Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Thursday, April 16, 2015

fikirkannya

assalammualaikum.
salam maghrib kawan2!

nafas dan keluhan aku lepaskan perlahan. hati rasa sebak.

selama ini, fatimahdin tak pernah nampak erti bila orang cakap, 'if you love someone, set them free'.
cuma, hari ini fatimahdin duduk sorang2 dan memikirkan sesuatu dan baru fatimahdin sedar bahawa berat beban bila kita sukakan seseorang.

'we accept the love we think we deserve'.

kau ingat kau seorang sahaja yang sakit?  habis tu, bagaimana pula dengan aku? tangan yang melepaskan juga terluka. aku tolak kau tepi ada sebab, bukan sengaja. bukan sebab aku tak suka, bukan sebab perasaan sayang tak ada. tapi, nak buat macam mana. hidup masih panjang, dan hidup juga bukan pasal cinta sahaja. kerjaya, pelajaran, mak bapak, itu semua kena fikirkan juga. bila aku nampak kau, hati rasa gentar. hati rasa takut nak berjuang. rasa takut buat aku lemah. aku tak sukakan persaingan, aku akan mengalah. aku akui, aku akan bagi semangat pada rakan2 ku untuk fight atau adanya fighting spirit tapi untuk aku fight memang tak! aku hanya akan memberikan semangat pada rakan2 ku!

dan, aku kena kekal kuat, aku kena kekal realistik. kalau setakat cinta, takkan boleh bayar makan minum aku, tak boleh nak tanggung hidup aku. kalau asyik bergelumang dengan emosi cinta yang tak stabil , macam mana nak berjaya? macam mana nak kekal sober? macam mana nak jadi waras sentiasa? orang bercinta ni, kalau tak reply text pun boleh bawa berperang. itu cinta apa? cinta budak2? maaf ya, bukan itu yang fatimahdin cari dalam hidup.

kau perlukan dia yang manja, yang boleh bergelak ketawa, yang boleh berjumpa saban hari tanpa jemu. dia yang cantik, kulit lebih mulus, hati lebih telus dan tulus. dia yang boleh whatapp kau setiap saat, bertanya makan minum pakai kau, yang boleh beri senyuman manis bila kau sakit. bukan aku, kau tak perlukan aku. aku yang sibuk ke sana ke mari dengan urusan dunia dan bergelumang dengan lumpur realiti dan perasaan sendiri. nak senyum pun payah, hati aku simpan jauh biar dingin, biar beku. sebab, aku rasa sakit perit nak terus bernafas dalam kalangan mereka yang kejam. aku nampak dunia satu tempat layar yang tak indah.

cinta itu suci? cinta tak boleh bawa mati.

jadi, jangan kau sedap mulut kata, fatimahdin manusia yang tidak berperasaan. fatimahdin pun rasa apa yang kalian rasa. kalian anggap benda ini mudah macam buang ludah. aku fikir juga nanti , kalau kau punya mata yang boleh nampak segala buruk cela nista hodoh manusia yang bernama fatimahdin ini, apa akan jadi? sepuluh tahun yang akan datang , apa akan jadi? kalian ingat cinta itu kekal abadi?

fatimahdin tanya kalian, apa akan jadi?

Tuesday, April 7, 2015

super very low self esteem

assalammualaikum..

what?

the problem here is super very low self esteem. belum cuba belum tahu. orang macam inilah yang akan merugikan diri sendiri, hati sendiri yang makan hati. kajian mendapati bila kita rasa tak layak untuk sesuatu, minda separa sedar (subconscious mind) akan mensabotaj diri kita sendiri. yes, kita mahukan perkara yang baik terjadi antara dia dan kita, tapi disebabkan rasa tak percaya ini, kita akan cari jalan supaya hubungan itu hancur. kau geleng kepala, tak mungkin bukan?

tapi ini yang berlaku. kau tak sedar. bila kita jumpa someone yang cukup i mean almost sempurna based on your criteria, your subconscious mind akan bagi signal and tell you, 'aku tak layak untuk dia'. at the same time, you love that person. tanpa sedar, kita akan tiba2 jadi yang kuat marah, suka mengongkong, terlalu sensitif atau tiba2 ignore-kan dia. kita tak perasan, kita tak sedar pun. for sure dia akan rimas dengan perangai annoying kau, dia akan tahan. sampai satu masa, bila dia tak tahan, memang buta2 kau kena tinggal.kau pula mula salahkan dia atas perpisahan. tak patut sungguh!

