Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Wednesday, August 27, 2014

selamat hari lahir pak din!


rabu, 27 ogos 2014

assalammualaikum..
keheningan subuh yang sungguh syahdu.. bumi shah alam dilimpahi hujan renyai2.. tidur ku teramatlah lena..
tiba2, petikan gitar kedengaran.. bukan petikan gitar yang bukan dimainkan live di depan fatimahdin tetapi ia adalah petikan gitar yang fatimahdin mainkan.. ok, ia hanyalah satu rakaman atau ianya sekadar direkodkan dalam handphone fatimahdin dan petikan itu adalah nada dering handphone fatimahdin..
alunan petikan gitar itu fatimahdin mainkan adalah bagi memberikan inspirasi kepada fatimahdin..
dengan mata yang berpisat, fatimahdin bangun.. melihat nama pada skrin handphone itu membuatkan fatimahdin tidak mamai lagi..
tekalah sapa yang menelefon fatimahdin..? semestinyalah pak din, my hero, my dad!!
oh ya.. hari ini adalah hari lahir pak din yang ke... maaf, umur pak din perlu di rahsiakan..
abah, semakin tahun umur mu semakin meningkat, namun abah tetap kelihatan muda.. haha.. fatimahdin sentiasa bergurau sebegitu dengan pak din.. di akui, di wajahnya kini sudah mula timbul garis2 ketuaannya.. selagi hayat dikandung badan, fatimahdin tahu, pak din tetap bersemangat dan tabah menjaga puteri2nya..
oh ya, start daripada raya hari tu, dialog pak din yang fatimahdin rasa begitu mencuit hati ialah,
'saya tahu din-din saya macam mana'
janganlah pelik kenapa pak din cakap macam ni, sebab anak2 pak din semuanya ada perkataan din..
calon2nya :
fatimah din binti nasaruddin
fatizah din binti nasaruddin
fatihah din binti nasaruddin

dan kami bertiga, puteri2 kesayangan pak din.. puteri2 pak din ini hampir mempunyai karektor yang sama.. paling sama, kami bertiga sememangnya nakal, degil.. alahai, pergilah interview pak din sendiri untuk mengetahui siapakah kami yang sebenarnya.. hehe :)
pak din, tunggu fatimahdin balik ipoh hari jumaat ni ya! kerinduan bertamu di hati.. tak sabar fatimahdin mahu menatap wajahmu.. 
oh ya pak din, kelas fatimahdin dah nak bermula.. apa2pun, fatimahdin memerlukan khidmat dan tunjuk ajar pak din bagi beberapa subjek..


terima kasih kerana menjadi seorang abah kepada fatimahdin, fatizahdin dan fatihahdin.. as you say that, 
'' you know your din's''.. terima kasih kerana membesarkan kami tiga beradik sehingga berjaya.. tahan melayan kerenah kami dari kecil hinggalah kami bertiga dah besar panjang begini..  
terima kasih untuk segalanya.. love you abah! love you so much..!!

yang merindui pak din,
fatimahdin5734

chop! : cepatlah hari jumaat, fatimahdin tak sabo nak balik ipoh, nak jumpa pak din.. oh ya, nak jumpa mak gee juga... hehe...

No comments:

Post a Comment