Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Saturday, February 28, 2015

yang mana satu?

assalammualaikum.

' kalian rasa, apa yang paling penting dalam hubungan?'

diam. fikir. dapat jawapan.
boleh jadi kau setuju, boleh jadi tak. terpulang.

bagi fatimahdin, benda paling penting dalam perhubungan adalah kepercayaan. kenapa fatimahdin cakap macam tu? sebab dari kepercayaan itu , datangnya kesetiaan. percaya dan setia itu sangat berkait rapat antara satu sama lain. kalau ikut istilah ekonomi, percaya dan setia ini macam barang pelengkap. kalau tidak ada salah satu, satu lagi itu macam tiada makna. lebih kurang begitulah.

' dalam hubungan ini, kita macam main layang2 dengan pasangan kita. kena pandai tarik dan lepas. jikalau kalian mahu layang2 kalian kekal terbang , kalian kena tahu bila masa kalian nak lepas dan bila masa kalian nak tarik. kalau tak, jatuh tersembamlah layang2 kalian.'

kalian faham tak statement di atas tu?

orang selalu duk gebang, bebas itu milik individu. macam itu juga dengan pasangan kalian. kalian kena bagi dia ruang untuk dirinya juga. bukan setiap masa kena ikut arahan dan permintaan kalian yang kadang2 tu tak masuk dek akal. dari celik mata sampai tutup mata semua nak kena cerita, semua nak kena report. kalau boyfriend kalian suka lepak dengan member, futsal, snooker dengan kawan2 lelaki dia, biarkan. kalau girlfriend kalian kadang2 nak girls day out, shopping, movie and so on, biarkan. tapi, jika pasangan kalian masing2 mahu bertemu dengan ex, its up to you, fikir se-elok2nya.

bila fatimahdin katakan biarkan, tak bermakna fatimahdin suruh kalian biarkan terus sampai tak endah dia keluar dengan siapa, ke mana, buat apa. bukan! karang, lain yang jadi, kalian juga yang susah. kalian masih perlu ambil tahu semua itu. cumanya, bagi dia kebebasan untuk dia buat apa yang dia nak, apa yang dia suka. bukannya, ini tak boleh, itu tak boleh.

kalian lepaskan dia bila dia nak get some fun dengan kawan2 dia. as long as, dia bagitahu kalian ke mana dia nak pergi dan dengan siapa itu pun dah kira cukup. tak perlu lebih sampai soal siasat macam pegawai polis menyoal tahanan. lepas itu, tak payah la call dia, tanya bila dia nak balik. kalian ingat, dia anak kalian ke apa? jikalau adanya seseorang yang membuat kalian sebegitu, confirm kalian pun akan rasa rimas.  kalau lelaki tu, sah2 dah kena bahan dengan member sebab takutkan awek. tak pasal2, tercalar juga la maruah.

dan, kalian kena tarik dia balik bila kalian tengok dia terlalu leka dengan benda sekeliling. boleh jadi, dia asyik keluar dengan kawan2nya sampai tiada masa untuk kalian. atau, dalam satu situasi dia lebih memilih untuk keluar bersama kawan2nya daripada ber-dating dengan kamu. sadis tak? di situlah, kalian kena mainkan peranan kalian. dan, kalian juga kena tahu macam mana cara nak balik. bukan main redah je. salah cara nak tarik, rosak layang2 kalian.

dalam sedar atau tidak, bila kalian lepaskan dia untuk keluar bersama orang lain, di situlah terletaknya kepercayaan kalian pada dirinya. dan, itulah masanya nak uji tahap kepercayaan kalian dan kesetiaan dia.

