Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Wednesday, May 6, 2015

i am a coward

assalammualaikum.

i like you for a long time.  i won't say very because i had liked someone else way longer than i do to you, but it is still a long time. you don't know and i will try with all my might and power never to let you know because most the time i really think its better if you don't know about this.

you know, for me, personally, i like the part where i could fantasize about the what ifs. you see, now, i like to make up ridiculous scenarios in my mind that i know full well won't ever happen. i don't like the sound of facing reality because then it would all be crushed into pieces. i don't think i could recover from the shock if you were to reject me, i don't think i could even look at your face heck even your silhouette would disturb me if that happened.

but you know, sometimes i get greedy. my mind wandered off to the most ridiculous what ifs of all what ifs. what if one day, you know about my feelings? would you be happy? because if you would, i would love to tell you this. would you tell me that you share the same feeling? because if you would, i would love to tell you this. don't worry though, i don't think i will ever have the courage to pull off those kind of stunts so you definitely don't have to prepare a gentle speech to let me down.

i'm the type that has a crush on someone and just let it be for years without doing anything about it and one day i'll find someone new for me to crush on and i will get over you when the time comes. the me now thinks that its really sad that i will get over you maybe today, maybe this week, maybe this month, maybe this year but the me in the future probably would feel better with crushing on another person instead.

i know that this is pointless and it would lead to nowhere because i'm too much of a coward to say anything or even acknowledge this feeling that i have for you. but, the me now really hopes a miniscule part of you feels the same way and this would not be the same pointless crush , i would not get over you today, tomorrow, this week, this month or this year. the me now hopes that the endless loop of hoping will end.

but it really is pointless because in the end i would still doing nothing while hoping blindly that you will do something instead. so for now, just let me be. like i have always been. if you found out about my feeling and you don't feel the same just let me be and pretend that you know nothing because maybe today, maybe this week, maybe this moth, or maybe this year i will get over you and find someone new.

' a coward is incapable of exhibiting  love. it is the prerogative of the brave.' - Mahatma Ghandi

Monday, May 4, 2015

hot chocolate

assalammualaikum.

' aku rasa, aku jatuh...
jatuh hati!'

satu garis susunan ayat yang terluah jauh, tetapi telinga fatimahdin masih mampu mendengar frekuensi vibrasi suara yang separuh tenggelam dalam gelak ketawa seribu umat manusia. mahu tersenyum juga serba salah, kerana hanya jatuh fatimahdin yang pasti. jatuh yang kau ucapkan itu mungkin untuk perempuan ayu yang berjalan di sebelah kiri. jadi, akhirnya fatimahdin diabaikan. fatimahdin butakan mata sahaja, muka putih kelabu biru dengan rambut merah.

sekerat hati sudah fatimahdin berikan, sekerat hati lagi fatiamhdin jadikan aras pemberi idea menyusun kata, biar pun fatimahdin sedar fatimahdin bukan seorang pujangga ulang yang mampu menyimpul rasa. bukan juga yang terbaik dan yang tercantik. bila mana yang tersirat di balik senyuman akhirnya terluah, separuh mati juga fatimahdin menahan nafas ketidakpastian. takut, cuak.

tapi, izinkan juga fatimahdin cuba menulis serabut akal, supaya kamu di sana boleh memahami. supaya nanti bila tidak berkesempatan berjumpa, kamu di sana boleh terus hidup dengan tenang. supaya nanti jika kisah yang kita tulis tidak berkesudahan gembira, kamu yang disana boleh terus berjalan dengan girang. supaya nanti, walau apa pun yang berlaku, mohon kamu yang di sana jangan cuba2 menoleh ke belakang. harus sentiasa ke hadapan, hati kamu yang disana harus penuh dengan harapan.

