assalammualaikum..
bila bercerita mengenai tiang, pastinya kita bayangkan bahawa tiang tersebut mestilah asas yang kuat, tegap, mantap, berdiri megah serta tak mudah roboh apabila adanya bencana yang datang.. tapi, bagi fatimahdin, fatimahdin sinonimkan tiang itu sebagai support system dalam diri ini dan tiang yang kuat merupakan sokongan kita di saat kita lemah dan tiang umpama menahan kita dari terus rebah lalu jatuh tersungkur..
kalau nak diikutkan pun, jika berlaku sesuatu kemusnahan dari tiang yang kukuh yang masih tegak berdiri, kita masih dapat membina semula apa yang sudah tiada.. aceceh, ala2 phoenix bangkit semula.. ha5.. :)
itu adalah persepsi yang fatimahdin pegang selama ini..
of course tiang dalam diri kita yang utama tentulah keimanan.. tetapi jikalau kita hendak bincang mengenai tiang yang boleh dikatakan fizikal, tiang itu adalah supporter kita.. orang2 yang terdekat yang menjadi kekuatan kita..boleh jadi keluarga, pasangan, sahabat handai, rakan2 mahupun orang2 sekeliling kita..
bukan senang kerja si tiang ini.. bukan sekadar tiang lampu yang hanya memerhati.. mahupun tiang seri yang hanya berdiri di satu tempat.. tetapi, ia adalah tiang penyokong ! itulah yang fatimahdin maksudkan..! sumber kekuatan yang paling luhur.. yang terbit dari perasaan kasih sayang dan tanggungjawab yang asasnya kukuh dengan nilai2 kemanusiaan, pengorbanan, kesetiaan dan kejujuran.. tiang ini tidak akan membiarkan dinding2 memenjarakan dirinya membatasi dengan atap untuk menghempapnya..tidak pula menindas lantai yang memerlukan perlindungannya.. tiang itu kekuatan untuk semua bahagian2 lain tanpa ia melupakan bahagian2 itu sendiri..ia perlu kuat supaya bahagian2 lain dapat melaksanakan peranannya..
fatimahdin bersyukur kerana keluarga fatimahdin, rakan2 fatimahdin dan mereka yang mengerti fatimahdin adalah tiang terhebat dalam pembinaan dan pembentukkan diri fatimahdin ini! mungkin tiang hanya sebatang dua tapi, biarpun sikit, ia mampu menongkah beban yang fatimahdin sendiri tidak mampu memikul sendirian.. kala fatimahdin terasa paling lemah, dapat fatimahdin berharap bersandar padanya..dapat fatimahdin bangkit semula teguh dari pautannya.. dapat fatimahdin membina sesuatu yang lebih gemilang darinya.. andai salah satu daripada tiang tersebut rebah, ia tidak mungkin tergalas gelora dan gundah dihati fatimahdin ini..
tribute buat semua tiang yang terbit dalam hidup fatimahdin..
thanks for the support, the strenght..
thanks to the best days to come..
chop! : kita kerap menganggap sedang melihat bayang2 sendiri dipermukaan air, sedangkan tanpa kita sedari, bayang2 itu yang sebenarnya sedang memerhatikan kita.. begitulah..!
salam sayang,
fatimahdin5734
Assalamualaikum
ReplyDeletethanks for sharing. orang yang membaca pun mendapat semangat. tulisan berpuitis gitu. pandai la menulis