' jauh mana dia pergi, tinggi mana kalian lepaskan dia, kalau dia tahu siapa dirinya dengan kalian, dia tetap akan setia dengan kalian. tapi, kalau macam mana kalian ikat dan kawal dia sekalipun, kalau dia tidak tahu mana letak duduknya dia dengan kalian, dia tetap akan curang dan cari yang lain.'

bagi fatimahdin, jikalau fatimahdin memiliki seorang boyfriend, fatimahdin tak suka nak control boyfriend fatimahdin , fatimahdin akan ikut cara yang fatimahdin suka. sebab, bagi fatimahdin, jika betul dia matang dan sayangkan fatimahdin, tak payah fatimahdin asyik nak jaga langkah kaki dia.dia sepatutnya tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh dengan status dia. kalau dia dah pandai nak bercinta, sepatutnya dia dah tahu tanggungjawab dan komitmen yang sepatutnya dia beri untuk fatimahdin. sebab macam mana sekalipun fatimahdin jaga gerak geri dia, ingatkan dia itu dan ini, kalau dia tak tahu siapa fatimahdin dengan dia pun tak guna juga.

eh, kejap2, kalian tahu tak, kadang2, orang yang kita biar dia lepas itu lagi tahu jaga diri dan status dia dari orang yang kalian control bagai nak mati. serius. sebab kadang2, lagi ketat kalian ikat dia, lagi pandai dia 'makan luar'.

memang, tidak mudah mahu mempercayai pasangan sendiri bila dia dengan orang lain. lagi2 jikalau dia mempunyai ramai kenalan yang berlainan jantina dengannya. kalau tersangkut pula dengan orang laun, padah juga jadinya. tapi, kalian kena percaya pada pasangan kalian masing2. dan, kalian pun kena cuba matang. sampai bila kalian mahu control dia. sampai satu masa, kalian akan rasa penat untuk control dia.

bila kalian biarkan dia buat apa yang dia suka, pergi mana dia nak pergi,itu bukan bermaksud kalian tidak mengendahkan dia. tapi, kalian bagi dia ruang untuk bernafas dan berseronok tanpa kalian. bagi fatimahdin, itu tak salah. kalian sendiri pun boleh dapat ruangkan masa untuk diri kalian sendiri. macam mana sekalipun, kalian perlukan masa untuk diri kalian sendiri. kalian kena tahu yang itu.

bila kalian mahu memberikan kepercayaan itu, biar kena dengan masanya. bukan main bagi tak tentu hala. dan, untuk pihak yang dah diberi kepercayaan itu, jangan pula mengambil kesempatan. secara timbal balik, kalian setia dengan dia. tak susah pun. tak susahlah kalau kalian tak gatal. kalau kalian gatal, memang susahlah ceritanya.

percayakan pasangan itu penting sebab, jikalau tiada kepercayaan hubungan kalian itu tidak akan ke mana.kawal pasangan itu boleh tapi, biarlah kena pada caranya. lepaskan pasangan itu perlu bila ada masanya. dan, setia itu tertakhluk atas pilihan kalian semua.  

bitchology

assalammualaikum.

selesai solat maghrib.
senyum comel, kenyit mata.

fatiamahdin mempunya sepasang mata yang besar, dan mempunyai gigi rabbit. wakaka, gigi fatimahdin memang gigi rabbit pun, bakal dipasangkan dengan braces dan akan dikenali dengan panggilan gigi besi. sebenarnya, ada seorang peguam ni, memanggil fatimahdin dengan panggilan rabbit. as what i can see, dengan mata kasar fatimahdin la, he's a good boss! one day, fatimahdin harap, fatimahdin dapat join law firm sama peguam ni :)

sebenarnya, fatimahdin jenis yang cakap lepas ke? ok, let me tell you, fatimahdin tak cakap lepas tapi fatimahdin ni merupakan seorang yang terlalu jujur. teringat pada satu al-kisah di dalam sebuah bilik, di mana, a lady ask me about another lady and you all know what did i answer of her question,
' ala, mukanya yang banyak panau tu'
and the lady that ask me that question just smile at me dan fatimahdin pun minta maaflah atas kejujuran itu. kawan fatimahdin yang berdiri sebelah fatimahdin pun tercengang dan kami sama2 ketawa. wakaka.