jadi, fatimahdin mulakan dengan satu kata yang mungkin lebih dua ribu kali diucap, maaf. jika mampu, sekarang juga fatimahdin mahu hulurkan sepuluh jari mohon di halalkan segala kesilapan. kerana, dalam separuh sedar, fatimahdin jatuh. sudah dicuba juga untuk menahan rasa, cuba untuk tidak tersungkur. akal masih ligat bekerja keras menghadam segala yang logik dan realistik , tapi tangan sendiri juga masih menghulur secebis demi secebis masa yang tak akan dapat kita tarik kembali. dan, untuk setiap memori yang fatimahdin lukis dalam diam, penuh licik, penuh rakus dan tamak, fatimahdin ucapkan maaf.

segala yang normal kini rasa sungguh janggal. ganjil, seperti rutin ke kelas dan bernafas adalah satu perkara baru. padahal, bila difikir kembali. elok sahaja fatimahdin hidup tanpa kamu dahulu. bila difikir persoalan definasi antara kita, terdiam lidah membisu tanpa jawapan. puas ditanya paa diri, dari terang bulan hinggakan kucupan terakhir dari matahari. masih juga kekal kosong.

atau, mungkin kerana fatimahdin juga masih penuh dengan luka dan duka, dan mungkin engkau juga sama. mungkin jaringan arah kehidupan kita bertembung, dan kita bersama. tapi, siapa tahu akan hari esok? dalam pincang perang akal, hati dan pintalan gumpalan takdir Tuhan lakar, fatimahdin mengambil jalan mudah untuk melepaskan. melepaskan segala permasalahan yang ada dan menari laju tanpa lagu. berteouk seorang juga berbunyi, bertepuklah dengan hati sendiri. rabak dan parah itu fatimahdin tenangkan dengan senyuman dan empat das peluru keamanan , kerana masa bukan dalam kawalan. masa akan tetap pergi. biar patah segala urat memaksa, bengkok belakang penuh bisa. fatimahdin gali kuat dan tabah, adunkan bersama menjadi hot chocolate, lantas dihidang panas dengan kek. buat kamu, yang bernama fatimahdin, hanya untuk fatimahdin. kamulah pembuat minuman hot chocolate itu dan kamulah yang meminumnya. kerana, ini sahaja yang mampu fatimahdin berikan hanya kepadamu yang bernama fatimahdin dan sesungguhnya, chocolate dapat menghilangkan stress kamu wahai fatimahdin. dan juga, buat kamu fatimahdin, hanya secebis rasa tanpa janji yang dapat diberikan.

terbang jauh,
kesatria,
terbang tinggi,
dari jauh sang permaisuri akan menanti.

jika ini untukmyang terakhir kali,
maafkan saya sekali lagi.

jika bukan,
semoga kita berjumpa lagi.

fatimahdin jatuh hati pada hot chocolate.

Sunday, May 3, 2015

women

assalammualaikum.

terus terang fatimahdin tekankan di sini bahawa fatimahdin bukanlah seorang yang feminist mahupun pejuang hak wanita dalam usaha mencapai equality between both men and women. bagi fatimahdin, equality is a very strong word. dan bagi fatimahdin sebenarnya, perjuangan untuk bersuara secara lantang dan pembentangan perihal fakta berkenaan isu ini sepatutnya tiada, tak perlu wujud pun. kenapa?

because the way you should  treat a human, regardless of any gender, is common sense.

fatimahdin rasa, ini bukan sekadar masalah pencerahan tentang apa itu penindasan, apa itu penderaan dan apa itu oppression towards our women and what not. tidak guna juga jika sekadar mahu menyedarkan satu pihak. untuk menyelesaikan satu masalah, both party need to cooperate together. masalah yang besar kebanyakkannya berakar dari satu titik kecil.

