Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Tuesday, March 8, 2016

semalam

assalammualaikum.

semalam sememangnya sudah lepas. hari ini sedang kita lalui. sejarah mungkin berulang tetapi mungkin dendangan dan pelakunya adalh berbeza.

kadang2, semua itu seperti karma. dan itu adalah sejarah yang berulang. terpulang kepada kita untuk percaya kepada orang yang kita mahukan. itu adalah permulaan untuk karma yang kita mahu. setiap perlakuan kita perlu percaya akan ada balasan itu.sekali lagi, watak dan dendangan yang bagaimana kita mahukan?

lebih jelas lagi, aksi dimakan kata2 sendiri. seperti mana matlamat menghalalkan cara. seperti mana cakap tidak serupa bikin.

kita perlu hidup berdepan dengan realiti. jangan dimarahi jika orang tidak bahagia dengan kita. kebahagiaan zaman kontemporari ini perlukan kesapingan harta. ekonomi yang sakit memang memaksa kewujudan sikap materealistik. lalu, itu adalah salah satu jalan bahagia, jikalau tidak mahu begitu, carilah orang sekeliling yang punyai lazat syukur yang paling atas.

kalau suka katakan ya. tapi, suka tidak semestinya mampu.
' aku suka kepada kamu. namun aku tidak mampu.
menampung diri kamu mungkin aku mampu.
namun, menampung hari esok bersama kamu mungkin mustahil. '

benar, kebahagiaan datangnya dari hari semalam. namun, untuk kekalkan hari semalam terlalu mustahil. lalu, berpijaklah terus di bumi yang nyata. janganlah menipu diri sendiri lagi.

No comments:

Post a Comment