ok, next topik, definasi perasaan pada kefahaman fatimahdin, satu rasa seronok yang senang ber-ubah2. esok, fatiamhdin nak kahwin dengan awak, lusa nak kahwin dengan kamu, tulat fatimahdin nak kahwin dengan kau, tahun depan tengoklah macam mana. hoi fatiamhdin, awak tu perempuan, mana ada quota sampai empat, lelaki sahaja yang boleh. credit to salleh yaacob! hehe.
no matter what you feel today, ia takkan menentukan yang kau akan rasa benda yang sama esok. so, jangan bunag masa. frankly i tell you, tak payah jenuh2 dekat someone.

hidup ini, bukannya pasal the passing of years, remembering the memories atau the luck of survival. tapi, hidup ini sebenarnya satu value dalam mencari kebebasan hidup, menghadapi muka2 meloyakan dan keberanian dalam berjalan di hadapan muka2 setan. poker face!

just fall in love and break it up. if it doesn't belong to you, fuck off and let it go. don't waste any tears. hidup ini terlalu pendek dan kalau kita tak reti menghargai and keep on regretting. live your life to the fullest. mungkin kita perlu berhenti untuk fix on something broken. we should starting over and creating something better.

bila dah rabak, of course la sakit, perit, rasa macam nak meneran, nak terkam and so on what you feel. it eats you in and out, then leaves you crying in the darkness. it's not just hurt, it is soul hurt. it feels like something gets inside you and rips you apart. dah la rabak, kena koyak lagi. gila sakit babe! but then, enough. start it all over again. being in love is like a never-ended cycle, easy word endless. kalau terlepas yang ini, tak mengapa, berlambak lagi yang lain.

pesan fatimahdin, hiduplah dengan harapan. tipulah jikalau kalian kata hidup tanpa ada harapan. harapan is part of you impian. your dreams. harapan nak jadi cantik, harapan nak kahwin dengan laki yang duit kepok2, bawa kereta ferrari, rumah banglo kima tingkat or the skema-tic person, maybe nak berjaya dan the list go on. harapan itu penguat semangat ye kalian.

fatimahdin tak tahu nak membebel apa lagi, sebelum semuanya ke laut, baik fatimahdin stop dulu mengetip jari jemari kaku di papan kekunci ini. perut fatimahdin sudah berentak rap, menandakan yang fatimahdin lapar. dinner dulu you all. nanti fatimahdin update lagi.




appreciate

assalammualaikum.

i am she and i am in love.

cinta, merupakan satu tajuk yang besar.
cinta pada siapa?
pencipta, rasul-nya, agama,  abah, mak, adik-beradik, sanak saudara, teman taulan, haiwan peliharaan, alam sekitar, benda2 yang kita sayangi dan the list go on.

bagi fatimahdin, cinta perlu dihargai. untuk semua yang ada dalam hati kalian, kalian kena appreciate dan perlu cinta seikhlas hati. bila dah ada dalam hati, maksudnya, dah jadi sebahagian dari hidup kalian. appreciate, sebab bila cinta hati kalian tu hilang sakit dekat kalian tu takkan ada ubatnya. fatimahdin tahu la rasanya sebab, fatimahdin dapat melihat linangan air mata kalian, menangisi saat orang yang kalian sayangi itu pergi meninggalkan kalian. akan terbit rasa rindu, jiwa kosong, atau mungkin rasa macam nak mati.

cinta kena ikhlas. buat kopi setiap pagi untuk orang yang kalian sayangi itu, janganlah merungut. cium mak kalian setiap hari, jangan segan. pandanglah muka abah kalian dengan penuh kasih sayang. bersihkan sangkar kucing pun jangan membebel. call girlfriend  kalian bila jauh, jangan nak berkira sangat. sebab, bila orang yang kalian sayangi ini tidak ada, baru kalian menyesal dan rasa rindu. bila Note II warna pink kalian jatuh dan retak seribu dan pecah, baru nak nangis. bila boyfriend kalian pergi holiday jauh2 atau menghadiri kursus yang jauh, baru rasa nak berkepit. appreciate masa sebab nanti bila dah hilang takkan ada yang boleh ganti. takkan! kalau kalian kata ada galang gantinya, mungkin berbeza.

fatimahdin tulis based on pengalaman dan untuk peringatan dekat diri sendiri juga. fatimahdin, bukan seorang budak perempuan yang tipikal. fatimahdin merupakan seorang budak yang kurus kering.