bagi fatimahdin, tak adil untuk masayrakat se-wenang2nya menuding jari kepada lelaki sebagai punca penindasan terhadap perempuan, kerana percaya atau tidak, perempuan sendiri adalah salah satu punca yang besar. banyak kes buli terjadi terutamanya dari segi lisan, siapa yang pernah tinggal di asrama mungkin tahu dan bersetuju. berdasarkan perkongsian pengalaman rakan dan fatimahdin sendiri, dulu para senior perempuan yang galak menutur kata2 seperti sial, perempuan tak sedar diri, perempuan tidak tahu malu, bitch dan sebagainya. sesi kutuk mengutuk dan me-rendah2 orang lain , regardless of the same gender , berlaku tanpa segan silu, especially dalam 'open court'. fatimahdin kurang pasti jikalau asrama lain dipanggil apa tapi, 'open court' ini kononnya diwujudkan atas dasar mahu come clean, mahu menyelesaikan masalah tapi sebenarnya? bash selagi kalian mampu , kutuk dan dedahkan aib orang, maki dan caci terang2an. verbal abuse.

mungkin ada yang memandang perkara sebegini sebagai remeh, tetapi pernah terfikir pasal long term effect dia? para mean girls akan kekal berkuasa, akan rasa mereka hebat. but the victims? mereka rasa teruk, depressed, dan hilang self-worth. worst case scenario, they will start to believe in everything that has been said to them. bayangkan, bila seorang perempuan sendiri yang mengherdik perempuan lain sebagai perempuan murah, sundal dan sial. what do you expect will be happening to our society and country? and this is already happening in high school, tak perlu  cerita effect dia kalau berlaku di peringkat universiti dan dalam keluarga sendiri. nampak?

there will be lack of trust, even between girls. hatred and all the negative emotions will exist. the victims will then seek for a saviour , iaitu sejenis sekalian buaya di luar sana. kalau yang bernasib baik, ya mungkin dia akan berjumpa dengan manusia yang bernama lelaki. tapi, banyaknya yang suka mengambil kesempatan. perempuan yang merasakan dirinya worthless, yang kini sudah buta dan pekak hasil segala cacian dan penindasan dari kaum sejenis , ibarat pengemis. mengemis kasih dan cinta me-rata2. expectations mereka terhadap lelaki akan lebih rendah , harga diri menjadi murah, seeking for any arms that willing to hold them close.

ini mungkin juga akan menjadi titik punca di mana bila in the future, dapat boyfriend lintah keparat, makan duit perempuan pun, masih bertahan atas alasan cinta. bila diri dipukul dirogol, masih berdiam diri. rata2 orang yang memerhati akan berasa pelik, yang jenis prejudis dan cepat menghukum, akan lantang berkata perempuan tersebut sebagai bodoh. percaya atau tidak, some of the victims think that they deserve it. minda mereka telah dibentuk dengan dengan pemikiran tentang cinta yang kurang tepat , they even reluctant to go out and seek help. kerana mereka merasakan berdiam diri itu lebih mudah. apatah lagi jika ada sesetengah kaum lelaki yang memberikan alasan bajingan,
' i buat sebab i sayangkan you.'
lagilah berkecamuk hati dan perasaan mangsa. dilemma tak berpenghujung.

so please, please note that whatever that had happened in the past , whatever people say about you , semua manusia ada harga diri , ada maruah. fight for it, stand up for yourself, dan pada masa yang sama, hulurkan tangan untuk membantu. there is nothing okey about suffering and being oppressed, fizikal mahupun mental. kita perlu sedar, kadang2 perkara kecil sebegin yang membentuk pemikiran songsang masyarakat. how on earth can we make men see that they should treat  women with respect and dignity, kalau kaum Hawa sendiri memandang enteng dan sesuka hati meletakkan posisi Hawa yang lain dalam lumpur hina?

save yourself, and then others.
be kind to yourself, and then others.
respect yourself, and then others.
love yourself, and then others.

its all starts with yourself first.
love your women, defend your country.

u-turn

assalammualaikum.

pagi2 lagi mak dah kejutkan fatimahdin suruh hantarkan dia ke pasar tani. awal pagi pula tu. fatimahdin macam biasa sebab tak biasa mandi berairkan air sejuk, naik semua bulu2 roma yang ada sebab terlalu sejuk, terpaksalah temankan mak dengan berbekalkan cukup sekadar membasuh muka sahaja, ala2 macam cerita p.ramlee dalam cerita bujang lapok gitu!

sebelum kaki melangkah ke bilik air nak membasuh muka, mak dah menjerit nama fatimahdin sehinggakan satu taman perumahan ni dengar. macam biasa, fatimahdin tetap akan buat muka cute, acah2 mak bersimpati konon2nya anaknya ini masih nak beradu lagi. aduh, taktik tak menjadi. mak main kasar dengan menarik bantal busuk fatimahdin. taktik inilah yang akan melemahkan fatimahdin apabila bantal busuk fatimahdin ditarik. ya, fatimahdin akui, nak kejutkan fatimahdin bangun tidur memang susah! dan kalau agak2 dah sakit jiwa nak kejutkan fatimahdin ini bangun tidur ini, kalian tarik sahajalah bantal busuk fatimahdin ini, sure fatimahdin bangun punyalah. oh ya, jangan dicederakan bantal busukku ini!

okey, budget2 cun dah bersiap, tak sempat nak panaskan enjin kereta fatimahdin terus tukarkan gear ke D, tanda memang nak cepat pergi dan nak cepat balik. mek rilek2 sahaja duduk di sebelah sambil membetulkan tudung dia yang fatimahdin tahu tak sempat nak sarung habis tadi. baru sahaja tayar nak bergolek dalam tiga golekan, fatimahdin berhenti.

' laaa, ni dah kenapa pula berhenti secara tiba2?'
mak dah mula buat muka confius dia.

' lupa nak ambil lesen. kak long letak atas meja semalam. kejap je, kak long pergi ambil lesen dahulu.'
tak sempat fatimahdin nak cabut seatbelt, mak dah halang.

' dah, tak payah. berapa kali mak cakap, jangan nak patah2 balik kalau dah keluar rumah. tak elok.'

ah, sudah mak ni. tak habis2 dengan pantang larang dia. fatimahdin tak tahu bagaimana pula dengan mak2 kalian. tapi, mak fatimahdin memang selalu ajarkan begitu. pantang sungguh dia kalau orang sudah keluar rumah lepas itu, u-turn balik, nak ambil barang2 yang tertinggal.

' mak, jikalau lesen pun dah tertinggal, maksudnya, denagn wallet dengan duit2 sekalilah tertinggal ceritanya.'

' eh, duit pun tak bawa ke? haaa, pergilah ambil. siapa pula nak bayar barang2 mak kejap lagi.'
mak senyum comel sahaja.  fatimahdin cuma geleng kepala senyum tengok mak yang comel tiba2 pagi2 buta ini.

kesudahannya, mak balik dengan barang yang penuh satu bonet. ceritanya, apa sahaja jenis ikan mak tak ambil, kalau boleh, satu pasar mak nak borong. bunga India pergi buat sembahyang tu pun kalau boleh dia nak beli. nasib baik fatimahdin sempat halang dengan jelingan mata.

---------------          ---------------          ---------------

patah balik.
fatimahdin banyak dengar kisah orang yang putus hubungannya tetapi berpatah semula pada pasangan dia yang dahulu. mungkin dengan alasan memberi peluang kedua. mungkin nampak ada kesungguhan dari si dia yang nekad untuk sekali lagi menjadi yang terbaik dalam hidup mereka. atau mungkin menepah maut sekali lagi. mungkin! semua itu satu kemungkinan.

sebenarnya, atas alasan apa untuk kita memberikan peluang kedua? susah untuk move on? hati sukar untuk menerima kehadiran orang yang lain? pernah bersumpah untuk tiada yang lain selain dari dia dan akhirnya takut akan termakan sumpah sendiri?

