Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Thursday, October 4, 2012

stress giler!

assalammualaikum..

apa khabar rakan2 fatimahdin semua? macam mana dengan life kalian semua?
ha, bila baca tajuk entry dekat atas tu, fatimahdin tahu yang you all semua of course-lah dapat tangkap maksud fatimahdin.. ye, fatimahdin memang tengah stress gila! (dalam pada stress, ada pula masa nak update blog? okey, just nak merehatkan minda).. he5 :)
nak tahu tak, banyaknya homework yang fatimahdin tak siapkan lagi.. kena hantar hari sabtu ini, 06 oktober 2012.. assignment pun dah mula menimbun.. dah mula menampakkan diri untuk fatimahdin memberikan perhatian kepada mereka semua ini.. aduyai, fatimahdin pun tak tahu macam mana fatimahdin boleh jadi sebegini..? mungkin kerana pengurusan masa fatimahdin yang tidak teratur.. bila dah jadi macam ini, waktu tidur entah ke mana, makan entah ke mana..! dah berapa hari ye perut ini tidak menjamah nasi?  nampaknya, fatimahdin memerlukan seseorang untuk monitor diri fatimahdin ini.. ada sesiapa yang inginkan jawatan tersebut? kalau boleh, fatimahdin nak budak lelakilah.. he5.. :)
 tapi tak mengapa, asalkan kalian semua memdoakan yang fatimahdin sihat sentiasa.. cukup dengan doa kalian semua ya! :)
bukan setakat pengurusan masa yang tak betul, pengurusan kewangan pun dah makin nipis.. tangan kiri ini sentiasa gatal! asyik nak menggaru saja.. ha5.. :)
banyak sangat kali ini pengeluaran wang dari kocek baju kurung ini.. tiba2, fatimahdin merasakan bahawa fatimahdin memerlukan seorang menteri kewangan.. ada sesiapa yang ingin menjadi menteri kewangan fatimahdin? syaratnya masih lagi sama, fatimahdi nak budak lelaki ye! he5.. $_____$
lately , selalu tidur lewat.. lingkaran di bawah mata semakin hitam dan gelap.. pak we selalu kejutkan pukul 0600, namun fatimahdin selalu menekupkan telinga ini dengan bantal busuk.. dalam hati menjerit,
' bisinglah.. kejap lagi fatimahdin bangun'
kepada pak we fatimahdin yang bernama alarm clock di handphone, maafkan fatimahdin ye.. bukannya tak nak bangun, tapi badan ini terasa penat.. kadang2, terlajak dan terbabas subuh fatimahdin.. tiba2, faimahdin terasa yang fatimahdin memerlukan seorang assistant.. masih lagi sama, assistant lelaki!
sejak akhir2 ini, fatimahdin pun menjadi seorang budak yang pelupa.. bercampur aduk.. oh ya, hari ahad ini, 07 oktober 2012, fatimahdin ada kelas dari pukul 0830-1800.. aduyai, terasa pula memerlukan secretary.. tetap sama, nak secretary lelaki! ada sesiapa yang nak jadi secretary fatimahdin? hm?hik2..^_^

entry kali ini, banyak pekerjaan yang fatimahdin offer-kan pada kalian.. sesiapa yang berminat, sila tinggalkan komen dan link anda.. sertakan sekali segala maklumat diri kalian ye.. :)

chop! : jerawat dah banyak naik dekat muka.. memang sah bahawa fatimahdin stress gila!

salam sayang,
fatimahdin5734

2 comments:

  1. Diharap fatimahdin terus buat assingment yang diberi, jangan bertangguh tangguh. hiks.

    ReplyDelete
  2. hahaha lah sian sgguh, dulu sy pun mcm ni lah gamaknya, buzy smpi serabut, muka pun naik jerawat~ ni semua angkara assignment & duit yg dh makin kering, huhu..all the best to you ! ;)

    ReplyDelete