bencinta

assalammualaikum..

bercinta.

cinta.
perhubungan antara dua insan bernyawa. kasih sayang. kecewa. ditinggalkan. penyailang dan disailang. mungkir janji.
ya, itu semua scene yang pernah berlaku depan mata selama dalam kehidupan fatimahdin ini. dan, ada juga yang menjadi lipatan sejarah dalam hidup sendiri. dan, perkara yang melibatkan hati, rabak, ditikam, ditindas, penipuan. itu semua adalah satu pembunuhan secara halus. yang mana membunuh perasaan hati sedikit demi sedikit. dan, mungkin juga ada yang mati hanya kerana hati. tak mustahil. pernah terjadi dan ada yang juga pernah terfikirkan untuk itu. betapa hati itu kadang2 punya kuasa lebih besar dari akal fikiran yang waras.

ada orang ber-mati2-an tidak membenarkan diri hidup tanpa cinta. ada yang serik menghidupkan cinta dalam hati. ada orang yang dalam ketakutan sama ada untuk menyubur cinta semula atau tidak. pelbagai ragam, pelbagai hati. tiada agensi match maker dalam dunia yang boleh memadankan setiap satu hati yang bernyawa. usaha kita sendiri. cara penyelesaian kita sendiri. tindakan kita sendiri. yang ada hanya pandangan, pendapat, dan nasihat dari orang2 di sekeliling kita. dan itulah harapan fatimahdin di sini. menjadi penasihat cinta. penasihat sahaja ya tapi bukan sebagai doktor cinta. peneraju untuk sentiasa membenarkan cinta sentiasa hidup. sentiasa ada dalam diri kamu!

bila berkata untuk menjadi penasihat cinta, maaf jika fatimahdin katakan di sini yang fatimahdin agak kejam dalam mempersoalkan tentang cinta. fatiamhdin tidak selalu memandang cinta yang sudah terlalu cliche dalam kehidupan seharian. fatimahdin lebih sukakan cinta yang mencabar. cinta yang sebenarnya ada di sekeliling kamu, mungkin disedari tetapi tidak di endahkan. cinta bukan tentang sepasang hati sahaja, mungkin ada tiga hati, empat atau lima. dan percayalah, itu yang sering berlaku sekarang.

okey-lah, rasanya tak manis untuk me-nakut2-kan kalian semua. bagi masing2 warm dulu. bagi semua senyum2 ceria, bagi semua fly tinggi dengan hati ber-bunga2 mengenai cinta kalian yang tersendiri. seronok bercerita erti cinta. cerita tentang fairy tale!

chop! : apa gunanya hidup di dunia jika kau hanya duduk di tepi sebagai penonton. kenapa tidak kau beraksi di situ, sebagai hero atau heroin cinta. adakah datang satu kerugian? mari sertai fatimahdin.

Thursday, February 26, 2015

keranamu, sepasang baju kurung

assalammualaikum.

hi.

terus terang fatimahdin nak bagitahu, sebelum masa kalian terbuang bacapatah demi patah yang fatimahdin tulis, rasanya, perlu kalian tahu sesuatu. fatimahdin bukan special pun. lagi hebat si pengemis yang ada di jalanan, pakaian koyak rabak dan busuk pun lagi hebat dari fatimahdin. kenapa? hebatlah sebab dia duduk tepi jalan pun dapat duit hari2. lagi hebat, pak cik yang bermain gitar sambil bernyanyi di KL Sentral tu, korang pernah dengar dia nyanyi tak? awesome kan? betul ni, tak percaya? jadi, masih nak membuang masa membaca? terpulanglah, keputusan di tangan kalian.

