan itu layak dirogol sebab cara pemakaian dia? tak ada siapa pun di dunia ini layak dirogol, fatimahdin nak kalian ingat benda ini tidak kira apa pun walaupun perempuan itu adalah pelacur. faham?!
bila kalian kata, 'no wonder-lah' kena rogol seksi habis, fatimahdin tanya kalian balik ni kenapa pula? adakah lelaki ini tidak boleh berfikir dengan akal sendiri, tiada kemampuan hendak mengawal perbuatan sendiri padahal Allah dah berikan akal sampai nampak perempuan seksi sahaja nak merogol? adakah di sini, kalian mahu katakan yang lelaki ini lemah sehinggkan nampak visual yang mengghairahkan nak merogol orang? quoting an article,
' we treat men like animals who can't help themselves , and we aspect women to police themselves to protect themselves from men as if they were beasts.'
jadi, kalian yang berada di luar sana especially boys , fikir dua tiga kali sebelum kalian buat statement sebab dekat situ kalian sendiri merendahkan martabat diri kalian seperti tidak punyai akal untuk mengawal nafsu.
sejujurnya, fatimahdin rasa, perkara ini patut di ajar di sekolah. cara pemikiran yang ada orang layak dirogol itu patut di buang jauh2 dan ajar orang untuk tidak merogol instead. kita patut berhenti cakap pada budak2 perempuan masa mereka hendak keluar,
' jaga diri, takut jadi apa2.'
fikir balik sebelum kalian kata pada orang yang mereka layak dirogol , fikir balik sebelum salahkan mangsa , fikir! apa2 pun, pemakaian seseorang wanita tidak menghalalkan rogol. nothing, absolutely nothing will justify sexual assault or rape.
chop! : society teaches don't get raped rather than don't rape!
No comments:
Post a Comment