Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Monday, May 4, 2015

hot chocolate

assalammualaikum.

' aku rasa, aku jatuh...
jatuh hati!'

satu garis susunan ayat yang terluah jauh, tetapi telinga fatimahdin masih mampu mendengar frekuensi vibrasi suara yang separuh tenggelam dalam gelak ketawa seribu umat manusia. mahu tersenyum juga serba salah, kerana hanya jatuh fatimahdin yang pasti. jatuh yang kau ucapkan itu mungkin untuk perempuan ayu yang berjalan di sebelah kiri. jadi, akhirnya fatimahdin diabaikan. fatimahdin butakan mata sahaja, muka putih kelabu biru dengan rambut merah.

sekerat hati sudah fatimahdin berikan, sekerat hati lagi fatiamhdin jadikan aras pemberi idea menyusun kata, biar pun fatimahdin sedar fatimahdin bukan seorang pujangga ulang yang mampu menyimpul rasa. bukan juga yang terbaik dan yang tercantik. bila mana yang tersirat di balik senyuman akhirnya terluah, separuh mati juga fatimahdin menahan nafas ketidakpastian. takut, cuak.

tapi, izinkan juga fatimahdin cuba menulis serabut akal, supaya kamu di sana boleh memahami. supaya nanti bila tidak berkesempatan berjumpa, kamu di sana boleh terus hidup dengan tenang. supaya nanti jika kisah yang kita tulis tidak berkesudahan gembira, kamu yang disana boleh terus berjalan dengan girang. supaya nanti, walau apa pun yang berlaku, mohon kamu yang di sana jangan cuba2 menoleh ke belakang. harus sentiasa ke hadapan, hati kamu yang disana harus penuh dengan harapan.

jadi, fatimahdin mulakan dengan satu kata yang mungkin lebih dua ribu kali diucap, maaf. jika mampu, sekarang juga fatimahdin mahu hulurkan sepuluh jari mohon di halalkan segala kesilapan. kerana, dalam separuh sedar, fatimahdin jatuh. sudah dicuba juga untuk menahan rasa, cuba untuk tidak tersungkur. akal masih ligat bekerja keras menghadam segala yang logik dan realistik , tapi tangan sendiri juga masih menghulur secebis demi secebis masa yang tak akan dapat kita tarik kembali. dan, untuk setiap memori yang fatimahdin lukis dalam diam, penuh licik, penuh rakus dan tamak, fatimahdin ucapkan maaf.

segala yang normal kini rasa sungguh janggal. ganjil, seperti rutin ke kelas dan bernafas adalah satu perkara baru. padahal, bila difikir kembali. elok sahaja fatimahdin hidup tanpa kamu dahulu. bila difikir persoalan definasi antara kita, terdiam lidah membisu tanpa jawapan. puas ditanya paa diri, dari terang bulan hinggakan kucupan terakhir dari matahari. masih juga kekal kosong.

atau, mungkin kerana fatimahdin juga masih penuh dengan luka dan duka, dan mungkin engkau juga sama. mungkin jaringan arah kehidupan kita bertembung, dan kita bersama. tapi, siapa tahu akan hari esok? dalam pincang perang akal, hati dan pintalan gumpalan takdir Tuhan lakar, fatimahdin mengambil jalan mudah untuk melepaskan. melepaskan segala permasalahan yang ada dan menari laju tanpa lagu. berteouk seorang juga berbunyi, bertepuklah dengan hati sendiri. rabak dan parah itu fatimahdin tenangkan dengan senyuman dan empat das peluru keamanan , kerana masa bukan dalam kawalan. masa akan tetap pergi. biar patah segala urat memaksa, bengkok belakang penuh bisa. fatimahdin gali kuat dan tabah, adunkan bersama menjadi hot chocolate, lantas dihidang panas dengan kek. buat kamu, yang bernama fatimahdin, hanya untuk fatimahdin. kamulah pembuat minuman hot chocolate itu dan kamulah yang meminumnya. kerana, ini sahaja yang mampu fatimahdin berikan hanya kepadamu yang bernama fatimahdin dan sesungguhnya, chocolate dapat menghilangkan stress kamu wahai fatimahdin. dan juga, buat kamu fatimahdin, hanya secebis rasa tanpa janji yang dapat diberikan.

terbang jauh,
kesatria,
terbang tinggi,
dari jauh sang permaisuri akan menanti.

jika ini untukmyang terakhir kali,
maafkan saya sekali lagi.

jika bukan,
semoga kita berjumpa lagi.

fatimahdin jatuh hati pada hot chocolate.

No comments:

Post a Comment