kadang2, fatimahdin pun tak tahu fatimahdin ni bagaimana orangnya, nak huraikan pun susah. introvert pun bukan, sebab kadang2, bila dapat topik yang best, confirm ber-jam2 fatimahdin boleh lepak berborak. nak cakap feminin pun tak juga, pernah la dulu dengan slumber dan sempoinya, fatimahdin keluar tuk berjumpa dengan seorang lelaki, lepas tu, balik bilik menyesal gila! nak tahu tak kenapa? sebab, fatimahdin keluar dengan memakai baju kurung. katanya, macam budak kampung je berbaju kurung. hello, fatimahdin bangga ye di tubuh di tersarungnya baju kurung. kalaulah fatimahdin berjubah, entah apalah yang akan dikatakannya kepada fatimahdin ni. ye, fatimahdin merupakan seorang budak yang tak up to date pasal fesyen ye. fatimahdin menjadi diri sendiri. untuk pengetahuan semua, ke mana sahaja fatimahdin pergi, fatimahdin akan memakai baju kurung. fatimahdin selesa berbaju kurung. tapi, aktiviti2 yang lasak memang tak lah fatimahdin akan memakai baju kurung. jadi, mana2 yang terasa nak hangout dengan fatimahdin, baik lelaki atau perempuan, fatimahdin tetap akan keluar berbaju kurung. ke mana pergi pun, tak ada colour2 di muka ni, because i am a natural beauty person. haha. alim? lagilah jauh panggang dari api, sebab semua orang adalah sinner, fatimahdin tak terkecuali. terpelajar juga bukan sebab kalau fatimahdin dah pandai tak adalah fatimahdin masih ter-kulat2 lagi belajar di universiti dan pekerjaan fatimahdin juga taklah seberapa. gaji pun tak adalah banyak mana. bukanlah dalam satu kadar nilai yang besar.

fatimahdin tak adalah rare sangat pun, hipster pun bukan, hanyalah seorang budak perempuan yang suka berbaju kurung. agaknya, kalau lalu sebelah korang pun confirm takkan perasan sebab selalunya fatimahdin memang berjalan tunduk memandang ke bawah.  tapi, fatimahdin ada seorang Abah yang awesome, kawan rakan sahabat yang suka tampar fatimahdin jatuh balik ke bumi kalau dah terbang sesat hingga ke langit, dan mempunyai beberapa ekor kucing public di belakang rumah. fatimahdin tak seperti kalian yang membela kucing yang menjaga makan minum mandi dan sebagainya, fatiamhdin hanya memberikan makanan kepada kucing2 yang terbuang yang ada di belakang rumah fatimahdin. bila nak bagi makan pada kucing2 ni, fatimahdin hanya memanggil kucing2 ini dengan mengetok papan pemotong dengan pisau. macam cara lumba lari melihat kucing2 ini berlari untuk diberikan makanan. so, fatimahdin ni boleh dikira sebagai half awesome la kot? haha. fatimahdin ni jenis kalau stress, diam sahaja, kena pijak kepala pun fatimahdin diamkan sahaja , malas nak cakap, pendam hingga hati fatimahdin mati sampailah sekarang. selalu juga fatimahdin menjadi mangsa friendzone, benci betul tapi nak buat macam mana, fatimahdin pun bukan jenis yang suka berjuang. kalau benda tu nak terbang, lepaskan sahaja, itu prinsip fatimahdin. macam tu lah juga pandangan fatimahdin kalau bab2 relationship ni.

'kalau dia nak pergi, biarkan dia pergi. kenapa perlu kejar manusia yang berlari jauh sedangkan mungkin ada yang wujud di sisi?'

aduh, keluar ayat baget pujangga la pulak.

