haaiii... (lelambaikan tangan kat korang)
memandangkan ini ialah entry pertama fatimahdin pada tahun ini, setelah lama tak mengetip jari jemari kaku di papan kekunci laptop ini, makanya, dengan ini, fatimahdin memilih untuk menulis entry yang santai dan ringan. disebabkan fatimahdin teramatlah blur, blank dan tak ada idea, sebagai permulaan, fatimahdin menyahut seruan dan saranan daripada seseorang untuk fatimahdin memberikan ruang dan pandangan tentang relationship atau hubungan dalam bahasa melayunya manakala dalam bahasa ringkasannya, relay. terima kasihlah untuk idea itu. fatimahdin cuba ye walaupun fatimahdin tidaklah begitu arif dengan relationship!
sebelum fatimahdin jauh melalut, fatimahdin nak tekankan, ini adalah hasil pertama nukilan fatimahdin pada tahun ini setelah sekian lama fatimahdin tak menulis atau mengetip jari di papan kekunci laptop ini bagi menulis blog, jadi fatimahdin mengharapkan kalian semua tidak begitu excited untuk mengharapkan apa2 yang terlebih advance. fatimahdin mungkin boleh di klasifikasikan sebagai seorang budak yang baru belajar, seperti seperti seorang budak sekolah yang baru masuk sekolah darjah satu. kalau suruh pegang pensil pun mungkin ter-gigil2, tulisan pun umpama cacing kerawit. nak disuruh mengeja, mungkin bunyinya lain daripada yang lain.
setelah sekian lama tak menulis ni, apa kata fatimahdin recall balik ingatan kalian semua dengan sesi perkenalan siapakah fatimahdin ini, al-maklumlah, dah lama tak menuliskan. rasanya, bila kalian semua tengok nama ni pun, kalian boleh agak yang fatimahdin ni seorang budak perempuan. kalau ada di antara kalian yang menyatakan fatimahdin ni merupakan seorang budak lelaki, mungkin kalian ada gangguan pada saraf otak, tak pun, kalian terkena buatan orang. umur pulak, tak perlulah fatimahdin mention di sini, cukuplah kalian tahu bahawa umur fatimahdin ini dah kira lepaslah umur nak masuk ke dalam mana2 pub, club dan seangkatan dengannya, cuma, kalau tak lepas pun, mereka mempunyai keraguan dengan ketinggian fatimahdin ini kerana fatimahdin merupakan seorang insan ciptaan tuhan yang ketot, kecil, comel dan seangkatan dengannya. walaupun umur fatimahdin melepasi untuk masuk ke dalam pub dan club, namun, fatimahdin tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat2 tersebut kerana fatimahdin merupakan seorang insan yang tak ambil pusing pasal hal duniawi.
bebel dah ber-jela2.. nak bagi pandangan apa ni?
kalau nak diikutkan, fatimahdin memang tak layak lagilah nak ber-kata2 atau mengomel mengenai hal perasaan dan jiwa ini. maklumlah tak cukup umur nak cakap2 pasal hal ini. lagi2, kalau nak bagi nasihatlah. mungkin kalau rasa nak ikut nasihat ini, ikutlah, tapi kalau rasa tak perlu, jangan di ikut ye! hakikat itu, kadang2 menyakitkan. tapi pergi arwahlah korang nak cakap apa pun.
bak kata seseorang ini,
' kau ingat semua yang jual burger tu suka makan burger ke?'
ada lagi sambungan ayat yang seterusnya, tapi dah lupalah. maaf. tak semestinya, dalam hidup, bila kita asyik failed dalam relationship, kita tak boleh cakap pasal cinta, kasih sayang dan lain2. damn you! erk...
cinta ni, mang best lah bak hang. dia boleh kasi hang terbang melayang nun setinggi langit sampai kau lupa ada tanah kat bawah. orang kata, kalau tengok cerita sedih sampai basah bantal meleleh air mata pun kau boleh steady senyum. tu dia punya syok! tapi, kau jangan lupa, cinta ini juga boleh humban kau ke tanah sampai hang tak boleh berdiri. silap hari bulan, terbenam jauh ke dalam, kepala pun tak nampak. sakit dia, tak boleh nak cerita, hang kena rasa sendirilah. dia punya berkabung tu bawah sikit je dari kematian. serius korang, fatimahdin tak tipu walaupun hanya sekadar mendengar luahan rakan2.
makanya, dengan ini, bila dalam mood duk tersengih sebab penangan asmara, penangan cintan cintun kalian tu, janganlah sampai lupa diri. macam orang kiri kanan tak wujud. asyik nampak dia je. melampau! macam dunia ni takkan berakhir. tak fikir langsung kemungkinan yang akan datang. dan, bila kau dah jatuh terduduk dek cinta pun jangan rabak sangat. macam tak ada hari esok. come on lah, dunia belum berakhir. kalau dah berakhir pun, dunia lagi satu ada. kau jangan lupa, jangan buat benda bodoh! buangkan je awan yang terpilu tu jauh2.
pesanan ikhlas kemasyarakatan daripada fatimahdin,
' kalau sayangkan seseorang itu, simpan sikit benci pada dia. kalau bencikan seseorang, simpan sikit sayang pada dia'
bukan apa, kalau benci sangat nanti, makan diri dan kalau sayang sangat pun silap hari bulan boleh gantung diri. kita tak tahu esok apa akan jadi.
chop! : dasar manusia, kalah dengan cinta.
No comments:
Post a Comment