Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Sunday, May 3, 2015

u-turn

assalammualaikum.

pagi2 lagi mak dah kejutkan fatimahdin suruh hantarkan dia ke pasar tani. awal pagi pula tu. fatimahdin macam biasa sebab tak biasa mandi berairkan air sejuk, naik semua bulu2 roma yang ada sebab terlalu sejuk, terpaksalah temankan mak dengan berbekalkan cukup sekadar membasuh muka sahaja, ala2 macam cerita p.ramlee dalam cerita bujang lapok gitu!

sebelum kaki melangkah ke bilik air nak membasuh muka, mak dah menjerit nama fatimahdin sehinggakan satu taman perumahan ni dengar. macam biasa, fatimahdin tetap akan buat muka cute, acah2 mak bersimpati konon2nya anaknya ini masih nak beradu lagi. aduh, taktik tak menjadi. mak main kasar dengan menarik bantal busuk fatimahdin. taktik inilah yang akan melemahkan fatimahdin apabila bantal busuk fatimahdin ditarik. ya, fatimahdin akui, nak kejutkan fatimahdin bangun tidur memang susah! dan kalau agak2 dah sakit jiwa nak kejutkan fatimahdin ini bangun tidur ini, kalian tarik sahajalah bantal busuk fatimahdin ini, sure fatimahdin bangun punyalah. oh ya, jangan dicederakan bantal busukku ini!

okey, budget2 cun dah bersiap, tak sempat nak panaskan enjin kereta fatimahdin terus tukarkan gear ke D, tanda memang nak cepat pergi dan nak cepat balik. mek rilek2 sahaja duduk di sebelah sambil membetulkan tudung dia yang fatimahdin tahu tak sempat nak sarung habis tadi. baru sahaja tayar nak bergolek dalam tiga golekan, fatimahdin berhenti.

' laaa, ni dah kenapa pula berhenti secara tiba2?'
mak dah mula buat muka confius dia.

' lupa nak ambil lesen. kak long letak atas meja semalam. kejap je, kak long pergi ambil lesen dahulu.'
tak sempat fatimahdin nak cabut seatbelt, mak dah halang.

' dah, tak payah. berapa kali mak cakap, jangan nak patah2 balik kalau dah keluar rumah. tak elok.'

ah, sudah mak ni. tak habis2 dengan pantang larang dia. fatimahdin tak tahu bagaimana pula dengan mak2 kalian. tapi, mak fatimahdin memang selalu ajarkan begitu. pantang sungguh dia kalau orang sudah keluar rumah lepas itu, u-turn balik, nak ambil barang2 yang tertinggal.

' mak, jikalau lesen pun dah tertinggal, maksudnya, denagn wallet dengan duit2 sekalilah tertinggal ceritanya.'

' eh, duit pun tak bawa ke? haaa, pergilah ambil. siapa pula nak bayar barang2 mak kejap lagi.'
mak senyum comel sahaja.  fatimahdin cuma geleng kepala senyum tengok mak yang comel tiba2 pagi2 buta ini.

kesudahannya, mak balik dengan barang yang penuh satu bonet. ceritanya, apa sahaja jenis ikan mak tak ambil, kalau boleh, satu pasar mak nak borong. bunga India pergi buat sembahyang tu pun kalau boleh dia nak beli. nasib baik fatimahdin sempat halang dengan jelingan mata.

---------------          ---------------          ---------------

patah balik.
fatimahdin banyak dengar kisah orang yang putus hubungannya tetapi berpatah semula pada pasangan dia yang dahulu. mungkin dengan alasan memberi peluang kedua. mungkin nampak ada kesungguhan dari si dia yang nekad untuk sekali lagi menjadi yang terbaik dalam hidup mereka. atau mungkin menepah maut sekali lagi. mungkin! semua itu satu kemungkinan.

sebenarnya, atas alasan apa untuk kita memberikan peluang kedua? susah untuk move on? hati sukar untuk menerima kehadiran orang yang lain? pernah bersumpah untuk tiada yang lain selain dari dia dan akhirnya takut akan termakan sumpah sendiri?

'babe, dah dekat tiga tahun kau single. bila lagi nak ada orang yang boleh jaga kau ni?'

dia hanya memandang muka manusia yang bertanyakan soalan itu. perlahan2 dia sikat rambut dia bagi jadi rupa orang semula. fatimahdin raup muka dalam keadaan slow motion sambil tarik nafas panjang sebab terasa serba salah tanya soalan begitu pada dia.

' kau jangan fikir aku tak sikat rambut tak ada orang nak dekat aku. rambut aku ni berserabut sebab ramai sangat yang nak berebut.'

ayat memang sentiasa tak nak kalah. padahal hakikatnya dia masih lagi tersangkut pada cinta lama. alasannya mudah. si dia kerap kembali untuk memadah kata. kedatangan yang memungkinkan untuk cinta itu bertaut kembali. kedatangan yang tak pernah putus2. malah, lebih beratus kali dari dahulu. nah, langkah yang mana harus diatur kalau yang lama masih bertutur manis? jalan yang mana harus ditempuh kalau yang lama masih duduk bersimpu? 

jadinya, perlu atau tidak peluang kedua itu dihulur? 
bagi fatimahdin, hanya satu kesimpulan yang boleh disimpulkan. lihat kembali cara bagaimana dia meninggalkan kalian dulu. di humban ke tanah teruskah? atau dalam  keadaan keterpaksaan yang tak dapat dielakkan?dari situ lagi kalian patut tahu, adakah peluang kedua itu berbaloi untuk dijual kepadanya. tapi, pada yang pernah ditinggalkan lama seperti scene Edward yang meninggalkan Bella tanpa kata muktamad, menghilangkan diri tanpa kata berita. yang itu, kalian kena kaji balik. mungkin dia sudah berkahwin dan datang kembali sebab tiada kepuasan. chill okey! hidup bagaimanapun tetap perlu diteruskan. 

chop! : ' peluang pertama mungkin terbazir kerana kita masih dalam proses suai kenal, mungkin peluang kedua adalah langkah terbaik untuk kita corakkan bersama. segalanya adalah satu kemungkinan.'

No comments:

Post a Comment