Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Sunday, May 3, 2015

u-turn

assalammualaikum.

pagi2 lagi mak dah kejutkan fatimahdin suruh hantarkan dia ke pasar tani. awal pagi pula tu. fatimahdin macam biasa sebab tak biasa mandi berairkan air sejuk, naik semua bulu2 roma yang ada sebab terlalu sejuk, terpaksalah temankan mak dengan berbekalkan cukup sekadar membasuh muka sahaja, ala2 macam cerita p.ramlee dalam cerita bujang lapok gitu!

sebelum kaki melangkah ke bilik air nak membasuh muka, mak dah menjerit nama fatimahdin sehinggakan satu taman perumahan ni dengar. macam biasa, fatimahdin tetap akan buat muka cute, acah2 mak bersimpati konon2nya anaknya ini masih nak beradu lagi. aduh, taktik tak menjadi. mak main kasar dengan menarik bantal busuk fatimahdin. taktik inilah yang akan melemahkan fatimahdin apabila bantal busuk fatimahdin ditarik. ya, fatimahdin akui, nak kejutkan fatimahdin bangun tidur memang susah! dan kalau agak2 dah sakit jiwa nak kejutkan fatimahdin ini bangun tidur ini, kalian tarik sahajalah bantal busuk fatimahdin ini, sure fatimahdin bangun punyalah. oh ya, jangan dicederakan bantal busukku ini!

okey, budget2 cun dah bersiap, tak sempat nak panaskan enjin kereta fatimahdin terus tukarkan gear ke D, tanda memang nak cepat pergi dan nak cepat balik. mek rilek2 sahaja duduk di sebelah sambil membetulkan tudung dia yang fatimahdin tahu tak sempat nak sarung habis tadi. baru sahaja tayar nak bergolek dalam tiga golekan, fatimahdin berhenti.

' laaa, ni dah kenapa pula berhenti secara tiba2?'
mak dah mula buat muka confius dia.

' lupa nak ambil lesen. kak long letak atas meja semalam. kejap je, kak long pergi ambil lesen dahulu.'
tak sempat fatimahdin nak cabut seatbelt, mak dah halang.

' dah, tak payah. berapa kali mak cakap, jangan nak patah2 balik kalau dah keluar rumah. tak elok.'

ah, sudah mak ni. tak habis2 dengan pantang larang dia. fatimahdin tak tahu bagaimana pula dengan mak2 kalian. tapi, mak fatimahdin memang selalu ajarkan begitu. pantang sungguh dia kalau orang sudah keluar rumah lepas itu, u-turn balik, nak ambil barang2 yang tertinggal.

' mak, jikalau lesen pun dah tertinggal, maksudnya, denagn wallet dengan duit2 sekalilah tertinggal ceritanya.'

' eh, duit pun tak bawa ke? haaa, pergilah ambil. siapa pula nak bayar barang2 mak kejap lagi.'
mak senyum comel sahaja.  fatimahdin cuma geleng kepala senyum tengok mak yang comel tiba2 pagi2 buta ini.

kesudahannya, mak balik dengan barang yang penuh satu bonet. ceritanya, apa sahaja jenis ikan mak tak ambil, kalau boleh, satu pasar mak nak borong. bunga India pergi buat sembahyang tu pun kalau boleh dia nak beli. nasib baik fatimahdin sempat halang dengan jelingan mata.

---------------          ---------------          ---------------

patah balik.
fatimahdin banyak dengar kisah orang yang putus hubungannya tetapi berpatah semula pada pasangan dia yang dahulu. mungkin dengan alasan memberi peluang kedua. mungkin nampak ada kesungguhan dari si dia yang nekad untuk sekali lagi menjadi yang terbaik dalam hidup mereka. atau mungkin menepah maut sekali lagi. mungkin! semua itu satu kemungkinan.

sebenarnya, atas alasan apa untuk kita memberikan peluang kedua? susah untuk move on? hati sukar untuk menerima kehadiran orang yang lain? pernah bersumpah untuk tiada yang lain selain dari dia dan akhirnya takut akan termakan sumpah sendiri?