fatiamhdin bukanlah seorang budak yang feminin, tapi mungkin pengalaman yang lepas ajar fatimahdin cara untuk bangun dan bangkit tanpa lelaki tapi, i need you Abah, ajarkan dan refresh-kan saya balik subjek Land Law. walaupun paper Land Law 1 saya gred B dan Land Law 2 B+, masih banyak lagi ilmu yang perlu di timba dari Abah. terasa macam nak tukar otak dengan Abah. kalaulak fatimahdin dapat otak Abah, sure geligakan bab2 hartanah ni. maafkan fatiamhdin wahai Abahku, kerana anakmu ini telah menghampakanmu dengan keputusan yang tidak memberangsangkan bagi subjek Land Law ini. tapi, jangan risau, 3hb mac 2015, keputusan SPM akan diumumkan and all the best to you my debab! fatimahdin yakin, debab akan mengambil jurusan undnag2 juga dan fatimahdin akan menyuruh debab menebus keputusan fatimahdin bagi subjek Land Law. Abah memang awesome sebab mempunyai tiga anak perempuan yang terlalu menyayanginya. berbalik kepada ayat yang first bagi perenggan ini, fatimahdin bukanlah cakap perempuan boleh survive tanpa guys tapi, entahlah. fatimahdin tak rasa kita perlu desperate dalam mengejar cinta. bila umur dah meningkat tua, fatimahdin belajar yang cinta itu akan datang mencari kita sendiri, dan perlukan usaha, bukan paksaan. itu definasi cinta fatimahdin, sebab tu, fatimahdin tak ambil port sangat ungkapan cinta ,'demi kau kekasihku, laut berapi pun sanggup direnangi.' kepala otak kau, yang memandai nak berenang laut ada api tu dah kenapa? konon ala2 Bruno Mars nak sambut Grenade? good luck with that!

anyway, bagi fatimahdin cinta itu bukan bersifat destructive, tapi fatimahdin pun tahu kadang2 cinta ni ber-segi2, tak ada salah dan benar. bagi fatimahdin, masing2 confirm ada pandangan tersendiri. tidak mengapa, cinta itu subjektif, asal hati bahagia, apa salahnyakan?

chop! : sesiapa yang menjual baju kurung baik di facebook atau instagram atau yang menerima tempahan menjahit baju kurung, sila maklumkan pada saya di ruangan komen ini.







Wednesday, February 25, 2015

forever alone and forever single

assalammualaikum..

exhale. inhale. fuh! berdebar gila masa nak menulis ni.

ada orang request suruh saya tulis pasal cinta dan perhubungan tapi macam mana nak mula ye? like serius, fatimahdin memang tak tahu tapi kalian baca ajelah apa yang nak diluahkan ni.

*realiti kehidupan*
(dialog yang kedengaran)

'like omg, you know, last week, my boyfriend... blablablablabla..'
'hari tu, ex aku tiba2 kacau aku.. blablablablabla..'
'boyfriend kita plan surprise birthday party.. blablablablabla..'

hey hey hey you all semua, fatimahdin pun nak cerita kencang la macam tu. ini realiti kehidupan fatimahdin yang tak tahu pilu ke sedih ke bahagia ke sebab banyak status di Facebook menyatakan bahawa single itu happy maka, wajiblah fatimahdib mohon share. tapi, yang paling bestnya, dan yang paling akan buat korang rasa jawdrop juga, satu geng di universiti (tipulah nak dikatakan satu geng tapi mungkin dalam 65% from the gang) pun sama.

happy lagi bahagia tau sebab tak pernah rasa insecure, omg, fatimahdin tiada boyfriend-lah siapa nak jadi boyfriend fatimahdin lalu, post status di facebook tapi, tu kat universiti tu jelah. masa dalam geng forever alone and single ni, dunia ni, macam kitaorang yang punya, gosip tak ingat dunia, shopping tak ingat dunia, makan tak ingat dunia, gelak lagilah tak ingat dunia. bila gelak tum hantu kak limah pun takut nak join! pendek katalahkan, kitaorang ni diibaratkan heroin2 dalam chick flick yang tiada heronya.

bila keluar tanpa geng, macam kena pelempang ber-das2. wow, ramainya couple2 dalam malaysia ni! fatimahdin ni forever alone and forever single! masa tu, tiba2 hati rasa ketat dan sesak. nak juga orang belanja makan itu makan ini, lepak kat cafe, sembang2, you tenung mata i, i tenung mata you, biarkan mata ber-bicara. mak ai, awat lagu ni ayat fatimahdin? ingat ini drama korea ke fatimahdin oiii...?? selain daripada itu, nak juga orang belanja tengok wayang, belikan handbag, minyak wangi, kasut tumit tinggi dan lain2. gila demand fatimahdin! sometimes je la duk fikir macam ni. err, nampak tak niat salah fatimahdin di situ, sebab tu lah fatimahdin forever alone and single.

