Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Friday, October 19, 2012

kata2 mereka

assalammualaikum..

kepada : rakan2 fatimahdin semua..

bayangkan, jikalau kita memuji seseorang itu, tak kisahlah samada sesesorang itu merupakan budak lelaki atau perempuan, pasti pujian itu hanya diingati buat sementara waktu sahaja.. tak pun, mesti dah lupa punya.. tapi, bayangkan kalau kita kutuk dan menyatakan bahawa mereka ini hodoh, pasti kata2 cacian ini diingati sampai bila2.. setuju tak? siapa yang setuju angkat tangan tapi siapa yang tak setuju, turunkan tangan.. ha5.. sengallah arahan fatimahdin ni! :)
pernah tak apabila seseorang bercakap dengan kalian, kalian mengingati setiap bait kata2 yang dinyatakan kepada kalian dan kata2 tersebut masih terpahat di dalam kepala otak dan pemikiran kalian semua? hm?
entry kali ini, fatimahdin nak share-kan beberapa kata2 yang fatimahdin masih ingati yang dilemparkan oleh orang2 yang mengenali diri fatimahdin dan sekeliling fatimahdin..sesunggunhya, kata2 mereka itu masih lagi fatimahdin ingati sampai sekarang.. ianya hanyalah sekadar perkongsian sahaja dan dengan ini, fatimahdin akan list-kan kata2 yang pernah fatimahdin dengar dan sehingga kini masih lagi fatimahdin ingati.. :)

' abah tak kisah jikalau anak abah yang sorang ini bodoh dalam pelajaran, tapi jadilah orang yang baik'

' abah suruh anak abah yang sorang ni ikut abah pergi tempat kerja abah nak bagi anak abah yang sorang ini merasai kesusahan kerja abah.. biar satu hari nanti, anak abah yang sorang ini tak merasa susah sebagaimana abah merasa susah.. cukup2-lah dulu kita pernah susah nak.. abah nak anak abah yang sorang ini berjaya..'

' belajar2 juga, solat jangan lupa... jangan lewatkan solat!macam mana tuhan nak makbulkan doa anak abah yang sorang ini jikalau suka sangat lewatkan solat?'

' belajar2 juga..jangan struggle sangat samapi kesihatan diabaikan.. kesihatan kena jaga ye nak.. kalau boleh, janganlah selalu sakit!'

' mak tak kisah kalau anak mak nak keluar lepak2 dengan kawan2 cuma mak minta jaga diri ya.. jangan buat benda yang bukan2 dan malukan mak dan abah..'

' jimat2 ye pakai duit tu..'

' abah dan mak kerja keras2 nak sekolahkan ko dan adik2 supaya berjaya nanti..'

' makan, tidur mandi!'

' ambil undang2 ye nak! sambungkan legasi keluarga kita..'

' belum pernah ada budak form six sekolah ini yang ambil aliran undang2 di universiti.. saya cabar batch kali ini ada wakil ambil jurusan undang2..'

' kita tetap kawan, dunia dan akhirat..'

' saya sayangkan awak fatimahdin!'

' susahnya saya nak tahu bila awak ini tengah serius atau tak..'

chop! : jadi, rakan2 fatimahdin semua.. kata2 mereka yang masih lagi kalian ingati apa? cuba share sikit bersama fatimahdin.. fatimahdin pun nak tahu juga.. :)

salam sayang,
fatimahdin5734

2 comments: