Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Thursday, April 16, 2015

sayang tqa

assalammualaikum.

nukilan khas untuk mu kakak!

ikut hati mati
ikut rasa binasa

tapi, aku tak ikut hati, tapi aku pun dah mati. aku tak ikut rasa, tapi tetap juga binasa.

orang kata jangan mudah percaya dan berikan sayang itu dengan sewenangnya. jangan terlalu mjrah dengan sayang sebab kelak makan diri. habis, kau fikir aku tabur sayang aku mengikut angin lalu? biar terbang rawak. bertebaranlah sejauh mana ia mampu. rebahlah pada yang dia mahu. sayang itu aku jaga, aku bendung biar tak pergi ke orang yang tak selayaknya. aku tahu. tapi mungkin aku silap sebab aku tak jaga hati aku sebetulnya. hati yang timbulkan rasa sayang. sayang aku ikat tahan, tapi hati aku lepas bebas.

jangan bagi ruang untuk hati disakiti. tapi, mana kau tahu hati kau akan sakit kalau kau sedang bahagia. sayang bari berputik, semua nampak indah. yang buruk pun di kata elok. kau kata itu buta tuli, pergi mati sana sebab kau mungkin tak pernah rasa nikmat cinta sampai kau jadi bodoh. akal boleh realistik tapi hati takkan boleh jadi waras. dalam berjaga kau tergelincir. tenggelam dalam nikmat perasaan sampai lupa kemungkinan yang menanti di hadapan.

ku sangka panas sampai ke petang, rupa2nya hujan di tengah hari.

sakit. memang sakit. sakit yang tak boleh di ungkap,

menangis selagi kau boleh. benam hati kau sedalam mana yang kau mahu. leyan remuk redam selagi kau mampu.

aku mahu kau tahu, ini bukan salah kau sayang. kau tak bodoh. menyerahkan hati pada dia yang masih kelabu itu bukan satu kesalahan. lumrah manusia. dia tak pandai menghargai kau. penglihatannya masih liar. hatinya masih besar. nafsunya masih kasar. otaknya masih dumpu. dia juga seperti kau. insan biasa yang buta bila dihidangkan dengan rahmat kasih. biarkan. beri dia peluang. lepaskan dia melangkah sejauh mana dia mahu. tengok destinasi mana mahu dia berhenti. sebab, kau perlu tahu mana letak duduknya kau dan dia.

dan, kau cuma perlu kuat. sekuat batu kerikil. berhenti tanya apa salah kau. dan alihkan jari kau dari terus menuding pada dia. tak perlu mencari di mana silap. abaikan makhluk keliling dan pelbagai cakap kerana mereka tak tahu apa sebenarnya yang wujud antara kau dan dia. dan, rahsia itu biar terus kekal disitu. simpan. kerana banyak mana pun yang kau ungkap, setulus mana kau luah, ia masih tak sama dengan apa yang ada di dalam.

saat dia terjatuh sebagaimana dia lakukan pada engkau, baru dia tahu apa itu dunia. dia akan sedar, hati itu bukan sekadar untuk bahagia. derita sentiasa menanti untuk mengambil tempat. ada sisi lain selain putih.

sudah, kesat air mata. lalui hari kau seperti masih punya pelangi. bertenang. teruskan hidup dan bersedia. lihat ke mana takdir akan membawa engkau.

No comments:

Post a Comment