'babe, dah dekat tiga tahun kau single. bila lagi nak ada orang yang boleh jaga kau ni?'

dia hanya memandang muka manusia yang bertanyakan soalan itu. perlahan2 dia sikat rambut dia bagi jadi rupa orang semula. fatimahdin raup muka dalam keadaan slow motion sambil tarik nafas panjang sebab terasa serba salah tanya soalan begitu pada dia.

' kau jangan fikir aku tak sikat rambut tak ada orang nak dekat aku. rambut aku ni berserabut sebab ramai sangat yang nak berebut.'

ayat memang sentiasa tak nak kalah. padahal hakikatnya dia masih lagi tersangkut pada cinta lama. alasannya mudah. si dia kerap kembali untuk memadah kata. kedatangan yang memungkinkan untuk cinta itu bertaut kembali. kedatangan yang tak pernah putus2. malah, lebih beratus kali dari dahulu. nah, langkah yang mana harus diatur kalau yang lama masih bertutur manis? jalan yang mana harus ditempuh kalau yang lama masih duduk bersimpu? 

jadinya, perlu atau tidak peluang kedua itu dihulur? 
bagi fatimahdin, hanya satu kesimpulan yang boleh disimpulkan. lihat kembali cara bagaimana dia meninggalkan kalian dulu. di humban ke tanah teruskah? atau dalam  keadaan keterpaksaan yang tak dapat dielakkan?dari situ lagi kalian patut tahu, adakah peluang kedua itu berbaloi untuk dijual kepadanya. tapi, pada yang pernah ditinggalkan lama seperti scene Edward yang meninggalkan Bella tanpa kata muktamad, menghilangkan diri tanpa kata berita. yang itu, kalian kena kaji balik. mungkin dia sudah berkahwin dan datang kembali sebab tiada kepuasan. chill okey! hidup bagaimanapun tetap perlu diteruskan. 

chop! : ' peluang pertama mungkin terbazir kerana kita masih dalam proses suai kenal, mungkin peluang kedua adalah langkah terbaik untuk kita corakkan bersama. segalanya adalah satu kemungkinan.'

victim blaming, #376

assalammualaikum.

rape, is based on section 376 of the Penal Code.
elements of rape? cases?
huh, study case for today.
suddenly, i want to write about victim blaming. it is just an opinion, and for those who are out there, do feel free to drop your opinion too.

ada sejenis mentaliti di dunia ini yang fatimahdin agak susah nak faham. fatimahdin kata dunia, sebab fatimahdin tahu benda ini bukannya terjadi di Malaysia sahaja, satu dunia pun wujud orang berfikiran sebegini. victim blaming ini maknanya, kalian salahkan mangsa. contoh, untuk perkara ini, fatimahdin ambil kes rogol,
' padan muka perempuan itu, itulah, pakai seksi sangat , kan dah kena rogol.'
kalian nampak tak, apa yang salah pada statement ini?

statement itu menyalahkan mangsa, bukannya si perogol. jarang sangat fatimahdin tengok jikalau kes sebegini adanya statement yang berbunyi,
' perogol itu tidak dapat pendidikan ke apa sampai tergamak nak rosakkan hidup orang lain?'
even dalam ke rogol SUKMA yang nak kata baru tak baru jugalah tapi dah masuk televisyen it, bermaksud mendapat perhatian ramai, orang ramai masih menyalahkan mangsa di mana, ada statement yang berbunyi,
'dah tahu diri itu perempuan, kenapa nak keluar malam2 dengan lelaki?'
hahaha, kelakar sial, padahal in the first place lelaki2 itu tidak patut pun merogol perempuan itu tidak kiralah sama ada dia mabuk atau pun sedar.