'babe, dah dekat tiga tahun kau single. bila lagi nak ada orang yang boleh jaga kau ni?'

dia hanya memandang muka manusia yang bertanyakan soalan itu. perlahan2 dia sikat rambut dia bagi jadi rupa orang semula. fatimahdin raup muka dalam keadaan slow motion sambil tarik nafas panjang sebab terasa serba salah tanya soalan begitu pada dia.

' kau jangan fikir aku tak sikat rambut tak ada orang nak dekat aku. rambut aku ni berserabut sebab ramai sangat yang nak berebut.'

ayat memang sentiasa tak nak kalah. padahal hakikatnya dia masih lagi tersangkut pada cinta lama. alasannya mudah. si dia kerap kembali untuk memadah kata. kedatangan yang memungkinkan untuk cinta itu bertaut kembali. kedatangan yang tak pernah putus2. malah, lebih beratus kali dari dahulu. nah, langkah yang mana harus diatur kalau yang lama masih bertutur manis? jalan yang mana harus ditempuh kalau yang lama masih duduk bersimpu? 

jadinya, perlu atau tidak peluang kedua itu dihulur? 
bagi fatimahdin, hanya satu kesimpulan yang boleh disimpulkan. lihat kembali cara bagaimana dia meninggalkan kalian dulu. di humban ke tanah teruskah? atau dalam  keadaan keterpaksaan yang tak dapat dielakkan?dari situ lagi kalian patut tahu, adakah peluang kedua itu berbaloi untuk dijual kepadanya. tapi, pada yang pernah ditinggalkan lama seperti scene Edward yang meninggalkan Bella tanpa kata muktamad, menghilangkan diri tanpa kata berita. yang itu, kalian kena kaji balik. mungkin dia sudah berkahwin dan datang kembali sebab tiada kepuasan. chill okey! hidup bagaimanapun tetap perlu diteruskan. 

chop! : ' peluang pertama mungkin terbazir kerana kita masih dalam proses suai kenal, mungkin peluang kedua adalah langkah terbaik untuk kita corakkan bersama. segalanya adalah satu kemungkinan.'

victim blaming, #376

assalammualaikum.

rape, is based on section 376 of the Penal Code.
elements of rape? cases?
huh, study case for today.
suddenly, i want to write about victim blaming. it is just an opinion, and for those who are out there, do feel free to drop your opinion too.

ada sejenis mentaliti di dunia ini yang fatimahdin agak susah nak faham. fatimahdin kata dunia, sebab fatimahdin tahu benda ini bukannya terjadi di Malaysia sahaja, satu dunia pun wujud orang berfikiran sebegini. victim blaming ini maknanya, kalian salahkan mangsa. contoh, untuk perkara ini, fatimahdin ambil kes rogol,
' padan muka perempuan itu, itulah, pakai seksi sangat , kan dah kena rogol.'
kalian nampak tak, apa yang salah pada statement ini?

statement itu menyalahkan mangsa, bukannya si perogol. jarang sangat fatimahdin tengok jikalau kes sebegini adanya statement yang berbunyi,
' perogol itu tidak dapat pendidikan ke apa sampai tergamak nak rosakkan hidup orang lain?'
even dalam ke rogol SUKMA yang nak kata baru tak baru jugalah tapi dah masuk televisyen it, bermaksud mendapat perhatian ramai, orang ramai masih menyalahkan mangsa di mana, ada statement yang berbunyi,
'dah tahu diri itu perempuan, kenapa nak keluar malam2 dengan lelaki?'
hahaha, kelakar sial, padahal in the first place lelaki2 itu tidak patut pun merogol perempuan itu tidak kiralah sama ada dia mabuk atau pun sedar.

