Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Saturday, April 4, 2015

nasib sara

assalamualaikum..

once again, pasal sara.

apa yang masih kekal dalam ingatan ini, keadaan dan situasinya, sara duduk bersandarkan dinding atas katil, pegang selimut, masih lagi keliru. otak sara masih cuba menenangkan sistem panik dalam badan. sara menggigil, tubuh dan hati. orang di sebelah, iaitu diri ku sendiri turut sama diam. maaf sara, awak dapat kawan yang tiada perasaan macam saya ini. setakat nak dengar luahan itu memang boleh tapi bila minta pendapat, otak blank. at last, sara menangis dan kawan mu ini yang tiada perasaan, hanya membiarkan sahaja sara menangis. nak saya pujuk, memang tak la, saya tak reti nak pujuk kawan2 saya yang menangis pun!
sila terima keburukkan saya ini!

tapi sara, hakikatnya, bila bangun esok pagi, life goes on. kita manusia, banyak perkara tipikal berlaku. kesalahan pertama jadi yang kedua, ketiga dan seterusnya. tapi, fatimahdin rasa ini mungkin nasib malang sara, salah pilih orang. benda jadi mudah sikit kalau yang fizikal kekal fizikal, hati dan perasaan letak tepi. no feelings involved. tapi, macam mana pula kes sara?

' we are okay with this, no status whatever but we are comfortable', ini dialog sara sebelum sara meroyan.

tipulah kalau tak wujud perasaan , tipu kalau tak sedih, tipu kalau tak makan hati dan tak cemburu.

bayangkan, anda berada dalam keadaan begini , dengan orang yang dikenali ramai. tweetfemes contohnya. gila tak gila jadinya nanti? celaka tak?

celaka ni, ada dalam dua keadaan.

yang pertama, kalau kau ni jenis mulut joyah. perangai macam mak cik pergi beli karipap lepas tu tak puas hati kenapa ada karipap inti kentang, tak ada karipap inti sardin. complain, meroyan, bising sana sini sampai dua minggu, isu yang sama. tak ke celaka, jadi drama di timeline. paling tak pun, adegan sentap menyentap, perli2 confirm ada.

celaka nombor dua, bila kalian jadi bodoh baik macam sara ni. bukan salah si tweetfemes tu, katanya. ini salah berdua, jadi, sara diamkan sahaja, tak bagitahu sesiapa. fatimahdin pun last-minute tahu, bila sara dah jadi zombie simpan perasaan sendiri. celaka sebab benda ni jadi rahsia, jadi penyakit yang kau simpan. kalau hubungan kalian jadi, fatimahdin tumpang gembira. kalau tak jadi? macam sara ni, lepas dua tiga bulan, tiba2 putus, hilang contact macam itu sahaja. tak ada call, sms, whatapp, dua2 senyap sahaja. jadi strangers. nak cari balik pun nak buat apa? namakan kawan. esok lusa rupanya dia dah ada perempuan lain. fatimahdin tanya lagi sekali, nak marah ke, nak cari balik ke, buat apa? kan konon cakap kawan.

jadi akhirnya, yang rasa perit itu sara. yang si tweetfemes ni pulak, ada sahaja di mana2, me-rata2, dah unfollow pun masih jumpa di timeline. nak move on pun rasa susah.

' eh, kau kenal tak si ___________ ni ? dia macam cool je, bila lepak sama pun macam baik', ujar kawan sara sambil tunjuk tweethandle si tweetfemes ni. sara telan air liur cakap tak. 

nasib kau sara!

chop! : nanti aku datang melawat lagi kau. kelas aku dah start, bertambah buzy-kan aku.

No comments:

Post a Comment