Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Wednesday, July 29, 2015

huruf L

assalammualaikum.

makin hari, mata fatimahdin semakin sepet apabila melihat ramai orang selalunya terkeliru dengan perasaan sendiri. ramai yang gah dengan lantangnya bercakap bahawa mereka punyai cinta dalam hati, padahal sebenarnya nafsu. ada juga yang yakin dengan perasaan cinta tetapi, dalam separuh jalan perjalanan perhubungan, baru nak tersedar dalam hati cuma ada suka.

sebenarnya, mengikut kajian melalui pemerhatian fatimahdin, perasaan ini mempunyai peringkat tetapi ramai yang tak persan akannya. semua mahu mengaku cinta, susahlah macam ini. jadi, fatimahdin telah membahagikan perasaan manusia dalam konteks perhubungan kepada tiga bahagian.

secara dasarnya, momentumnya adalah bertunjangkan kepada huruf L.
L = Like
L = Lust
L = Love

jikalau hanya setakat Lust, iaitu nafsu, confirm mestilah ramai yang tahu. kalian suka dia sebab dia handsome, lawa, smart, cantik, punya potongan badan yang menarik dan boys, of course-lah dengan badan yang sado. kalian terfikir, boleh bangga juga jikalau berjaya tackle. bila kalian pandang dia, rasa panas, rasa restless, rasa berdebar semacam. kalian, please! jangan keliru dengan cinta , itu cumalah syaitannirrajim mengipas-ngipas aliran darah ke celah kangkang kalian. tetapi, fatimahdin tidak tahu pula pada kalian, jikalau memang hujung tuju jalan mencari jodoh kalian memang nak berteraskan yang satu ini.
tepuk dada, tanya selera sendiri.

seumpama dialog di dalam movie 500 days of summers,
' just because she like the same bizarro crap you do doesn't mean she is your soul mate.'
fatimahdin rasa, ini sudah cukup membuka mata kalian di luar sana , there is very tiny line to differentiate between Like and Love. kalian mungkin akan rasa the 'click' , mungkin juga akan rasa some sort of connection bila kalian berborak ber-sama2, lepak, tapi, that feeling does not mean that you love them. sejujurnya, kadang2 fatimahdin pun tidak tahu nak membezakan dua perasaan ini bagaimana, sebab, Love juga puncanya bercambah daripada Like.

mungkin, mungkinlahkan , bagi fatimahdin , dua perasaan ini jikalau kalian boleh bezakan dan melihat diri kalian sendiri. jikalau setakat nak relationship sampai nak sibuk text 24hours, nak call selalu, nak jumpa selalu, itu most probably hanya Like , ataupun mungkin Love tahap pertama. jikalau tak reply text pun dah boleh meroyan serupa baru lepas mati laki, itu ingin fatimahdin tegaskan , bukan Like atau Love.

itu Obsesi!

Obsesi ini sama macam obesiti , dah la gemuk tapi tak dapat kawal perasaan nak makan yang me-luap2. sebab dah terbiasa, sebab nak lagi, tak pernah puas. sampai nak stalk ke sana sini, menangis tak tentu hala, rabak tak tentu pasal, Ya Allah, fatimahdin mohon Tuhan bukakan hati kalian baik yang lelaki dan perempuan yang macam ini, pernah sedar tak dalam dunia ini ada banyak lagi benda yang kalian boleh buat selain sengaja jadi miserable?

fatimahdin sarankan sebelum kalian nak mula start meroyan sebab kena reject ke, atau cinta kalian kononny tak bersambut, cuba duduk diam2 muhasabah diri dulu. tanya pada diri kalian, is this worth the fight? tanya pada diri kalian, perasaan dalam hati kalian itu untuk dunia sahaja ke atau untuk bawa masuk ke dalam kubur sekali?

kalau rasanya hati kalian nak jawab soalan itu pun ter-agak2,
fatimahdin sarankan kalian cubalah pupuk cinta pada mak bapak kalian terdahulu.

No comments:

Post a Comment