serius, otak tengah kering kontang tak ada idea nak tulis. selsema dan pening kepala. nak tidur awal malam ni. apa2 pun, di post yang akan datang fatimahdin akan share-kan pengalaman fatimahdin sebagai seorang budak yang forever alone and forever single dan masalah2 yang dihadapi, sebagai contoh, cara menyimpan duit untuk membeli kasut dan bagaimana untuk mendapat pencerahan di butik H&M, Forever 21 dan lain2 serta tips2 menjadi seorang yang forever alone and forever single ini.

chop! : fatimahdin bukan dalam kalangan yang bertudung labuh cuma identiti fatimahdin ialah suka berbaju kurung ke mana sahaja, baju kurung juga yang akan disarungkan ke tubuh ini.  

Tuesday, February 24, 2015

cinta

assalammualaikum..

hai! hihi..

actually, sekarang ni, situasi fatimahdin tengah rabak. tersangkut dalam konflik dan masalah. al maklumlah, duniawi. bukan semua benda yang kita nak kita akan dapat, pasti akan ada halangan, dugaan dan cubaan. tapi itulah, mungkin Allah dah tentukan sesuatu yang lebih baik untuk fatimahdin pada masa yang akan datang, jadi, mungkin ini sebabnya fatimahdin rasa sakit sekarang. walau apa pun masalah yang dihadapi, pasti akan ada penyelesaiannya. jangan ingat fatimahdin tengah rabak pasal soal cinta, banyak lagi masalah lain yang fatimahdin ada sebenarnya.

tadi, fatimahdin ada bertanyakan kepada rakan2 fatimahdin apa yang mereka faham mengenai cinta. fatiamhdin bertanyakan kepada mereka yang bujang dan yang juga sudah berkahwin, ke-dua2 jantina lelaki dan perempuan fatimahdin bertanya. jadi, bila dah bertanya, pastilah ada jawapannya dan pelbagai jawapan yang fatimahdin terima.

jadi, pandangan fatimahdin pasal cinta? well, love is not about me and you. it's about us! cinta tak berguna kalau sebelah pihak sahaja yang be-ria2 nak jaga hubungan. tak guna jika ada me sahaja tapi, tiada you. tak guna juga jika ada me and you tapi, tiada us. cinta memerlukan komitmen kedua belah pihak. kalau tak nak ada komitmen dan cuma mahu touch and go, kau boleh pergi bercinta dengan panda yang baru bawa dari china tu.

chop! : a true relationship is not about me and you. it's about us. all about us. it's called LOVE! 

Monday, February 23, 2015

relationship

assalammualaikum..

haaiii... (lelambaikan tangan kat korang)

memandangkan ini ialah entry pertama fatimahdin pada tahun ini, setelah lama tak mengetip jari jemari kaku di papan kekunci laptop ini, makanya, dengan ini, fatimahdin memilih untuk menulis entry yang santai dan ringan. disebabkan fatimahdin teramatlah blur, blank dan tak ada idea, sebagai permulaan, fatimahdin menyahut seruan dan saranan daripada seseorang untuk fatimahdin memberikan ruang dan pandangan tentang relationship atau hubungan dalam bahasa melayunya manakala dalam bahasa ringkasannya, relay. terima kasihlah untuk idea itu. fatimahdin cuba ye walaupun fatimahdin tidaklah begitu arif dengan relationship!

sebelum fatimahdin jauh melalut, fatimahdin nak tekankan, ini adalah hasil pertama nukilan fatimahdin pada tahun ini setelah sekian lama fatimahdin tak menulis atau mengetip jari di papan kekunci laptop ini bagi menulis blog, jadi fatimahdin mengharapkan kalian semua tidak begitu excited untuk mengharapkan apa2 yang terlebih advance. fatimahdin mungkin boleh di klasifikasikan sebagai seorang budak yang baru belajar, seperti seperti seorang budak sekolah yang baru masuk sekolah darjah satu. kalau suruh pegang pensil pun mungkin ter-gigil2, tulisan pun umpama cacing kerawit. nak disuruh mengeja, mungkin bunyinya lain daripada yang lain.