baru2 ini, fatimahdin ada nampak satu post di Facebook , meletak gambar perempuan dalam keadaan baju tersingkap semua, lepas itu ada caption,
' hentikan gangguan seksual terhadap lelaki.'
kahkahkah. maksudnya, jikalau perempuan itu tidak menutup aurat, (tak juga sebab gambar yang digunakan semuanya wanita bertudung cuma tidak menutupi completely lagi) kiranya, ia adalah gangguan seksual terhadap lelaki? habis tu, fatimahdin tak nampak pula gambar lelaki pakai shorts or shirtless dikatakan gangguan seksual terhadap perempuan?

fatimahdin tak nampak pula bila di padang bola bila lelaki pakai shorts atas paras lutut ada orang jerit,
' hoi, hentikan gangguan seksual terhadap perempuan!'
kalian nak tahu benda apa yang lagi sedih? komen2 di situ semuanya jijik2. jijik gila! fatimahdin malas nak tulis balik deakt sini tapi rasanya kalian boleh agak apa yang ditulis,
' memang saja  minta kena rogol.'
itu, memang statement yang sentiasa di ulang.

rakan2 sekalian, nak bercakap dari sudut pandangan agama? meh, fatimahdin provide-kan view agama Islam yang dianuti kebanyakkan orang yang meng-komen-kan dengan komen2 yang jijik itu. boys yang sibuk nak merogol orang sebab tak tutup aurat itu ada dalam surah An-Nur ayat 30,
' tell the believing men to reduce (some) of their vision and guide their private parts. that is purer for them. indeed, Allah is acquainted with what they do.'
atau, translation dalam bahasa melayu-nya,
' katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang2 lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) , dan memelihara kehormatan mereka.'
fatimahdin lagi sukakan translation English sebab ianya lagi jelas suruh guide their private parts kalau kehormatan itu masih guna ayat berlapik. ayat 31 pula, menyuruh wanita menutup aurat. tetapi, tak ramai orang nak quote ayat 30, kenapa?

meh sini nak bagitahu, kalau perempuan itu pakai seksi mana pun, masih tak justify perbuatan si perogol itu merogol perempuan seksi itu. kenapa kalian rasa perempuan itu layak dirogol sebab cara pemakaian dia? tak ada siapa pun di dunia ini layak dirogol, fatimahdin nak kalian ingat benda ini tidak kira apa pun walaupun perempuan itu adalah pelacur. faham?!

bila kalian kata, 'no wonder-lah' kena rogol seksi habis, fatimahdin tanya kalian balik ni kenapa pula? adakah lelaki ini tidak boleh berfikir dengan akal sendiri, tiada kemampuan hendak mengawal perbuatan sendiri padahal Allah dah berikan akal sampai nampak perempuan seksi sahaja nak merogol? adakah di sini, kalian mahu katakan yang lelaki ini lemah sehinggkan nampak visual yang mengghairahkan nak merogol orang? quoting an article,
' we treat men like animals who can't help themselves , and we aspect women to police themselves to protect themselves from men as if they were beasts.'
jadi, kalian yang berada di luar sana especially boys , fikir dua tiga kali sebelum kalian buat statement sebab dekat situ kalian sendiri merendahkan martabat diri kalian seperti tidak punyai akal untuk mengawal nafsu.

sejujurnya, fatimahdin rasa, perkara ini patut di ajar di sekolah. cara pemikiran yang ada orang layak dirogol itu patut di buang jauh2 dan ajar orang untuk tidak merogol instead. kita patut berhenti cakap pada budak2 perempuan masa mereka hendak keluar,
' jaga diri, takut jadi apa2.'
fikir balik sebelum kalian kata pada orang yang mereka layak dirogol , fikir balik sebelum salahkan mangsa , fikir! apa2 pun, pemakaian seseorang wanita tidak menghalalkan rogol. nothing, absolutely nothing will justify sexual assault or rape.

chop! : society teaches don't get raped rather than don't rape!