baru2 ini, fatimahdin ada nampak satu post di Facebook , meletak gambar perempuan dalam keadaan baju tersingkap semua, lepas itu ada caption,
' hentikan gangguan seksual terhadap lelaki.'
kahkahkah. maksudnya, jikalau perempuan itu tidak menutup aurat, (tak juga sebab gambar yang digunakan semuanya wanita bertudung cuma tidak menutupi completely lagi) kiranya, ia adalah gangguan seksual terhadap lelaki? habis tu, fatimahdin tak nampak pula gambar lelaki pakai shorts or shirtless dikatakan gangguan seksual terhadap perempuan?

fatimahdin tak nampak pula bila di padang bola bila lelaki pakai shorts atas paras lutut ada orang jerit,
' hoi, hentikan gangguan seksual terhadap perempuan!'
kalian nak tahu benda apa yang lagi sedih? komen2 di situ semuanya jijik2. jijik gila! fatimahdin malas nak tulis balik deakt sini tapi rasanya kalian boleh agak apa yang ditulis,
' memang saja  minta kena rogol.'
itu, memang statement yang sentiasa di ulang.

rakan2 sekalian, nak bercakap dari sudut pandangan agama? meh, fatimahdin provide-kan view agama Islam yang dianuti kebanyakkan orang yang meng-komen-kan dengan komen2 yang jijik itu. boys yang sibuk nak merogol orang sebab tak tutup aurat itu ada dalam surah An-Nur ayat 30,
' tell the believing men to reduce (some) of their vision and guide their private parts. that is purer for them. indeed, Allah is acquainted with what they do.'
atau, translation dalam bahasa melayu-nya,
' katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang2 lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) , dan memelihara kehormatan mereka.'
fatimahdin lagi sukakan translation English sebab ianya lagi jelas suruh guide their private parts kalau kehormatan itu masih guna ayat berlapik. ayat 31 pula, menyuruh wanita menutup aurat. tetapi, tak ramai orang nak quote ayat 30, kenapa?

meh sini nak bagitahu, kalau perempuan itu pakai seksi mana pun, masih tak justify perbuatan si perogol itu merogol perempuan seksi itu. kenapa kalian rasa perempuan itu layak dirogol sebab cara pemakaian dia? tak ada siapa pun di dunia ini layak dirogol, fatimahdin nak kalian ingat benda ini tidak kira apa pun walaupun perempuan itu adalah pelacur. faham?!

bila kalian kata, 'no wonder-lah' kena rogol seksi habis, fatimahdin tanya kalian balik ni kenapa pula? adakah lelaki ini tidak boleh berfikir dengan akal sendiri, tiada kemampuan hendak mengawal perbuatan sendiri padahal Allah dah berikan akal sampai nampak perempuan seksi sahaja nak merogol? adakah di sini, kalian mahu katakan yang lelaki ini lemah sehinggkan nampak visual yang mengghairahkan nak merogol orang? quoting an article,
' we treat men like animals who can't help themselves , and we aspect women to police themselves to protect themselves from men as if they were beasts.'
jadi, kalian yang berada di luar sana especially boys , fikir dua tiga kali sebelum kalian buat statement sebab dekat situ kalian sendiri merendahkan martabat diri kalian seperti tidak punyai akal untuk mengawal nafsu.

sejujurnya, fatimahdin rasa, perkara ini patut di ajar di sekolah. cara pemikiran yang ada orang layak dirogol itu patut di buang jauh2 dan ajar orang untuk tidak merogol instead. kita patut berhenti cakap pada budak2 perempuan masa mereka hendak keluar,
' jaga diri, takut jadi apa2.'
fikir balik sebelum kalian kata pada orang yang mereka layak dirogol , fikir balik sebelum salahkan mangsa , fikir! apa2 pun, pemakaian seseorang wanita tidak menghalalkan rogol. nothing, absolutely nothing will justify sexual assault or rape.

chop! : society teaches don't get raped rather than don't rape!


