assalammualaikum.
sejujurnya, fatimahdin benci dengan diri sendiri apabila menulis entry percintaan yang rabak.
kerana, bila difikirkan semula , segala sakit, segala derita, itu semua bukan salah cinta. kesian, sebab salah manusia yang memutar belitkan perhubungan. bila kata tak seiring dengan rasa, bila tindakan diselit dengan ragu, dan bila akhirnya kita terluka , senang sahaja kesemua hati yang parah mendongak ke langit dan menyalahkan cinta.
fatimahdin rasa, manusia masa kini perlu belajar untuk merasa manis dalam setiap yang mendatang, ke-dua2nya yang baik atau buruk. kerana, masalahnya begini, kita sentiasa membina satu jangkaan , satu expectation yang tinggi . contohnya, bila kita menyukai seseorang , kita marah bila kita bertepuk rasa sendiri. rasa malu, rasa bodoh, rasa hati kena carik. rasa setiap sudut perasaan ditarik.
itulah kalian!
fokus kalian hanya pada yang indah.
kalian pun tahu, dalam sepanjang hidup kalian yang tak berapa nak panjang ini, kalian akan jumpa seribu satu orang, kekal atau tidak itu lain cerita. dan, klaian tahu cinta yang abadi itu hanya untuk yang diatas, kekal untuk disanjung, kekal untuk dijunjung. fatimahdin tidak nafikan, perasaan bila bercinta itu manisnya bagaikan di syurga. bila dua manusia berlainan jantina bersatu, halal atau haram, kalian akan rasa nikmat yang tak terungkap dengan kata. blissful, ecstatic, in seventh heaven.
tapi, kelakar sebenarnya, kelakar bila kita sebagai manusia masih boleh mendabik dada dengan bangga dan mencanang cinta terhadap benda atau kejadian pinjaman dunia semata , yang mungkin esok atau lusa bakal dibunuh mati. kelakar juga bila perasaan boleh ber-ubah2 , bila senang mengaku rindu hari ini dan beralih rasa di kemudian hari.
contohnya, ingat tak pasal ex kalian yang entah beberapa tahun dulu yang kalian sibuk meroyan saban hari, menangis bagai meratap orang yang sudah mati? tapi sekarang, kalian sudah bahagia pun dengan yang lain, dengan yang baru. gitu?
ini bukan setakat peringatan untuk kalian , tapi untuk fatimahdin juga dan yang seangkatan dengannya. seba fatimahdin takut, bila sudah rasa suka, bila sudah terasa jatuh dalam dakapan manis cinta , selalunya fatimahdin akan lalai. selalunya, fatimahdin akan lupa. fatimahdin alpa, manusia itu hatinya dipegang Tuhan, dan jika fatimahdin gandakan seribu satu kali kudrat dan tenaga sekalipun, jika si dia bukan jodog fatimahdin , maka bukanlah.
dan selalunya, jika kalian sudah merasa suka, seringkali kalian membuat persediaan fizikal dan mental untuk ke tahap seterusnya. di mana hendak berjumpa , top up secukupnya, dan bekerja siang dan malam. tapi, kenapa kalian, termasuk diri fatimahdin juga, lupa hendak membuat persediaan , jika si dia itu bukan kita yang punya? pernahkah kalian membuat preparation jiwa agar kental dan tabah jika perhubungan terputus di tengah jalan?
sings :
' yakinkan aku Tuhan
dia bukan milikku
biarkan waktu,
waktu,
hapus aku '
- nidji, hapus aku-
memang tak pasal2 je menangis bila terkenangkan probability yang mungkin terjadi sambil dengar lagu playlist Nidji. mungkin kalian akan bercakap bahawa fatimahdin ini fobia ataupun anxious melebih, mungkin juga separa gila dan terlampau overthinking.
tapi, serious ni. fatimahdin nak bertanya..
persoalan :
' pernah tak terfikir,
mungkin dia bukan kalian yang punya?
sudah bersedia ? '
Sunday, August 2, 2015
Saturday, August 1, 2015
ego
assalammualaikum.
tarik nafas. senyum :)
' awak tak perlu explain apa2. tak perlu.
saya sudah tahu apa yang awak nak cakap dan saya okey.
lagi satu, awak tak perlu jaga hati saya sebab acah2 rasa bersalah
sebab saya tahu macam mana nak jaga hati saya sendiri.
sekurangnya, kalau saya sakit, saya sendiri. '
' awak memang ego. '
kalau benda itu takkan berubah , kalian rasa benda itu berbaloi untuk diluahkan? tapi, ada isu yang lebih besar. keadaan selepas itu. lepas apa yang kalian cakap, kalian fikir semua benda boleh patah balik pada titik asal? kalau tak, teruskan simpan. biar pendam. untuk kebaikan kalian dan juga dia. selagi benda itu tidak berganjak apa, kalian anggap sahaja yang ianya tidak penting. walau kalian tahu dan dia tahu , biar dia kekal tak dilisankan. bak kata pepatah inggeris,
' some stories sholud remain untold '
tidak semua benda perlukan penjelasan. terutama hal yang kalian sudah tahu apa disebalik yang berlaku. kadang2, kalian cuma nak dia tahu apa yang kalian rasa, apa yang kalian fikir. atau, kalian beritahu atas dasar permintaan dia. nampak macam berat sebelah seolah kalian sahaja yang punya peluang untuk bersuara , sedangkan dia tidak. bukan! kalau kalian tahu apa yang bakal diucap, apa kalian masih mahu dengar secara lisan? terfikir pun hati dah serupa dicarik. bayangkan jikalau kalian mendengar sepatah2 yang keluar dari mulut dia. jangan cakap dan beritahu pada fatimahdin jikalau perasaan kalian tidak goyah.
