Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Saturday, February 28, 2015

bencinta

assalammualaikum..

bercinta.

cinta.
perhubungan antara dua insan bernyawa. kasih sayang. kecewa. ditinggalkan. penyailang dan disailang. mungkir janji.
ya, itu semua scene yang pernah berlaku depan mata selama dalam kehidupan fatimahdin ini. dan, ada juga yang menjadi lipatan sejarah dalam hidup sendiri. dan, perkara yang melibatkan hati, rabak, ditikam, ditindas, penipuan. itu semua adalah satu pembunuhan secara halus. yang mana membunuh perasaan hati sedikit demi sedikit. dan, mungkin juga ada yang mati hanya kerana hati. tak mustahil. pernah terjadi dan ada yang juga pernah terfikirkan untuk itu. betapa hati itu kadang2 punya kuasa lebih besar dari akal fikiran yang waras.

ada orang ber-mati2-an tidak membenarkan diri hidup tanpa cinta. ada yang serik menghidupkan cinta dalam hati. ada orang yang dalam ketakutan sama ada untuk menyubur cinta semula atau tidak. pelbagai ragam, pelbagai hati. tiada agensi match maker dalam dunia yang boleh memadankan setiap satu hati yang bernyawa. usaha kita sendiri. cara penyelesaian kita sendiri. tindakan kita sendiri. yang ada hanya pandangan, pendapat, dan nasihat dari orang2 di sekeliling kita. dan itulah harapan fatimahdin di sini. menjadi penasihat cinta. penasihat sahaja ya tapi bukan sebagai doktor cinta. peneraju untuk sentiasa membenarkan cinta sentiasa hidup. sentiasa ada dalam diri kamu!

bila berkata untuk menjadi penasihat cinta, maaf jika fatimahdin katakan di sini yang fatimahdin agak kejam dalam mempersoalkan tentang cinta. fatiamhdin tidak selalu memandang cinta yang sudah terlalu cliche dalam kehidupan seharian. fatimahdin lebih sukakan cinta yang mencabar. cinta yang sebenarnya ada di sekeliling kamu, mungkin disedari tetapi tidak di endahkan. cinta bukan tentang sepasang hati sahaja, mungkin ada tiga hati, empat atau lima. dan percayalah, itu yang sering berlaku sekarang.

okey-lah, rasanya tak manis untuk me-nakut2-kan kalian semua. bagi masing2 warm dulu. bagi semua senyum2 ceria, bagi semua fly tinggi dengan hati ber-bunga2 mengenai cinta kalian yang tersendiri. seronok bercerita erti cinta. cerita tentang fairy tale!

chop! : apa gunanya hidup di dunia jika kau hanya duduk di tepi sebagai penonton. kenapa tidak kau beraksi di situ, sebagai hero atau heroin cinta. adakah datang satu kerugian? mari sertai fatimahdin.

No comments:

Post a Comment