Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Thursday, April 16, 2015

fikirkannya

assalammualaikum.
salam maghrib kawan2!

nafas dan keluhan aku lepaskan perlahan. hati rasa sebak.

selama ini, fatimahdin tak pernah nampak erti bila orang cakap, 'if you love someone, set them free'.
cuma, hari ini fatimahdin duduk sorang2 dan memikirkan sesuatu dan baru fatimahdin sedar bahawa berat beban bila kita sukakan seseorang.

'we accept the love we think we deserve'.

kau ingat kau seorang sahaja yang sakit?  habis tu, bagaimana pula dengan aku? tangan yang melepaskan juga terluka. aku tolak kau tepi ada sebab, bukan sengaja. bukan sebab aku tak suka, bukan sebab perasaan sayang tak ada. tapi, nak buat macam mana. hidup masih panjang, dan hidup juga bukan pasal cinta sahaja. kerjaya, pelajaran, mak bapak, itu semua kena fikirkan juga. bila aku nampak kau, hati rasa gentar. hati rasa takut nak berjuang. rasa takut buat aku lemah. aku tak sukakan persaingan, aku akan mengalah. aku akui, aku akan bagi semangat pada rakan2 ku untuk fight atau adanya fighting spirit tapi untuk aku fight memang tak! aku hanya akan memberikan semangat pada rakan2 ku!

dan, aku kena kekal kuat, aku kena kekal realistik. kalau setakat cinta, takkan boleh bayar makan minum aku, tak boleh nak tanggung hidup aku. kalau asyik bergelumang dengan emosi cinta yang tak stabil , macam mana nak berjaya? macam mana nak kekal sober? macam mana nak jadi waras sentiasa? orang bercinta ni, kalau tak reply text pun boleh bawa berperang. itu cinta apa? cinta budak2? maaf ya, bukan itu yang fatimahdin cari dalam hidup.

kau perlukan dia yang manja, yang boleh bergelak ketawa, yang boleh berjumpa saban hari tanpa jemu. dia yang cantik, kulit lebih mulus, hati lebih telus dan tulus. dia yang boleh whatapp kau setiap saat, bertanya makan minum pakai kau, yang boleh beri senyuman manis bila kau sakit. bukan aku, kau tak perlukan aku. aku yang sibuk ke sana ke mari dengan urusan dunia dan bergelumang dengan lumpur realiti dan perasaan sendiri. nak senyum pun payah, hati aku simpan jauh biar dingin, biar beku. sebab, aku rasa sakit perit nak terus bernafas dalam kalangan mereka yang kejam. aku nampak dunia satu tempat layar yang tak indah.

cinta itu suci? cinta tak boleh bawa mati.

jadi, jangan kau sedap mulut kata, fatimahdin manusia yang tidak berperasaan. fatimahdin pun rasa apa yang kalian rasa. kalian anggap benda ini mudah macam buang ludah. aku fikir juga nanti , kalau kau punya mata yang boleh nampak segala buruk cela nista hodoh manusia yang bernama fatimahdin ini, apa akan jadi? sepuluh tahun yang akan datang , apa akan jadi? kalian ingat cinta itu kekal abadi?

fatimahdin tanya kalian, apa akan jadi?

No comments:

Post a Comment