Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Friday, June 10, 2011

fatimahdin pemalu orangnya

assalammualaikum..
dalam kehidupan seharian yang fatimahdin hadapi memang banyak cabarannya..bak kata madah pujangga..

madah pujangga berkata :
'kehidupan manusia ini umpama roda,
adakalanya kita di atas,
adakalanya kita di bawah..'

yang paling fatimahdin rasa tak kuat untuk hadapinya adalah ketika fatimahdin di bawah..semenjak dua menjak ini,banyak sangat dugaan yang fatimahdin hadapi..rasa nak nangis tapi fatimahdin tahankan jua air mata ni daripada terus mengalir..fatimaahdin tak tahulah nak luahkan macam mana tapi yang pastinya fatimahdin berasa malu apabila fatimahdin tak dapat nak achieve sesuatu itu..fatimahdin dah buat yang terbaik tetapi nampaknya nasib tidak menyebelahi fatimahdin..

kawan2 cakap :
'sabarlah fatimahdin...
dugaan..maybe next time..'

dalam hidup fatimahdin,fatimahdin dah terlalu banyak mengalah..mengalah dengan kehidupan fatimahdin sendiri,orang sekeliling including family termasuklah darah daging sendiri yang melahirkan fatimahdin..rasa macam nak give up but life must go on..fatimahdin boleh mendengar masalah orang lain tetapi tak ada sesiapa yang nak mendengar luahan hati ini...fatimahdin malu bila kena hina..fatimahdin malu bila adanya manusia yang bercakap belakang yang kondem fatimahdin tapi percayalah,fatimahdin dah cuba untuk buat yang terbaik..telinga terpaksa menahan segala cacian dan hinaan yang fatimahdin kena ni..terima kasih kepada yang menghina dan terima kasih kepada yang menyokong fatimahdin..

chop! : berhenti berharap fatimahdin..

Monday, June 6, 2011

kepenatan yang melampau

assalammualaikum..
wow,fatimahdin update blog pada waktu malam..al-maklumlah selalunya fatimahdin akan update blog ni masa matahari still ada lagi..tapi kali ni,fatimahdin update ketika bulan dan bintang menjelma..agaknya,bila pelangi nak menjelma?fatimahdin suka tengok pelangi..pelangi sangat cantik!sebelum meninggalkan jejak,fatimahdin ada meninggalkan jejak di wall facebook raqib majid af9..



seriusly,fatimahdin penat sangat hari ini..sepanjang hari ni fatimahdin berada di hospital..fatimahdin tak sakit cuma fatimahdin ada medical check up..sesungguhnya,penantian itu satu penyiksaan..bayangkan,fatimahdin berada di hospital selepas memberi salam subuh..sampai2 saja di hospital,fatimahdin diberitahu bahawa medical check up akan diadakan pada pukul 10 pagi..huh,selama 2 jam fatimahdin menantikan agar jarum jam sampai ke pukul 10 pagi..sesungguhnya,penantian itu satu penyiksaan..sambil menunggu pukul 10 pagi,fatimahdin ke kantin atau cafe tapi fatimahdin tak makan..nervous!nak buat medical check up tidaklah terlalu nervous tetapi nak menantikan jawapannya membuatkan jantung fatimahdin berdegup kencang..tak keruan rentaknya.. pengalaman masa medical check up yang tak akan fatimahdin lupakan adalah semasa pemeriksaan darah..barulah fatimahdin tahu bahawasanya,darah fatimahdin terlalu pekat..dulu,masa suruh buat medical check up,ada sahaja alasan yang fatimahdin berikan..tapi,kali ini fatimahdin memang tak rapat lari..hua3..walau macam manapun,hari ini merupakan hari yang paling penat untuk fatimahdin!first time in my life,i'm doing medical check up..!jantung berdegup kencang untuk menantikan keputusan dan jawapannya..

chop! : fatimahdin takut kena cucuk dan fatimahdin tak suka makan ubat..


Friday, June 3, 2011

puasa sunat rejab bermula

assalammualaikum..
selamat hari jumaat semua! penghulu bagi segala hari! apa khabar semua? sihatkah? dah lama tak mengupdate blog ni.. tangan ni dah lama tak mengetip papan kekunci laptop ni.. okey,hari ini bateri kehidupan fatimahdin tidaklah seaktif seperti hari2 yang lain.. hari ini bermulanya puasa sunat rejab 1432..  nampaknya, dalam masa 3 bulan ber-turut2 ni (rejab, syaaban dan ramadhan) fatimahdin akan berpuasa.. jadi,fatimahdin tidak boleh jadi seaktif seperti hari2 yang lain... bukan takut penat tapi takut dahaga nanti.. ha5.. ada2 sajalah fatimahdin ni! fatimahdin tidak boleh ter-kinja2, ter-gedik2 dan lain dan yang paling ketara tak dapat nak memekak lagu2 yang best untuk dilayan.. ha5.. tak dapat masuk akademi fantasia pasal 2-la asyik memekak je walaupun hakikatnya fatimahdin mengetahui suara fatimahdin tidaklah sesedap mana pun.. lebihkan zikir ye fatimahdin, at least dapat mengurangkan kegalauan dan kesedihan hatimu itu.. kepada insan2 yang berpuasa pada hari ini, fatimahdin nak ucapkan selamat berpuasa!

chop! : pukul 12 tadi, perut fatimahdin dah memainkan rentak yang agak rancak..itu tandanya,fatimahdin dah lapar..