Saturday, May 2, 2015

love yourself

assalammualaikum.

kau, aku rasa kau kena belajar menyayangi diri kau dahulu. mesti kau bengan kata yang aku tak faham kau, tak rasa apa yang kau rasa. aku tahu, benda ini klise gila memang line wajib dalam movie chick flick yang memang buat kau rasa nak roll eyes lagi2 bila yang cakap itu heroin yang pakai dress colour pink tapi please, please, please, love yourself before anyone else.

kenapa, kau tanya? kenapa, ikut suka hati akulah nak sayang dia samapi separuh mati , kau kata?
okey, let's see, kau bagi masa, usaha, tenaga , even duit untuk dia tapi aku nak tanya kau, worth it ke semua ini? in the end, kau ada dapat balasan apa2 tak? ada dia cakap terima kasih? oh, kau kata balasan tak penting yang penting, dia happy. aku rasa nak muntah dengan statement kau itu, tapi aku diamkan sahaja. tapi kejap, dia happy, kau pula bagaimana? kau, kau rasa kau happy tak? kau tak rasa penat ke, yang kau sahaja yang memberi? cuba kau duduk, fikirkan dalam2. kau, kau sanggup je terjun laut kalau dia jatuh, you jump i jump, tapi kau fikir balik dia, dia nak ke terjun untuk kau? oh my god, titanic-kah ini?

kau pernah dengar lagu Grenade-kan?
Bruno Mars kata,
' i'd catch a grenade for you,
throw my hand on a blade for you,
i'd jump in front of a train for you,
you know i;d do anything for you.'

kau tak rasa ke diri kau yang sebegitu? kau selalu dengarkan lagu ini, kau tahukan the whole story of this song? girl dalam lagu ini , even lepas dapat everything pun masih nak, nak, nak lagi. dan Bruno pun bagi , bagi, bagi. dan, pengakhiran lagu ini bukannya happy ending , Bruno tahu yang dia
'wouldn't do the same.'

sebenarnya, kau pun tahukan? yang benda ini one sided, kau sahaja yang memberi and at lats, you are left with nothing but dust and heartache sebab dia sudah ambil semua.

tanya diri kau balik, berbaloikah kau buat semua benda ini? dia lagi suka dekat kau ke lepas kau buat semua itu? ke dia lagi gunakan kau untuk minta itu dan minta ini? is all that worth it? kau happy ke sebegini? kau happy ke macam ini, dalam masa five years lagi kau nak ke yang sahaja yang still member? lagi teruk jikalau sebenarnya kalian tak ada attachment pun, macam kalian ini ta officially together pun. apa yang kau cuba nak buat ini? kalau aku boleh, aku memang nak tarik bahu kau nak goncang kuat2 bagi kau sedar.

look into the mirror, please jaga reflection yang dekat cermin itu. asyik jaga hati orang sahaja, hati sendiri bagaimana? asyik bagi macam2 dekat orang sahaja, diri sendiri bagaimana pula? kesian pada diri kau tu, jaga sikit dia. kalau orang lain boleh touching , kalau kau tak bagi apa yang mereka mahu, kau ingat diri kau sendiri tak sedih?

macam inilah, aku bagi solution. apa kata, kau manjakan diri kau pula, pergi buat facial ke , kalau duit sudah bagi pada dia semua buat sendiri kat rumah pun boleh tempek timun dan tomato kat muka, buat manicure, pergi shopping untuk diri kau pula, anything, absolutely, anything that will make you happy. and lepas itu, aku harap ,kau akan  lebih sayang diri kau dan kau akan sedar that , no he's  worth all the troubles because he didn;t give you any in return and masa itu, aku harap kau akan jumpa the one yang akan jaga kau more than anything in this world.

because, aku nak kau tahu yang you're worth it. lantaklah kau tergelak sebab aku curi tagline mana2 produk tapi, seriously, you are worth too much to put up with this shit. so please, please, please. aku merayu, love yourself!

chop! : love yourself enough to never lower your standards for anyone.