Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Thursday, February 26, 2015

keranamu, sepasang baju kurung

assalammualaikum.

hi.

terus terang fatimahdin nak bagitahu, sebelum masa kalian terbuang bacapatah demi patah yang fatimahdin tulis, rasanya, perlu kalian tahu sesuatu. fatimahdin bukan special pun. lagi hebat si pengemis yang ada di jalanan, pakaian koyak rabak dan busuk pun lagi hebat dari fatimahdin. kenapa? hebatlah sebab dia duduk tepi jalan pun dapat duit hari2. lagi hebat, pak cik yang bermain gitar sambil bernyanyi di KL Sentral tu, korang pernah dengar dia nyanyi tak? awesome kan? betul ni, tak percaya? jadi, masih nak membuang masa membaca? terpulanglah, keputusan di tangan kalian.

kadang2, fatimahdin pun tak tahu fatimahdin ni bagaimana orangnya, nak huraikan pun susah. introvert pun bukan, sebab kadang2, bila dapat topik yang best, confirm ber-jam2 fatimahdin boleh lepak berborak. nak cakap feminin pun tak juga, pernah la dulu dengan slumber dan sempoinya, fatimahdin keluar tuk berjumpa dengan seorang lelaki, lepas tu, balik bilik menyesal gila! nak tahu tak kenapa? sebab, fatimahdin keluar dengan memakai baju kurung. katanya, macam budak kampung je berbaju kurung. hello, fatimahdin bangga ye di tubuh di tersarungnya baju kurung. kalaulah fatimahdin berjubah, entah apalah yang akan dikatakannya kepada fatimahdin ni. ye, fatimahdin merupakan seorang budak yang tak up to date pasal fesyen ye. fatimahdin menjadi diri sendiri. untuk pengetahuan semua, ke mana sahaja fatimahdin pergi, fatimahdin akan memakai baju kurung. fatimahdin selesa berbaju kurung. tapi, aktiviti2 yang lasak memang tak lah fatimahdin akan memakai baju kurung. jadi, mana2 yang terasa nak hangout dengan fatimahdin, baik lelaki atau perempuan, fatimahdin tetap akan keluar berbaju kurung. ke mana pergi pun, tak ada colour2 di muka ni, because i am a natural beauty person. haha. alim? lagilah jauh panggang dari api, sebab semua orang adalah sinner, fatimahdin tak terkecuali. terpelajar juga bukan sebab kalau fatimahdin dah pandai tak adalah fatimahdin masih ter-kulat2 lagi belajar di universiti dan pekerjaan fatimahdin juga taklah seberapa. gaji pun tak adalah banyak mana. bukanlah dalam satu kadar nilai yang besar.

fatimahdin tak adalah rare sangat pun, hipster pun bukan, hanyalah seorang budak perempuan yang suka berbaju kurung. agaknya, kalau lalu sebelah korang pun confirm takkan perasan sebab selalunya fatimahdin memang berjalan tunduk memandang ke bawah.  tapi, fatimahdin ada seorang Abah yang awesome, kawan rakan sahabat yang suka tampar fatimahdin jatuh balik ke bumi kalau dah terbang sesat hingga ke langit, dan mempunyai beberapa ekor kucing public di belakang rumah. fatimahdin tak seperti kalian yang membela kucing yang menjaga makan minum mandi dan sebagainya, fatiamhdin hanya memberikan makanan kepada kucing2 yang terbuang yang ada di belakang rumah fatimahdin. bila nak bagi makan pada kucing2 ni, fatimahdin hanya memanggil kucing2 ini dengan mengetok papan pemotong dengan pisau. macam cara lumba lari melihat kucing2 ini berlari untuk diberikan makanan. so, fatimahdin ni boleh dikira sebagai half awesome la kot? haha. fatimahdin ni jenis kalau stress, diam sahaja, kena pijak kepala pun fatimahdin diamkan sahaja , malas nak cakap, pendam hingga hati fatimahdin mati sampailah sekarang. selalu juga fatimahdin menjadi mangsa friendzone, benci betul tapi nak buat macam mana, fatimahdin pun bukan jenis yang suka berjuang. kalau benda tu nak terbang, lepaskan sahaja, itu prinsip fatimahdin. macam tu lah juga pandangan fatimahdin kalau bab2 relationship ni.

'kalau dia nak pergi, biarkan dia pergi. kenapa perlu kejar manusia yang berlari jauh sedangkan mungkin ada yang wujud di sisi?'

aduh, keluar ayat baget pujangga la pulak.

fatiamhdin bukanlah seorang budak yang feminin, tapi mungkin pengalaman yang lepas ajar fatimahdin cara untuk bangun dan bangkit tanpa lelaki tapi, i need you Abah, ajarkan dan refresh-kan saya balik subjek Land Law. walaupun paper Land Law 1 saya gred B dan Land Law 2 B+, masih banyak lagi ilmu yang perlu di timba dari Abah. terasa macam nak tukar otak dengan Abah. kalaulak fatimahdin dapat otak Abah, sure geligakan bab2 hartanah ni. maafkan fatiamhdin wahai Abahku, kerana anakmu ini telah menghampakanmu dengan keputusan yang tidak memberangsangkan bagi subjek Land Law ini. tapi, jangan risau, 3hb mac 2015, keputusan SPM akan diumumkan and all the best to you my debab! fatimahdin yakin, debab akan mengambil jurusan undnag2 juga dan fatimahdin akan menyuruh debab menebus keputusan fatimahdin bagi subjek Land Law. Abah memang awesome sebab mempunyai tiga anak perempuan yang terlalu menyayanginya. berbalik kepada ayat yang first bagi perenggan ini, fatimahdin bukanlah cakap perempuan boleh survive tanpa guys tapi, entahlah. fatimahdin tak rasa kita perlu desperate dalam mengejar cinta. bila umur dah meningkat tua, fatimahdin belajar yang cinta itu akan datang mencari kita sendiri, dan perlukan usaha, bukan paksaan. itu definasi cinta fatimahdin, sebab tu, fatimahdin tak ambil port sangat ungkapan cinta ,'demi kau kekasihku, laut berapi pun sanggup direnangi.' kepala otak kau, yang memandai nak berenang laut ada api tu dah kenapa? konon ala2 Bruno Mars nak sambut Grenade? good luck with that!

anyway, bagi fatimahdin cinta itu bukan bersifat destructive, tapi fatimahdin pun tahu kadang2 cinta ni ber-segi2, tak ada salah dan benar. bagi fatimahdin, masing2 confirm ada pandangan tersendiri. tidak mengapa, cinta itu subjektif, asal hati bahagia, apa salahnyakan?

chop! : sesiapa yang menjual baju kurung baik di facebook atau instagram atau yang menerima tempahan menjahit baju kurung, sila maklumkan pada saya di ruangan komen ini.







No comments:

Post a Comment