setelah sekian lama tak menulis ni, apa kata fatimahdin recall balik ingatan kalian semua dengan sesi perkenalan siapakah fatimahdin ini, al-maklumlah, dah lama tak menuliskan. rasanya, bila kalian semua tengok nama ni pun, kalian boleh agak yang fatimahdin ni seorang budak perempuan. kalau ada di antara kalian yang menyatakan fatimahdin ni merupakan seorang budak lelaki, mungkin kalian ada gangguan pada saraf otak, tak pun, kalian terkena buatan orang. umur pulak, tak perlulah fatimahdin mention di sini, cukuplah kalian tahu bahawa umur fatimahdin ini dah kira lepaslah umur nak masuk ke dalam mana2 pub, club dan seangkatan dengannya, cuma, kalau tak lepas pun, mereka mempunyai keraguan dengan ketinggian fatimahdin ini kerana fatimahdin merupakan seorang insan ciptaan tuhan yang ketot, kecil, comel dan seangkatan dengannya. walaupun umur fatimahdin melepasi untuk masuk ke dalam pub dan club, namun, fatimahdin tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat2 tersebut kerana fatimahdin merupakan seorang insan yang tak ambil pusing pasal hal duniawi.

bebel dah ber-jela2.. nak bagi pandangan apa ni?

kalau nak diikutkan, fatimahdin memang tak layak lagilah nak ber-kata2 atau mengomel mengenai hal perasaan dan jiwa ini. maklumlah tak cukup umur nak cakap2 pasal hal ini. lagi2, kalau nak bagi nasihatlah. mungkin kalau rasa nak ikut nasihat ini, ikutlah, tapi kalau rasa tak perlu, jangan di ikut ye! hakikat itu, kadang2 menyakitkan. tapi pergi arwahlah korang nak cakap apa pun.
bak kata seseorang ini,
' kau ingat semua yang jual burger tu suka makan burger ke?'

ada lagi sambungan ayat yang seterusnya, tapi dah lupalah. maaf. tak semestinya, dalam hidup, bila kita asyik failed dalam relationship, kita tak boleh cakap pasal cinta, kasih sayang dan lain2. damn you! erk...

cinta ni, mang best lah bak hang. dia boleh kasi hang terbang melayang nun setinggi langit sampai kau lupa ada tanah kat bawah. orang kata, kalau tengok cerita sedih sampai basah bantal meleleh air mata pun kau boleh steady senyum. tu dia punya syok! tapi, kau jangan lupa, cinta ini juga boleh humban kau ke tanah sampai hang tak boleh berdiri. silap hari bulan, terbenam jauh ke dalam, kepala pun tak nampak. sakit dia, tak boleh nak cerita, hang kena rasa sendirilah. dia punya berkabung tu bawah sikit je dari kematian. serius korang, fatimahdin tak tipu walaupun hanya sekadar mendengar luahan rakan2.

makanya, dengan ini, bila dalam mood duk tersengih sebab penangan asmara, penangan cintan cintun kalian tu, janganlah sampai lupa diri. macam orang kiri kanan tak wujud. asyik nampak dia je. melampau! macam dunia ni takkan berakhir. tak fikir langsung kemungkinan yang akan datang. dan, bila kau dah jatuh terduduk dek cinta pun jangan rabak sangat. macam tak ada hari esok. come on lah, dunia belum berakhir. kalau dah berakhir pun, dunia lagi satu ada. kau jangan lupa, jangan buat benda bodoh! buangkan je awan yang terpilu tu jauh2.  

pesanan ikhlas kemasyarakatan daripada fatimahdin,
' kalau sayangkan seseorang itu, simpan sikit benci pada dia. kalau bencikan seseorang, simpan sikit sayang pada dia'

bukan apa, kalau benci sangat nanti, makan diri dan kalau sayang sangat pun silap hari bulan boleh gantung diri. kita tak tahu esok apa akan jadi.

chop! : dasar manusia, kalah dengan cinta.