Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Saturday, March 10, 2012

kuatkan semangat dan azam

assalammualaikum..

kepada : mak dan abah
bukan senang pagi2 buta macam ini fatimahdin nak update blog.. entry kali ini fatimahdin khas-kan untuk abah dan mak fatimahdin yang berada di ipoh, perak..mungkin tidak ter-luah dengan kata2 sebagaimana yang mak dan abah kenali fatimahdin kerana fatimahdin ini merupakan seorang anak yang perahsia dan tidak suka meluahkan cuma cukuplah sekadar fatimahdin luahkan di sini.. ( mak dan abah takkan buka blog fatimahdin, maka dengan ini senanglah nak meluahkan )..
hari ini, dalam lingkungan pukul 0100 pagi ( kemungkinan pukul 1 lebih, hanyalah sekadar anggaran ), fatimahdin buka portal belajar fatimahdin.. argh, segala modul2 dan pembelajaran bagi semesta yang akan datang telah di update dalam portal.. dengan penuh bersemangat waja versus persona, fatimahdin pun bukalah pada link-nya.. ehem2.. apa lagi, terus upload dan print.. alamak, kecut perutlah pula dibuatnya..
banyak dan tebal.. hanya itulah yang boleh fatimahdin gambarkan.. maka, dengan ini.. sempena kehadiran cuti yang bakal fatimahdin lalui ini, akan fatimahdin menyelak dan mem-belek2 segala modul2 itu.. akan fatimahdin belajar ber-sungguh2 dan tidak akan menghampakan harapan mak dan abah fatimahdin.. cukuplah sekali fatimahdin pernah jatuh dan fatimahdin tidak mahu terjatuh lagi.. kejatuhan itu seumpama satu tamparan yang hebat dalam kehidupan fatimahdin.. hilang segala-galanya.. yang ada hanyalah keluarga,, kawan2 entah ke mana.. kuatkan azam-mu fatimahdin dan yakin boleh! restu dan doa dari abah dan mak amatlah fatimahdin perlukan.. fatimahdin berjanji tidak akan hampakan harapan kalian berdua..

salam sayang,
fatimahdin5734

No comments:

Post a Comment