perempuan, sebagai perempuan rasa malu kena tinggi. baru orang hormat sebagai perempuan, baru orang pandang kau sebagai sesuatu yang berharga. tak salah nak mulakan first step, boleh add dia di facebook dahulu. mention2-lah sikit di twitter. percaya pada diri dan tingkatkan motivasi. dengan cara, jadi pandai jadi lawa jadi friendly tapi bukan untuk dia yang kau suka. untuk diri kau sendiri. jangan rasa low, jadi awesome baru dia nampak kewujudan kau.
tapikan, untuk fatimahdin mulakan first step atau meluahkan dahulu, fatimahdin tiada keberanian dan kepada perempuan2 di luar sana yang memulakan langkah anda dahulu, tahniah fatimahdin ucapkan. sila kongsikan ilmu anda itu dengan fatimahdin. hehe >,<"

confess? entah, fatimahdin pun tak tahu. seperti mana yang fatimahdin bagitahu awal2, memang fatimahdin takut nak mulakan first step atau meluahkannya dahulu.
benda yang paling kau menyesal dalam hidup kau nanti adalah ketika waktu dah tepat tapi kau tak luahkan. the moment is right in front of you, but you get back and run out until you realize that you are already out the door.

kadangkala, bila kita dah letih menanti, kita perlu mengejar.

Saturday, April 4, 2015

nasib sara

assalamualaikum..

once again, pasal sara.

apa yang masih kekal dalam ingatan ini, keadaan dan situasinya, sara duduk bersandarkan dinding atas katil, pegang selimut, masih lagi keliru. otak sara masih cuba menenangkan sistem panik dalam badan. sara menggigil, tubuh dan hati. orang di sebelah, iaitu diri ku sendiri turut sama diam. maaf sara, awak dapat kawan yang tiada perasaan macam saya ini. setakat nak dengar luahan itu memang boleh tapi bila minta pendapat, otak blank. at last, sara menangis dan kawan mu ini yang tiada perasaan, hanya membiarkan sahaja sara menangis. nak saya pujuk, memang tak la, saya tak reti nak pujuk kawan2 saya yang menangis pun!
sila terima keburukkan saya ini!

tapi sara, hakikatnya, bila bangun esok pagi, life goes on. kita manusia, banyak perkara tipikal berlaku. kesalahan pertama jadi yang kedua, ketiga dan seterusnya. tapi, fatimahdin rasa ini mungkin nasib malang sara, salah pilih orang. benda jadi mudah sikit kalau yang fizikal kekal fizikal, hati dan perasaan letak tepi. no feelings involved. tapi, macam mana pula kes sara?

' we are okay with this, no status whatever but we are comfortable', ini dialog sara sebelum sara meroyan.

tipulah kalau tak wujud perasaan , tipu kalau tak sedih, tipu kalau tak makan hati dan tak cemburu.

bayangkan, anda berada dalam keadaan begini , dengan orang yang dikenali ramai. tweetfemes contohnya. gila tak gila jadinya nanti? celaka tak?

celaka ni, ada dalam dua keadaan.

yang pertama, kalau kau ni jenis mulut joyah. perangai macam mak cik pergi beli karipap lepas tu tak puas hati kenapa ada karipap inti kentang, tak ada karipap inti sardin. complain, meroyan, bising sana sini sampai dua minggu, isu yang sama. tak ke celaka, jadi drama di timeline. paling tak pun, adegan sentap menyentap, perli2 confirm ada.

celaka nombor dua, bila kalian jadi bodoh baik macam sara ni. bukan salah si tweetfemes tu, katanya. ini salah berdua, jadi, sara diamkan sahaja, tak bagitahu sesiapa. fatimahdin pun last-minute tahu, bila sara dah jadi zombie simpan perasaan sendiri. celaka sebab benda ni jadi rahsia, jadi penyakit yang kau simpan. kalau hubungan kalian jadi, fatimahdin tumpang gembira. kalau tak jadi? macam sara ni, lepas dua tiga bulan, tiba2 putus, hilang contact macam itu sahaja. tak ada call, sms, whatapp, dua2 senyap sahaja. jadi strangers. nak cari balik pun nak buat apa? namakan kawan. esok lusa rupanya dia dah ada perempuan lain. fatimahdin tanya lagi sekali, nak marah ke, nak cari balik ke, buat apa? kan konon cakap kawan.

jadi akhirnya, yang rasa perit itu sara. yang si tweetfemes ni pulak, ada sahaja di mana2, me-rata2, dah unfollow pun masih jumpa di timeline. nak move on pun rasa susah.

' eh, kau kenal tak si ___________ ni ? dia macam cool je, bila lepak sama pun macam baik', ujar kawan sara sambil tunjuk tweethandle si tweetfemes ni. sara telan air liur cakap tak. 

nasib kau sara!

chop! : nanti aku datang melawat lagi kau. kelas aku dah start, bertambah buzy-kan aku.