Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

..dEwa dEWi KaYangAn..

Sunday, March 13, 2016

kisah hujan

assalammualaikum.

hujan ini benar menguji
seorang hamba yang tidak mampu
meneruskan perjalanan
bila hujan terlalu lebat
tidak mampu memecut laju
ketika hujan rintik melankolia
khuatir akan tergelincir

seperti hati ini
tatkala kesempitan datang
aku mengulang tayang moment2 anganan
aku mahu jaya
aku mahu cita

aku lupa
saban hari kita ditinggalkan
oleh orang2 yang tak tentu
tak tentu pegangannya
tak tentu amalannya
tak tentu dan tak tahu bila matinya

aku cuba bersangka baik
sambung melayan titisan hujan

hujan berbisik ,
' hidupmu masih jauh, tapi hayatmu seperti aku.
hidupmu turun naik, aku pula turun sahaja, namun menghidupkan.
hayat kita sama singkat. bezanya, aku turun sebagai noktah dan kau bila2 masa sahaja.'

aku tenung dan renung alirannnya yang statik
tidak berselisih walaupun jatuh dari arah yang satu
dari atas
padahal aku dan dia datang dari Maha Pencipta dan Maha Pencinta

No comments:

Post a Comment