semakin banyak dia perjelas keadaan, semakin banyak alasan yang dicipta. sehingga satu tahap, kalian tidak tahu mana yang tulen, mana yang palsu. bimbang kalian sangkut pada kata2 nista yang benar. lumrah manusia, yang dusta itu kadang lebih membahagiakan.
' awak , saya mohon awak berhenti layan saya baik. awak jangan risau.
saya tidak perlu semua itu. saya sudah cukup kuat untuk berdiri sendiri. '
' awak bukan kuat, tapi awak ego. '
kalian tak harap dilayan baik jikalau itu bukan dari ikhlas hati dia. betul, dia kata layanan baik itu bukan atas sebab simpati. tapi, atas sebab dia sendiri yang sudah ungkap, cuma kalian nafikan. seolah menolak hak dia. kalian tidak tahu. mungkin kalian cuma merasakan dia cuma bersimpati. dia lupa yang kalian benci simpati. lagi musnah ynag didalam, makin terbang kalian tinggi bila depan manusia yang cuba bawa kalian ke bawah.
kalian berkata, panggil aku ego atau bodoh, sikit aku tak berganjak.
tidak semua orang boleh buat pusingan tiga ratus enam puluh darjah bila orang yang sepatut dipujuk berdiri di kawasan memujuk. hati sendiri pun tak terpujuk, tapi tunjuk lagak pergi tenangkan orang lain. sebab nampak kalah itu satu hal yang selagi boleh kalian cuba elakkan.
sebab itu, kalian rela angkat kaki walau kalian tahu akan terus dicari, biar kalian jauh tidak dilihat sampai hati mati.
' mungkin betul kata awak,
saya ego! '
' tidak mengapa,
ego itulah yang buat saya jatuh sayang. '
hakikatnya, saya ego semata untuk kebaikkan awak.

diLuahkan oleh
fatimahdin
paDa
11:09 PM
folding history
assalammualaikum.
ada ketika bila kita terlalu gembira, kita lupa pada apa yang pernah terjadi. sibuk kita mengukir hari bahagia sehingga kita hampir mengulang semula sejarah yang lama. kita hampir terjerumus kembali ke lembah gelap yang pernah di fobiakan. kita hampir membunuh hati sendiri, sekali lagi! jadi, pentingkah sejarah di situ? jika dikenang, agak sukar untuk move on. bila diabaikan, sejarah mungkin berulang.
air shower memancut deras air yang berbutir keluar dari hujung mata.
celaka, main kasar pulak!tapi lagi celaka orang yang main kasar dengan hatiku ini. kalau ikutkan hati, mahu sahaja daku pijak mukanya sampai lumat. huh, daku yang bodoh sebenarnya! kenapa tidak pijak sahaja muka sendiri?
sejarah itu, perit untuk dikenang tetapi, sejarah sebenarnya wujud untuk dikaji. bukan hanya dikaji sebagai tugu peringatan. diletak di suatu sudut hati, membiar menjadi daging busuk yang tanpa sedar mungkin membawa sakit pada diri sendiri dan mungkin yang berada di sekeliling. tengok sahaja Kota A Famosa. salah satu kota bersejarah yang tertinggal di Melaka. berapa ramai yang berasa seronok bergambar sakan sambil perhati matahari turun dari situ? berapa ramai yang menjadikan A Famosa sebagai port untuk merakam segala keindahan Melaka dari ketinggian yang entah fatimahdin sendiri tidak tahu berapa sebab dah puas google tapi tak jumpa2.
kalian tahu sendirikan bagaimana Kota A Famosa dibina? banyak perit jerih, banyak nyawa terkorban. mungkin ada yang membina dengan marah2. mungkin juga ada yang menyumpah. namun demikian, fatimahdin tidak terlibat dengan pembinaan kota tersebut. bila semuanya telah berlalu, tahun makan tahun, tanah air berjaya merdeka. semuanya menjadi normal seperti biasa. tidak pula kota itu diroboh demi meluah rasa benci. ditinggalkan Kota A Famosa untuk dijadi sejarah peringatan untuk anak cucu masa hadapan.
sejarah untuk dikaji, bukan untuk dihafal dan selepas itu, kalian lulus peperiksaan. sejarah untuk diingati bukan untuk dikenang dan buat kalian tidak mampu untuk berjalan. sejarah untuk dijadikan pedoman bukan untuk membuatkan kalian terus meroyan. sejarah adalah untuk kalian sedar kebodohan di masa silam dan mengelakkan kalian untuk terus tenggelam. faham sejarah dan kalian akan faham erti kehidupan yang sebenar.
' orang yang hebat adalah orang yang berani melipat sejarah menjadi kapal terbang kertas dan melempar semula ke muka kenangan'.
selamat hari pahlawan!

3:44 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)