Saturday, May 2, 2015

love yourself

assalammualaikum.

kau, aku rasa kau kena belajar menyayangi diri kau dahulu. mesti kau bengan kata yang aku tak faham kau, tak rasa apa yang kau rasa. aku tahu, benda ini klise gila memang line wajib dalam movie chick flick yang memang buat kau rasa nak roll eyes lagi2 bila yang cakap itu heroin yang pakai dress colour pink tapi please, please, please, love yourself before anyone else.

kenapa, kau tanya? kenapa, ikut suka hati akulah nak sayang dia samapi separuh mati , kau kata?
okey, let's see, kau bagi masa, usaha, tenaga , even duit untuk dia tapi aku nak tanya kau, worth it ke semua ini? in the end, kau ada dapat balasan apa2 tak? ada dia cakap terima kasih? oh, kau kata balasan tak penting yang penting, dia happy. aku rasa nak muntah dengan statement kau itu, tapi aku diamkan sahaja. tapi kejap, dia happy, kau pula bagaimana? kau, kau rasa kau happy tak? kau tak rasa penat ke, yang kau sahaja yang memberi? cuba kau duduk, fikirkan dalam2. kau, kau sanggup je terjun laut kalau dia jatuh, you jump i jump, tapi kau fikir balik dia, dia nak ke terjun untuk kau? oh my god, titanic-kah ini?

kau pernah dengar lagu Grenade-kan?
Bruno Mars kata,
' i'd catch a grenade for you,
throw my hand on a blade for you,
i'd jump in front of a train for you,
you know i;d do anything for you.'

kau tak rasa ke diri kau yang sebegitu? kau selalu dengarkan lagu ini, kau tahukan the whole story of this song? girl dalam lagu ini , even lepas dapat everything pun masih nak, nak, nak lagi. dan Bruno pun bagi , bagi, bagi. dan, pengakhiran lagu ini bukannya happy ending , Bruno tahu yang dia
'wouldn't do the same.'

sebenarnya, kau pun tahukan? yang benda ini one sided, kau sahaja yang memberi and at lats, you are left with nothing but dust and heartache sebab dia sudah ambil semua.

tanya diri kau balik, berbaloikah kau buat semua benda ini? dia lagi suka dekat kau ke lepas kau buat semua itu? ke dia lagi gunakan kau untuk minta itu dan minta ini? is all that worth it? kau happy ke sebegini? kau happy ke macam ini, dalam masa five years lagi kau nak ke yang sahaja yang still member? lagi teruk jikalau sebenarnya kalian tak ada attachment pun, macam kalian ini ta officially together pun. apa yang kau cuba nak buat ini? kalau aku boleh, aku memang nak tarik bahu kau nak goncang kuat2 bagi kau sedar.

look into the mirror, please jaga reflection yang dekat cermin itu. asyik jaga hati orang sahaja, hati sendiri bagaimana? asyik bagi macam2 dekat orang sahaja, diri sendiri bagaimana pula? kesian pada diri kau tu, jaga sikit dia. kalau orang lain boleh touching , kalau kau tak bagi apa yang mereka mahu, kau ingat diri kau sendiri tak sedih?

macam inilah, aku bagi solution. apa kata, kau manjakan diri kau pula, pergi buat facial ke , kalau duit sudah bagi pada dia semua buat sendiri kat rumah pun boleh tempek timun dan tomato kat muka, buat manicure, pergi shopping untuk diri kau pula, anything, absolutely, anything that will make you happy. and lepas itu, aku harap ,kau akan  lebih sayang diri kau dan kau akan sedar that , no he's  worth all the troubles because he didn;t give you any in return and masa itu, aku harap kau akan jumpa the one yang akan jaga kau more than anything in this world.

because, aku nak kau tahu yang you're worth it. lantaklah kau tergelak sebab aku curi tagline mana2 produk tapi, seriously, you are worth too much to put up with this shit. so please, please, please. aku merayu, love yourself!

chop! : love yourself enough to never lower your standards for anyone.